Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, September 3, 2008

GMUKM Bantah Kenaikan Surcaj 30 % Kenaikan Tambang Bas Ekspress


Hari Raya Aidilfitri sinonim dengan budaya balik kampong oleh masyarakat bandar dan tidak terkecuali bagi mahasiswa. Mereka akan membeli tiket untuk pulang ke kampung sama ada di Pantai Timur, Selatan mahupun Utara. Bagi Sabah dan Sarawak, sudah tentu tiket kapal terbang sebagai pilihan mereka. Bagi mahasiswa UKM, hentian Kajang dan Stesen Puduraya serta Putra merupakan destinasi utama bagi pembelian tiket ini. Kepada mereka yang belum membeli tiket balik raya lagi, cepat-cepatlah berbuat demikian kerana tiket balik raya sudah dijual di kaunter-kaunter seluruh negara. Sebelum ia habis, eloklah para mahasiswa pergi membelinya dahulu.

Tetapi amat malang kepada mahasiswa sekalian, tiket bas ekspres telah meningkat kepada 3 peratus daripada tarikh 15 September hingga 15 Oktober tahun ini di semua destinasi. Jika nak ke Alor Star sebelum ini hanya RM 34.00, tetapi telah meningkat kepada RM 39.10. Juga bagi perjalanan pulang ke Terengganu, sudah pasti akan terpaksa membayar harga mahal iaitu sebanyak RM 37.10 daripada RM 32.00 sebelum ini. Meningkat sebanyak RM 5.10. Itu hanya sehala, tidak kira perjalanan balik lagi. Terpaksa tambah sebanyak RM 10.20 semata-mata untuk balik kampung.

Sememangnya pengumuman kenaikan kadar tambang bas baru itu amat memberikan tekanan kewangan kepada mahasiswa. Jika sebelum ini, mahasiswa UKM terutamanya dibebankan dengan harga makanan café yang meningkat, yuran kolej dan pengajian yang bertambah, juga kenaikan harga minyak yang naik menggila pada 5 Jun lalu dan hanya turun 15 Sen bulan lalu. Jelas permasalahan ini memberikan satu tekanan baru kepada mahasiswa yang sebelum ditekankan dengan isu keselamatan yang melibatkan perasaan sense of security mereka telah hilang di kampus.

Kenaikan tambang bas ekspres ini dikatakan atas alasan kerana kos operasi semakin meningkat dan juga kerugian yang ditanggung oleh pengusaha bas. Bagi GMUKM, kami amat tidak yakin seratus-peratus kenyataan pengusaha ini kerana mereka ini tidak pernah mendedahkan akaun sebenar penyata kewangan mereka. Dikatakan pengusaha ini rugi berjuta-juta tetapi mana bukti yang menunjukkan mereka rugi sehingga terpaksa gulung tikar.

GMUKM turut ingin membidas kerajaan yang jelas nyata gagal dalam mengawal ekonomi negara dengan baik.Kadar inflasi yang meningkat sehingga 7.7 peratus bulan lau, jelas satu kadar tertinggi dalam sejarah negara sejak 26 tahun lalu. Dasar kerajaan yang menaikkan harga minyak, tol, cukai dan pelbagai lagi bebanan kepada pengusaha menyebabkan bebanan ini dipikul oleh pengguna terutamanya mahasiswa.

Justeru, GMUKM mendesak agar mahasiswa dikecualikan akan kenaikan ini. Jikalau kita tidak menentang dasar kenaikan harga ini, ia sudah pasti menjadi satu budaya yang akan mencengkam kantung dan poket kita dan seterusnya kepada adik-adik, anak-anak dan cucu kita. Konsep “no man may profit by his own wrong” (tiada seorang boleh meraih manfaat daripada penipuan atau kesalahannya) perlu diperjelaskan di sini bahawa pengusaha dan kerajaan tidak boleh mengaut keuntungan daripada kewangan rakyat atas kesalahan dan kesilapan urus tadbir pengurusan mereka dan hal ini perlu jelas bahawa setiap manusia ada hak untuk mendapat satu kepuasan harga yang setanding dengan kemunasabahannya sebagai seorang rakyat dalam negara membangun.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !