Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, September 12, 2008

GMUKM relevan untuk semua kaum


Taktik pecah dan perintah yang bersifat perkauman telah digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun sejak merdeka. Parti politik berasaskan kaum adalah tidak relevan dengan keadaan Malaysia sekarang dan masa depan kerana parti politik tersebut hanya menggunakan isu perkauman untuk mengukuhkan kedudukan sendiri dan tidak menggalakkan perpaduan bersama.
Kami menolak parti yang hanya berjuang untk satu-satu kaum atau identity tertentu sahaja. Perkara yang boleh dijangkakan ialah Malaysia memerlukan satu platform politik alternatif yang merangkumi kepelbagaian yang mampu memenuhi keperluan semua rakyat dan berjuang untuk semua rakyat. Hala tuju perjuangan parti politik harus berasaskan keadilan, kesaksamaan dan perpaduan sesama rakyat tanpa mengira kaum.

Ahmad Farhan Yusoff,
Pengerusi GMUKM

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !