Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, September 17, 2008

Apa Kata Pemimpin GMUKM tentang Majlis Dialog dan Pidato UMUM

Dhanaletchumi : GMUKM sebagai satu gabungan yang memperjuangkan hak-hak dan kebajikan telah mencapai klimaksnya semalam. Walaupun GM diberi halangan tetapi kita berjaya buktikan pada UKM bahawa perjuangan bukan senang mahu dipatahkan. Dialog semalam membuktikan bahawa pelajar semakin berani bersuara dan tidak takut seperti dahulu. Saya pasti selepas ini, akan berlaku perubahan dalam UKM dan juga dalam gerakan pelajar. Perasaan saya bercampur gembira dan geram. Geram disebabkan tindakan pegawai keselamatan dan juga pegawai HEP. Tetapi gembira kerana GM diberikan sokongan solidariti. Teruskan perjuangan pelajar!!


Farhan Yusoff : Saya ucapkan terima kasih atas kehadiran mahasiswa/i ke Dialog Mahasiswa semalam.Harapan ruang seumpama ini terus diberikan untuk melahirkan mahasiswa/i yang holistik dan berdaya saing.


Lingswaran : Akhirnya mahasiswa sudah mula tinggalkan polemik perkauman dan bersatu untuk kepentingan bersama. Syabas!!


Teo Lee Ken : Mahasiswa sudah bebas merdeka daripada kepompongan lama tentang perjuangan mahasiswa. Perjuangan menegakkan kebajikan mahasiswa masih panjang. Ayuh kita bersama-sama bersatu,Cina dan India atas nama GMUKM untuk membina satu harapan baru di UKM.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !