Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, September 2, 2008

PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) 2008 SUDAH HAMPIR???


Gendang Pilihanraya

Gendang Pilihanraya Kampus (PRK) tahun 2008 semakin dipalu. Kedengaran suara jelas bahawa PRK tahun ini akan diadakan pada bulan ini (Bulan Puasa sama seperti tahun lepas) iaitu dijangkakan sebelum 16 September, bagi memberi halangan kepada memontum baru pertukaran kerajaan. Memang kerajaan hari ini terdesak untuk mengadakan PRK lebih awal, bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat mendiami Putrajaya. Melalui kemenangan proksi mereka, Aspirasi di kampus, jelas akan memeberi impak negatif kepada ‘penyeberangan’ 30 ahli Parlimen mereka ke Pakatan Rakyat. Kemenangan Aspirasi dalam PRK sebelum 16 September juga, akan membuktikan bahawa UMNO/ BN masih relevan di peringkat nasional. Justeru, bagi memberikan kembali talian hayat kepada perjuangan UMNO/ Barisan Nasional, maka GMUKM mengandaikan bahawa Kementrian Pengajian Tinggi melalui Hal Ehwal Pelajar, akan mengadakan pilihanraya Kampus di seluruh 17 IPTA selewat-lewatnya sebelum 16 September ini.

Jelas, mahasiswa perlu bersedia dengan perkembangan ini. Pilihanraya Kampus akan menjelang pada bila-bila masa sahaja. Para Ahli dan penyokong GMUKM perlu sedar dan telah mengangkat segala ‘senjata’, bagi mengembalikan kebajikan dan keintelektualan mahasiswa UKM yang selama ini telah diabaikan oleh Aspirasi/UMNO ini. We Unite…We Unite…For Students…To students…We Love UKM

1) TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Timbalan Naib-Naib Canselor HEPA seluruh IPTA sesi 2006 / 07 telah mengeluarkan keputusan mengejut di mana mereka telah membenarkan calon-calon berkempen sebelum hari penamaan bagi memberi peluang kepada calon-calon Aspirasi berkempen pada hujung minggu di kolej kediaman dan menafikan hak untuk calon-calon individu berkempen dengan mengeluarkan notis larangan berkumpul dan berhimpun di tempat umum. (Tarikh notis pada 14 September 2006)

2) Sehubungan itu, TNC Hal Pelajar & Alumni dan pengetua kolej telah berkempen bagi calon-calon Aspirasi melalui perjumpaaan dengan pelajar dan majlis-majlis rasmi anjuran kolej-kolej kediaman seperti Fiesta Puteri di Kolej Keris Mas, perjumpaan bersama pelajar di Kolej Aminuddin Baki dan sebagainya. Ini menyalahi etika di mana TNCHEPA sebagai Pengerusi SPR dan pengetua kolej kediaman sebagai Ketua Tempat Mengundi sepatutnya bersikap berkecuali dalam pemilihan MPP kali ini.

3) TNCHEPA dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Pengajian Islam termasuk Pengetua Kolej Tun Hussien Onn memaksa siswa tertentu daripada Fakulti Pengajian Islam bertanding atas calon tajaan Aspirasi.

Pilihanraya Kampus PRK 2008 akan kembali bila-bila masa sahaja. PRK 2007 mencatatkan satu pencapaian yang amat memberangsangkan dalam meneruskan gelombang kebangkitan mahasiswa. Kemenangan bukan sekadar dengan sekelip mata tetapi akan beransur-ansur menjadi kenyataan. Memang pada tahun lalu, Gabungan Mahasiswa (GMUKM) mengalami kemerosotan jumlah kerusi dimenangi tetapi melihat pada kertas undi,didapati bahawa berlakunya peningkatan.Ia adalah ‘signal’ yang menunjukkan memomtum mahasiswa UKM akan terus kehadapan dalam mencapai misi untuk menawan PMUKM pada tahun ini.InsyaALLAH.

Berdasarkan statistik,Gabungan Mahasiswa hanya memenangi 4 kerusi daripada 34 kerusi berbanding dengan 5 kerusi pada PRK lalu.Antara kerusi yang dimenangi adalah kerusi bermajoriti malayu yang islamik seperti FPI thn2, FPI thn3, Fpend thn2 dan Fpend thn3. Tahniah kepada Ustaz Farhan,Tajuddin,Firdaus dan Fadlain Yadai kerana berjaya menempatkan nama dalam barisan kepimpinan PMUKM pada tahun ini.

Berikut adalah beberapa statisik dan fakta nombor untuk rujukan pada sahabat mahasiswa sekalian

  1. Pada PRK tahun lalu, 4 kerusi yang berjaya dimenangi. Kampus KTSN gagal memenangi sebarang kerusi berbanding tahun lalu 1 kerusi melalui FSKB thn3. 4 kerusi yang dimenangi GMUKM berlaku pertambahan undi majoriti kecuali FPI tahun 3 susut 2 undi. FPI tahun 2 dari majoriti 285 ke 577, Fpend tahun2 dari 45 ke 108, Fpend tahun3 dari 10 ke 210, manakala FPI tahun3 majoriti 260 ke 258 (GMUKM perlu fikirkan kemerosotan jumlah undi ini). Ini menjadikan FPI dan Fpend sebagai kubu kuat GMUKM.
  1. Bagi kerusi yang kalah pula, terdapat beberapa kerusi yang menunjukkan peningkatan yang cukup baik terutama bagi kerusi FEP thn3. Walaupun kerusi ini adalah kerusi campuran melayu dan cina tetapi undi GMUKM meningkat dengan banyaknya iaitu sebanyak 110 undi sekaligus majoriti TSB berkurangan daripada 222 ke hanya 73. Bukan calang-calang orang majoritinya berkurangan iaitu Presiden PMUKM sekarang iaitu Zahid sendiri (yang terkenal dengan isu moral). Jelas bahawa kepimpinan beliau telah ditolak mentah-mentah oleh FEP Tahun 3 sendiri. Kita menjangkakan calon GMUKM memperolehi undi dari Cina pada PRK 08 kali ini. GMUKM hampir gagal memperolehi undi Cina apabila sentimen perkauman dimainkan tetapi berjaya diatasi beberapa hari sebelum pengundian. Kerusi ini berpotensi untuk dimenangi dalam tempoh selewat lewatnya tahun ini jika trend yang berlaku sekarang berterusan ditambah dengan kemenangan Pakatan Rakyat diluar kampus. Suatu penilaian dan kajian terperinci perlu dilakukan oleh GMUKM FEP bagi menawan kerusi ini memandangkan kerusi ini adalah kerusi tradisi TSB.
  1. Begitu juga bagi kerusi Kejuteraan tahun2 yg berjaya mengurangkan undi majoriti TSB walaupun berlaku kekurangan undi sebanyak 4 undi. Selain itu kerusi yang berjaya mengurangkan majoriti TSB adalah FEP thn 2 dari 883 ke 579, FSSK thn2 dari 970 ke 273, FSSK thn3 dari 330 ke 311, FTSM thn2 dari 285 ke 150, FTSM thn3 dari 23 ke 6, FUU dari 148 ke 85, FST thn2 dari 1377 ke 528.
  1. Bagi calon umum thn2 pula, kesemua calon GMUKM berjaya meningkatkan undi sekaligus mengurangkan majoriti pada tahun lalu. Majoriti terkecil adalah 3790 pada tahun 2006 berbanding tahun lalu sebanyak 2411. Bagi calon TSB pula rata2 undi calon umum bagi kerusi ini jatuh untuk kerusi umum thn3, undi calon GMUKM meningkat walaupun undi tertinggi kita berkurangan. Majoriti bagi kerusi ini juga berkurangan dari undi terkecil 1119 ke 569.
  1. Apa yang menarik, di Kolej Pendeta Zaba menyaksikan kesemua calon2 umum thn3 GMUKM menang. Disini juga calon TSB bagi kerusi FPI thn2 gagal mendapat sebarang undi berbanding calon GMUKM iaitu sebanyak 129 undi, begitu juga di KTHO calon TSB tersebut gagal mendapat sebarang undi.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !