Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, September 13, 2008

ASPIRASI akan dibubarkan??


Kemungkinan besar dalam pilihanraya kampus kali ini, Gabungan Mahasiswa Pro Pentadbiran (Aspirasi) yang mewakili suara mahasiswa pro-kerajaan akan menukarkan namanya. Ini adalah disebabkan beberapa faktor yang berlaku lantaran tsunami politik yang melanda di peringkat nasional.

Akibat daripada kebangkitan suara rakyat yang berlaku, Aspirasi terasa tergugat dengan prestasi kerajaan sekarang yang memungkinkan mereka kalah menjelang pilihanraya kampus kali ini.

Antara faktor pertukaran nama ini adalah disebabkan kes Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah disebabkan Saiful Bukhari telah mencemarkan nama Aspirasi itu sendiri. Untuk makluman, Saiful merupakan seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Lantaran imej buruk Saiful ini telah memalukan kesemua nama Aspirasi di kampus lain kerana produk hasil daripada kepimpinan Aspirasi ini akhirnya melahirkan manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri, hatta diminta bersumpah sekali pun.

Mengikut maklumat, cadangan pertukaran nama bagi Aspirasi adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Ini adalah disebabkan GPMS telah masuk ke segenap universiti di Malaysia terutamannya universiti di Lembah Kelang.

Di Universiti Malaya, GPMS mula menapak ketika minggu pengenalan persatuan (PROMO 08’) yang lalu. Perasmian penubuhan GPMS ini telah berlangsung di Kompleks Perdana Siswa (KPS). Pergerakan GPMS juga rancak di Universiti Kebangsaan Malaysia, iniu adalah kerana keahlian GPMS yang dahulu hanya aktif di sebuah kolej kediaman kini diluaskan di setiap kolej.

Selain itu, di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), nama REVO tidak digunakan lagi dan digantikan dengan GPMS sempena PRK yang lepas untuk membuktikan kekuatan mereka.

Perjalanan pegerakkan GPMS paling rancak ialah di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) yang mana telah berjaya mengadakan demonstrasi besar-besaran tanda protes kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang memberikan peluang kepada bukan bumiputera masuk ke dalam universiti tersebut.

Aspirasi UKM bagaimana pula?

Sememangnya mengikut sejarah, Aspirasi UKM diwujudkan pada tahun 2002 lantaran kerana keburukan nama Tindakan Siswa Bersatu (TSB) yang amat buruk dan mencalarkan imej gerakan mahasiswa pengampu UMNO. TSB terkenal dengan watak dalang disebalik pergaduhan, mencabuli kehormatan siswi dan tidak bermoral dalam ertikata sebenar. TSB inilah yang pernah mencederakan seorang penyokong Pro Mahasiswa sehingga mengalami kecederaan. Di peringkat Aspirasi sekarang, jelas bahawa para pendokong Aspirasi ibarat cacing kepanasan apabila nama ini dikaitkan dengan penyelewengan, harga yuran kolej naik, isu keselamatan siswi dan juga krisis moral pemimpinnya daripada Presiden, Timbalan Presiden sehingga mahasiswa ‘pak guard’ yang sanggup berjaga di tengah malam dalam PRK lalu. Maka tidak hairanlah pada tahun ini, Aspirasi ini akan dibubarkan dan diganti dengan nama baru bagi mewajahkan kembali gerakan politik mereka yang baru. Yang selama ini amat buruk pada pandangan masyarakat UKM. Para pendokong Aspirasi juga wajar dipersalahkan atas imej buruk ini kerana kemalasan mereka dan juga ketidakhadiran ke kuliah menyebabkan nama Aspirasi menjadi buruk di mata pensyarah dan mahasiswa. Juga di kalangan Aspirasi inilah yang terkenal dengan budaya extend seperti berlaku di kalangan warga Aspirasi Borhan, membonceng motor bersama dengan bukan muhrim dan juga pelbagai lago 1001 kebejatan moral yang lain.

Jagdi, GMUKM yakin bahawa Aspirasi UKM akan menukarkan nama mereka kerana mereka sudah tidak relevan di peringkat kampus. Mungkin boleh guna nama Kelab Bestari seperti di Kolej Aminuddin Baki atau Kelab Rakan HEP di Za’ba, yang juga menutupi bangkai gajah sedangkan kita tahu bahawa kelab tersebut masih menjadi kuda tunggangan UMNO dan Barisan Nasional melalui pengampu besar mereka, ASPIRASI…

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !