Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 4, 2008

Politik Aspirasi Menyebabkan UKM kempunan APEX


Tanggal 3 September, lengkaplah teka-teki Universiti mana yang patut menjadi Universiti APEX (Accelerated Program for Excellence) di negara ini. Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih sebagai Universiti Apex pertama, mengetepikan beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM) dan juga varsiti kita,UKM

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Mengikut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah berkata bahawa USM dipilih mengatasi universiti saingan lain berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.

Universiti Apex merupakan universiti paling tersohor yang menjadi penanda aras peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan ia telagh digariskan dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara. Dalam pelan strategik itu juga, Kementerian Pengajian Tinggi telah membahagikan universiti-universiti kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif.

Untuk rekod, selain USM, enam lagi institusi pengajian tinggi awam yang mengemukakan permohonan untuk menjadi Universiti Apex adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dua institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), turut mengemukakan permohonan.

Secara analisanya, Universiti Apex akan diberi keistimewaan seperti autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian. Maknanya, USM boleh memilih pelajar cemerlang dari seluruh negara sebelum pelajar yang tidak terpilih itu, diserapkan ke dalam 17 IPTA lain. Betapa besarnya pengaruh Universiti Apex ini dalam mewujudkan USM sebagai di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020 seperti yang digariskan oleh Kementrian Pengajian Tinggi itu.

Dari segi kebebasan pula, kerajaan akan memberi kebebasan kepada Universiti

Apex yang ditubuhkan di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara ini untuk

mengambil lebih ramai pensyarah dan pelajar asing bagi membolehkan ia melahirkan para penyelidik bertaraf Nobel Laureate. Dari segi realitinya, Malaysia pernah memiliki ahli akademik bertaraf dunia seperti Sasterawan Negara, Prof Shahnon Ahmad yang pernah disebut sebagai calon Anugerah Nobel. Tetapi mungkin kerana kurang kebebasan akademik disebabkan AUKU menyebabkan negara kita ketandusan calon untuk anugerah Nobel tersebut. Universiti Apex itu turut dibenarkan menawarkan syarat-syarat perkhidmatan dan gaji yang lebih baik kepada pensyarah dari luar negara supaya ia menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing.

Persoalan besar yang bermain di minda pelajar UKM ialah kenapa UKM tidak terpilih sebagai Universiti Apex? Sedangkan pada dua tahun lalu, UKM mendudukiantara 100 Universiti terbaik di rangking Universiti di dunia. GMUKM merasakan bahawa ada sesuatu tidak kena dengan perbukitan ini. Mungkin UKM belum bersedia untuk menjadi Universiti Apex disebabkan karenah PMUKM dan Ahli pentadbiran yang lebih berpolitik daripada memikirkan nilai keintelektualan mahasiswa. Mungkin juga isu keselamatan pelajar yang semakin terhakis menyebabkan UKM tidak terpilih..Mungkin. Tetapi satu post mortem perlu dibuat oleh pihak Universiti kita bagi menilai kembali keupayaan kita bersaing dengan Universiti tempatan. Anggaplah ketidak-pemilihan kita sebagai Universiti Apex sebagai cabaran kepada kita semua untuk memacu perubahan baru kepada mahasiswa dan Universiti.

Kepada ASPIRASI-PMUKM, kamu perlu bertanggungjawab atas kegagalan Universiti kita mendapat pengiktirafan Universiti Apex. Kamulah punca dan sebab-musabab kegagalan ini. Kamu gagal menimbulkan suasana intelektual di dalam kampus dan kamu hanya menjahanamkan mahasiswa dengan pelbagai program yang tidak berfaedah. Kamu jugalah yang memberi tekanan tambahan kepada mahasiswa seperti gagal dalam menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswa serta gagal meringankan beban kewangan mahasiswa yang terpaksa berhadapan dengan yuran naik dan harga barangan di sekitar kampus yang mencanak naik itu.

Sedarlah mahasiswa UKM sekalian bahawa PMUKM-Aspirasi gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Untuk PRK tahun ini, dinasihatkan mahasiswa UKM untuk merubah kerajaan PMUKM dan memberi peluang kepada calon GMUKM yang rata-ratanya melihat isu Universiti lebih kepada kebajikan dan keintelektualan. Kepada Aspirasi-PMUKM, anda tidak layak menyatakan bahawa anda mendokong aspirasi Universiti. Bagi UKM, memang Aspirasi mengampu Universiti tetapi kelemahan Aspirasi jugalah yang menyebabkan Universiti kita tidak terpilih sebagai Universiti Apex ini.

4 comments:

Unknown said...

mungkin ada antara yang tak faham bagaimana kedudukan yang diberikan oleh THES dinilai.bak kata menteri pengajian tinggi,pemilihan universiti bukan disebabkan kedudukan dalam THES, kalao tidak UM sudah lama dipilih.janganlah semuanya dipolitikkan atau dipandang hanya dari sudut politik sahaja.daripada bermain kata2 yang sendiri tak tahu, baik tingkatkan pencapaian akademik atau menyumbang pada kemajuan universiti.antara sebab ukm tidak dipilih adalah kurangnya program untuk meningkatkan tahap intelektual pelajar ukm.bagi pelajar fst contohnya, mereka perlu lebih terdedah kepada teknologi terkini dalam bidang sains, penggunaan software atau kaedah baru dalam bidang sains. biarlah blogspot gm-ukm menjadi satu medan mencambah minda.jangan dinilai dari satu sudut sahaja.amin.

aiman said...

yang korang rasa benagang sangat UKM tak jadi univ APEX apesal? kenapa salahkan orang lain sedangkan korang sendiri masih ketinggalan dalam pembelajaran.ada ke budak2 USM bising apabila DR SMS terpilih ke angkasa lepas? seperkara lagi, kelihatan jelas kedangkalan mentaliti pemimpin mahasiswa ( termasuk penulis post ini) apabila mempertikaikan isu pendidikan.

selamatkan diri kamu dulu sebelum kamu beriya-iya menyelamatkan diri orang lain. anda melihat satu aspek kehidupan yang anda rasa bangga melakukannya tetapi anda tidak melihat perspektif oang lain terhadap anda. Sememangnya anda perlu bergerak memekakkkan telinga apabila melakukan kebaikkan tetapi apabila tanggungjawab asal anda tidak terlaksana, anda adalah orang yang tidak berjaya mengurus diri anda dan mengutamakan keutamaan yan ada pada diri anda. adakah anda seorang pengurus yang baik dan boleh menjadi pemimpin?

perjalanan anda masih jauh. hari ini anda melihat ramai orang yang menggangap anda sebagai kawan dalam 'perjuangan' anda. namun, kesan dari semua ini akan anda rasakan selepas anda keluar dari univerisi. universiti adalah medan memperkayakan pemikiran dengan ilmu. ambil yang sedit jadikan iktibar dan jangan tamakkan pemikiran nda dan hadiskan tenaga anda dengan sesuatu yang belum jelas akhirnya.

apalah gunanya ijazah anda jika anda masih lemah dalam ilmu yang nda pelajari. apalah guna pangkat anda dalam persatuan dan pertubuhan seandainya anda masih belum mampu menjadi pemimpin yang benar-benar mampu membawa kebahagiaan kepada diri anda.

satu lagi...berhentilah menjaja fitnah selagi mana bukti belum dijumpai.

jikalau anda pemimpin sejati, buangkan topeng para penaja dan buangkan mentaliti mengikut kehendak semasa. anda perlu ada perjuangan tersendiri dan bukannya taklid melulu dengan keadaan masyarakat yang ada.

Apakah kita di zaman ini ingin menyertai pertembungan sesama muslim dalam isu-isu yang kabur dan dikepalai pula oleh peribadi-peribadi yang tidak pasti? Fitnah oh fitnah. Ya Allah, kami pasrah kepadaMu dalam fitnah yang mengelirukan ini.

yau said...

anda tentunya mewarisi kepimpinan politik terdahulu..penuh dengan kata-kata merendahkan kepimpinan sedia ada, tetapi anda tidak sedar 4 jari lagi terpalit kepada diri anda..gmukm, tidak perlu anda menyatakan yang anda ini promahasiswa, sedangkan topeng anda ditaja pembangkang..kenapa?anda lihat web2 ini yang lebih menjurus kepada politik kepartian...kenapa ukm tidak jadi u apex? adakah diukur dari segi ranking?tidak...um perlu jadi u apex jika ranking menjadi indikator...kenapa anda tidak bangkitkan pemilihan usm menjadi u apex disebabkan kebijaksanaan kolaborasi pimpinan aspirasi dan pentadbir u sebagai sebab? adakah disebabkan ukm dipimpin aspirasi maka apex terlepas tangan? anda terlalu sempit, mudah membantah jika ada sesuatu yang berlawanan dengan perjuangan anda gmukm..anugerah kualiti perdana menteri yang dimenangi ukm kenapa anda tidak bahaskan?anda hanya mencari salah dan kekalahan, seolah2 apabila anda berjuang dan memimpin, kejayaan dan ukm akan selalu berada di puncak..berjuanglah secara ikhlas...3-4 tahun di universiti tidak lama, saya sudah masak dengan politik di ukm..tuntutlah ilmu, kayakan diri dengan pengetahuan dari berkumpul dan membantah itu dan ini..salurkan kebijaksanaan dengan tunjukkan kepimpinan yang ada teladan..saya tidak gemar politik keterlaluan, memecah belahkan bangsa, mencari kelemahan orang lain, sedangkan bangsa lain sibuk mencari kekayaan, tetapi Melayu, pelajar Melayu sibuk merebut kuasa dan berkata, akulah yang benar, kamilah yang benar, hapuskan kezaliman...zalim sangatkah kehidupan kita sekarang? cukuplah..politik luar cukup meracuni minda kita...politik saja, tanpa pengetahuan, ibarat ketam mengajar anaknya berlari lurus...pandai memeberi arahan, tapi tidak sedar dirinya kosong..renungkanlah dan selamat beramal!

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

Kenapa mesti nak salahka ASPIRASI? Apa korang dah cukup perfect ker? Aku tengok blog ni dah rupa mcm blog parti pembangkang jer... nk kena ISA ker? mcm2 fitnah aku tgk dalam ni. Aku x nampak pun fungsi blog ini adalah untuk wadah kepada pelajar UKM untuk melontarkan masalah mereka secara atas talian. kalo setakat nk mengutuk kerajaan atau mengutuk orang lain... memang serupala... Orang yang atas pagar pun x suka cara korang mcm ni. lebih rela undi Aspirasi!!!!

Mengenai Isu APEX. UKM dah buat sedaya upaya. adakah korang download and baca slide APEX yang UKM sediakan?

Aspirasi selama tak sedikit pun nak berbangga selama ini UKM dapat No 1 dalam Malaysia. Aspirasi skit pun x rasa bangga UKM jadi Universiti Penyelidikan. Kalo ikutkan ASPIRASI boleh ckp and bgtau semua tue. Jangan kerana salah nyamuk kelambu plak yang nk dibakarkan!!!

p/s: Mana pi moderator!!! Komen lerr!!!

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !