Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, September 3, 2008

Peranan Mahasiswa Perlu Seiring Dengan Falsafah Universit





Mengikut statistik Kementrian Pengajian Tinggi, seramai 40,000 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajan Tinggi Malaysia, Matrikulasi dan Diploma telah bergelar sebagai mahasiswa pada 29 Jun lalu. Terdapat pelbagai latar belakang sama ada golongan kaya mahupun miskin, pelbagai agama dan kepercayaan serta tidak terkecuali golongan istimewa, golongan warga emas mahupun orang kurang upaya adalah mereka yang mendaftar di 17 IPTA pada tarikh keramat itu.

GMUKM melihat peranan dan hasrat utama mahasiswa pada hari ini ialah menimba ilmu pengetahuan dan mencapai segulung ijazah setelah berjaya menghabiskan pengajian nanti. Budaya ilmu wajar diterapkan dan diaplikasikan setiap masa dalam memenuhi tuntutan masyarakat yang memerlukan insan berilmu. Jadikanlah dunia kampus sebagai dunia budaya ilmu yang berbeza dari सेबेलुम्न्य

Mahasiswa juga mempunyai tugas sebagai agen perubahan kepada masyarakat di negara ini। GMUKM menyeru supaya mahasiswa/I UKM untuk turun padang membantu masyarakat khususnya kepada masyarakat kampung dan para pelajar sekolah untuk berjaya. Sebagai pelajar institusi pengajian tinggi, mahasiswa berperanan dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat sekitar dalam mendidik dan membantu masyarakat terutamanya anak-anak kampung untuk beroleh kejayaan. Mahasiswa baru perlu menjadi contoh dan teladan baik kepada masyarakat untuk berusaha dan berjaya seperti mereka.

Tugas meningkatkan taraf dan rangking IPTA tempatan ke dalam senarai 100 buah Universiti terbaik di dunia turut terpikul dibeban mahasiswa. Tahun lalu, tiada satu pun wakil negara dalam 200 universiti terbaik di dunia sedangkan dua buah universiti dari negara jiran iaitu Singapura tergolong dalam “top 200”, malah National University Singapore berada di tempat ke 33 iaitu satu pencapaian yang sangat membanggakan. Secara analoginya bahawa rangking universiti setiap negara akan menjadi petunjuk terhadap kelebihan sesebuah negara dalam pentadbiran negara masing-masing. Justeru, pertanggungjawaban kita sebagai mahasiswa dalam merencanakan keintelektualan dan kemahiran agar dapat menaikkan kembali rangking IPTA kita dan seterusnya menjulang kembali imej negara di kacamata global.

Selain itu, mahasiswa wajar perlengkapkan diri dengan soft skill atau kemahiran halus berkaitan dengan pengurusan organisasi. Kemahiran ini boleh ditimba dan dicari melalui pergerakkan aktif mahasiswa itu sendiri di dalam kelab dan persatuan di IPTA masing-masing. Janganlah kita cemerlang dalam akademik semata-mata sedangkan kita gagal dalam bidang kemahiran berhubungan dengan masyarakat. Minggu Pengenalan Persatuan wajar dijadikan sebagai ‘pasar jualan murah’ kepada mahasiswa dalam mendaftarkan diri di dalam persatuan dan kelab sebagai batu loncatan memperolehi kemahiran bukan teorikal itu. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri, kewujudan 13 persatuan anak negeri dan 43 persatuan atau kelab sama ada di bawah kelolaan Hal Ehwal Pelajar mahupun Fakulti mencerminkan bahawa mahasiswa boleh membuat pilihan untuk berorganisasi atas lesen kebebasan berpersatuan yang dianugerahkan oleh varsity kita.

Bagi mahasiswa yang belajar di luar negara, anda sepatutnya menunjukkan kualiti yang tinggi dari pelbagai segi kerana pembiayaan pengajian anda mampu menampung pengajian lebih sepuluh orang kawan-kawan yang belajar di universiti dalam negara. Mahasiswa juga perlu memandang serius Pilihanraya Kampus (PRK) sebagai langkah mereka untuk membentuk suasana universiti yang baik memandangkan universiti mereka termasuk di dalam “circle of influence” mereka. Mahasiswa perlu membebaskan minda mereka daripada politik partisan di luar sana dan perlu membentuk idealisme atau pengaruh sendiri. Mahasiswa perlulah menjadi golongan yang bertindak sebagai pressure group, indipendent groups, catalyst, check and balance, watch-dog dan bukannya jurucakap kepada parti pembangkang mahupun kerajaan. GMUKM berharap suasana demokrasi yang segar dalam universti akan dapat mempersiapkan mahasiswa untuk memegang tampuk pemerintahan negara kelak. Menggantikan pemimpin yang sedia ada sekarang sama ada dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Selanjutnya,tugas yang paling akhir ialah mahasiswa wajar membina jati diri yang kukuh serta tidak mudah terpesong daripada landasan agama dan adat ketimuran. Mahasiswa perlu menanamkan iltizam bahawa mereka datang ke gedung ilmu semata-mata untuk belajar dan mencari kemahiran individu. Mahasiswa perlu sedar bahawa mereka adalah berbeza dengan remaja di luar sana yang sebaya umurnya tetapi tidak setara pemikirannya. Di pundak bahu mahasiswa terletaknya harapan masyarakat untuk melihat generasi penyambung kepimpinan negara yang bermoral dan berkualiti tinggi. Sekiranya di peringkat seawal kampus lagi, mahasiswa terlibat dengan najis jenayah seperti mencuri dan berpeleseran, maka sudah tentu negara kita akan melahirkan pemimpin yang sudah ada rekod jenayah untuk memimpin negara berdaulat ini.

Oleh yang demikian, mahasiswa hendaklah bersikap terbuka dan optimis terhadap segala cabaran mendatang selama tiga atau empat tahun di menara gading। Tidak dinafikan bahawa peranan mahasiswa amatlah berat pada kacamata masyarakat tetapi semakin berat beban itu terpikul, semakin berguna kepada kemandirian negara kita cintai ini. GMUKM berharap agar mahasiswa terus berusaha dan bercita-cita dalam memenuhi matlamat kewujudan universiti iaitu sebagai jantung pemikiran bangsa dan tamadun. Andainya ia tidak direalisasikan oleh kita, dibimbangi universiti akan menjadi tidak ubah seperti kilang pengeluaran sumber tenaga bersifat mesin dan juga robot bernyawa.


Oleh : H.C.A
Jurucakap,
Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia (GMUKM).

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !