Dewan FSSK sedang menantikan gelombang mahasiswa
Tanggal 15 September 2005 tinggal dua hari lagi. Bukan kerana peralihan kuasa seperti yang diuar-uarkan. Tetapi program dialog bersama pemimpin GMUKM akan diadakan pada hari Isnin ini di 3F 201 FSSK
GMUKM menyeru kepada semua mahasiswa/i UKM agar turun beramai-ramai bermula jam 7.00 petang lagi di paras 2 Bangunan Pusanika untuk kita sama-sama berbuka puasa dan seterusnya sama-sama solat maghrib. Ada sedikit tazkirah berkaitan perjuangan akan diberikan sebelum kita menunaikan solat isya’ berjamaah dan solat sunat terawih bersama-sama di Aras 2 Pusanika (Sebelah restoran) tersebut dan para mahasiswa digalakkan untuk membawa sejadah masing-masing.
Bagi bukan islam pula, mereka perlu berkumpul pada jam 7.00 petang juga di paras 2 Pusanika (sebelah restoran) untuk kita sama-sama makan malam bersama dan selepas itu, mereka akan ditayangkan dengan tayangan video kisah perjuangan mahasiswa di Indonesia dan juga kisah perjuangan kaum India dan Cina.
Tepat jam 9.30 malam, maka bermulalah acara yang dinantikan. Para pemimpin GMUKM akan
memberikan pidato umum selama 15 minit setiap seorang yang akan diwakili oleh PengerusI GMUKM, Saudara Farhan Yusoff, Saudari Dhanateravan, Saudara Teo Lee Ken, Saudara Kazman Abdullah (Wakil GMLN), Saudara Ustaz Firdaus Mukhtar Al-Hafiz (Ahli Majlis Perwakilan Pelajar FPI), dan beberapa front lain seperti PKPIM dan Persatuan-Persatuan Anak Negeri, Fakulti dan Kelab yang menyokong pembawaan GMUKM ini. Habis ucapan pidato, majlis akan diteruskan dengan sesi dialog bersama pemimpin GMUKM.
Para mahasiswa/i UKM dialu-alukan untuk hadir pada malam tersebut. Jangan takut kerana kita dilindungi oleh Undang-Undang Persekutuan dan juga Perkara 10 (a) Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara Malaysia. Kita juga akan turut dipantau oleh wakil NGO yang bercorak hak asasi dan kepada Pak Guard yang ingin membuat onar, anda dilarang oleh Undang-Undang untuk berbuat demikian. Kepada Aspirasi yang ingin menjadi SB atau pengadu setia kepada HEP, Silakanlah kerana anada memang terbukti bukan anak jantan. GMUKM mencabar Aspirasi sekiranya mereka berani, buatlah juga dialog seperti kami dan jangan menghalang kebebasan bersuara yang dijamin oleh Undang-Undang negara kita. Untuk pengetahuan semua pihak, tiada ucapan perkauman atau fitnah akan berlangsung dalam pidato dan sesi dialog itu.
0 comments:
Post a Comment