Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, September 16, 2008

GMUKM serah petisyen desak pembubaran Kelab Aspirasi




BANGI,UKM – 22 Ogos 2008, satu penghantaran petisyen menuntut pembubaran Kelab Aspirasi UKM telah diserahkan kepada Naib Canselor pada bulan lepas. Penghantaran petisyen yang bertujuan mendesak Kelab Aspirasi dibubarkan sebelum 5 September 2008 lalu adalah bertujuan untuk menjamin budaya keintelektualan serta roh ilmu subur dalam kalangan Mahasiswa/i khususnya daripada diresapi budaya politik kotor dan politik kepartian luar kampus. Petisyen itu diserahkan oleh Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), Saudara Ahmad Farhan Yusoff yang menyerahkan kepada Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, yang mempunyai kuasa untuk membubarkan sesuatu Kelab mahupun Persatuan di UKM ini melalui peruntukkan Seksyen 16 Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan Ogos 2006).

GMUKM mengambil tindakan menyerahkan petisyen tersebut atas rasional daripada beberapa alasan mahupun bukti yang jelas berkaitan penyelewengan dan kezaliman Kelab Aspirasi ini. Antara bukti dan alasan yang diberikan oleh GMUKM dalam tuntutan petisyen tersebut adalah seperti berikut :

1. Kelab Aspirasi menzahirkan diri mereka kumpulan pelajar yang memasuki Pilihanaya Kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2. Kelab Aspirasi melakukan ugutan dan menyebarkan propaganda

3. Kelab Apirasi mengedar risalah haram dan fitnah

4. Berlakunya peristiwa samseng dan gangsterisme oleh Kelab Aspirasi kepada pelajar.

GMUKM turut mendesak agar Jawatankuasa Tatatertib Menyiasat Salah Laku Kelab Aspirasi ditubuhkan bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan ini di bawah kelolaan Pejabat Naib Canselor sendiri. GMUKM bukannya mengamalkan politik popular dalam penghantaran petisyen ini tetapi lebih kepada penyataan hak dan tentangan terhadap penyelewengan dan penipuan kelab Aspirasi sejak 2002 yang lalu. Kelab Aspirasi secara faktanya terlibat secara aktif dalam dalam Pilihanraya Kampus (PRK) saban tahun dan sentiasa menghantar calon tajaan daripada kumpulan mereka sendiri. Mereka juga turut bertindak sebagai jentera operasi PRK dalam memenangkan calon Aspirasi yang secara jelasnya di belakang tabir permainan politik itu adalah Kelab Aspirasi sendiri. Contohnya di Kolej Burhanuddin Helmi, Kelab Aspirasi secara terang dan nyata telah membuat satu organisasi tersendiri yang mempunyai jawatankuasa kecil dalam PRK seperti memiliki agen risalah, Polling Agent Counting Agent (PACA), jentera penerangan, unit kira undi dan lain-lain lagi.

Selain itu, kelab Aspirasi UKM juga terkenal dengan budaya ugutan, sentuhan fizikal dan penyebaran fitnah. Faktor inilah yang menjadi antara salah satu alasan petisyen ini diserahkan kepada Naib Canselor. Dalam PRK yang lalu, jentera Kelab Aspirasi inilah yang telah melakukan ugutan kepada mahasiswa dengan memberi kata dua sama ada mengundi calon tajaan mereka, Pro-Aspirasi ataupun dibuang dari kolej. Jelas bahawa tindakan Kelab Aspirasi amat biadap dan melanggari undang-undang Universiti seperti Peraturan 64.5 Buku Panduan Calon PRK 2007 yang melarang sesiapa jua daripada membuat paksaan, ugutan dan deraan dalam apa jua bentuk terhadap orang perseorangan. Kelab Aspirasi UKM juga melakukan kesalahan jenayah dengan menerbitkan risalah haram dan menfitnah individu secara jelas dan nyata. Secara faktanya, Kelab Aspirasi Kolej terlibat langsung dalam penerbitan risalah haram Al-Bayan yang tidak bercop sebagai agen saraf mereka dana mengedarkannya di seluruh UKM ini.

Selanjutnya, Kelab Aspirasi juga turut menyuburkan budaya gejala samseng dan gangsterisme di kampus. Buktinya, dalam satu kes seorang mahasiswa Fakulti Kejuteraan telah dipukul oleh 5 orang pelajar Aspirasi di Kolej Burhanuddin Helmi pada bulan mac lalu atas satu kesalahan yang sengaja direkakan oleh mereka. Akibatnya, pelajar tersebut yang mengalami kecederaan dalaman ini telah membuat satu laporan polis atas kejadian jenayah itu dan kes itu masih dalam siasatan polis. Berdasarkan kes di atas dan beberapa kes sebelum ini, secara buktinya jelas bahawa Kelab Aspirasi berperanan dalam kegiatan samseng dan gangsterisme dan ini membahayakan keselamatan mahasiswa dan juga mencemarkan nama baik UKM itu sendiri.

GMUKM amat berharap agar petisyen ini diambil tindakan sewajarnya daripada pihak pentadbiran UKM. Pihak pentadbiran perlulah bersikap adil dan saksama dalam mengadili tuntutan petisyen ini bagi kebaikan bersama. Jangan berlakunya pendiskriminasian undang-undang dilakukan kerana ia bercanggah dengan nilai moral dan juga Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. GMUKM sangat menantikan agar Kelab Aspirasi dan juga kelab kosmetik mereka seperti Rakan HEP di Kolej Pendeta Za’ba dan juga Kelab Bestari di Kolej Aminuddin Baki, agar berkubur di bumi UKM ini.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !