Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, September 12, 2008

Dr Mahathir Masuk.. Paklah serah kuasa pada Anwar?

Paklah sudah diperangkap oleh orangnya sendiri, perancangan asal untuk membangkitkan perasaan bersatu orang melayu dalam menghadapi 16September kini beralih kepada krisis perkauman dan krisis Umno bersama Parti Komponen.dalam kenyataan Presiden PPP Dr M Kaveyas kepada pemberita selepas mesyuarat tertinggi BN ia berkata " inilah suana paling luar biasa yang dihadapi BN sepanjang 15 tahun pengalamannya". ya! kini bukan Umno sahaja yang mendesak pengunduran Paklah tetapi parti komponen dalam BN.masalah diahadapi Paklah makin bertambah apabila Dr mahathir mengumumkan akan menyertai semula Umno sehinggakan Paklah tidak mampu memberikan respon kepada soalan wartawan berkenaan kemasukan Dr Mahathir.

Seperti dirancang,Sebenarnya Ahmad Ismail juga terlibat memerangkap Paklah, buktinya pada hari yang sama dia menyerang kaum Cina seperti orang Yahudi di Amerika, Khir Toyo juga menulis dalam Blognya bahawa jika Paklah tidak meletak jawatan peristiwa 13 Mei bakal berulang. sehari sebelum Ahmad Ismail membuat sidang medianya menyerang kaum Cina, dalam perjumpaan dengan Paklah Ahmad Ismail telah bersetuju untuk membetulkan kenyataanya dengan nada yang lebik baik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kenyataan Ahmad Ismail lebih racist dari sebelumnya. ia turut mengejutkan Paklah.dan dalam waktu yang sama Paklah diperlihatkan Paklah sudah diperangkap oleh orangnya sendiri, perancangan asal untuk membangkitkan perasaan bersatu orang melayu dalam menghadapi 16September kini beralih kepada krisis perkauman dan krisis Umno bersama Parti Komponen.dalam kenyataan Presiden PPP Dr M Kaveyas kepada pemberita selepas mesyuarat tertinggi BN ia berkata " inilah suasana paling luar biasa yang dihadapi BN sepanjang 15 tahun pengalamannya". ya! kini bukan Umno sahaja yang mendesak pengunduran Paklah tetapi parti komponen dalam BN.masalah diahadapi Paklah makin bertambah apabila Dr mahathir mengumumkan akan menyertai semula Umno sehinggakan Paklah tidak mampu memberikan respon kepada soalan wartawan berkenaan kemasukan Dr Mahathir.

Seperti dirancang,Sebenarnya Ahmad Ismail juga terlibat memerangkap Paklah, buktinya pada hari yang sama dia menyerang kaum Cina seperti orang Yahudi di Amerika, Khir Toyo juga menulis dalam Blognya bahawa jika Paklah tidak meletak jawatan peristiwa 13Mei bakal berulang. kenyataan Ahmad Ismail dan Khir toyo pada hari yang sama tentang soal perkauman seperti dirancang. sehari sebelum Ahmad Ismail membuat sidang medianya menyerang kaum Cina, dalam perjumpaan dengan Paklah Ahmad Ismail telah bersetuju untuk membetulkan kenyataanya dengan nada yang lebik baik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kenyataan Ahmad Ismail lebih racist dari sebelumnya. ia turut mengejutkan Paklah.dan dalam waktu yang sama Paklah diperlihatkan seperti perancang sebenar membangkitkan Api perkauman. seperti dirancang,kesoknnya Muhyidin Yasin mendedahkan Dr Mahathir akan menyertai semula Umno dan Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk bertanding sebagai ketua pemuda. dan sidang media Ahmad Ismail selepas ia dijatuhkan hukuman oleh Majlis Tertinggi Umno disebelahnya adalah setiausaha agung Umno Tengku Adnan sebahagian perancang untuk memerangkap Paklah. apa yang Paklah terlepas pandang adalah Khir Toyo & tengku Adnan adalah Proksi Mahathir. Tg Adnan juga kini mencari jalan selamat untuk mengelak kes Video Vk Lingam yang akan memerangkap dirinya. Tg Adnan sendiri mahu Dr Mahathir kembali dan Paklah dijatuhkan.agar Tg adnan dan mahathir terlepas dari kes Video Vk Lingam yang sedang dibicarakan.

Ingat siapapun mungkin tidak menyangka Mahathir antara watak utama dalam isu Perkauman yang ditimbulkan akhir akhir ini, taktik Dr Mahathir sama dengan taktiknya dahulu menjatuhkan PM pertama Tengku Abdul rahman, ketika dia dipecat Umno dia membuat pelbagai fitnah keatas Tg Abdul Rahman dan akhirnya menimbulkan semangat perkauman untuk survival politiknya. itulah dahulu Dr Mahathir dikenali sebagai Ultra Melayu, kini dia membuat dengan cara yang sama. namun apa yang dr Mahathir lupa zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu. tindakan kamu akan cepat dihidu.Dr mahathir , Tg Adnan, Khir Toyo bersama Ahmad Ismail memerangkap Umno pulau Pinang dan Paklah kerana mahu mendesak Paklah meletakkan jawatan dengan segera. apa pun caranya termasuk mengapi apikan semangat perkauaman matlamat mereka adalah satu, mereka mahu Paklah meletakkan jawatan dengan segera. Dr Mahathir telah berjaya memaksa parti Komponen BN mendesak Paklah meletak jawatan.itulah sebabnya Paklah tidak mampu menjawab soalan wartwan semalam kerana dia sudah mengetahui isu perkauman ini dirancang dari kem Dr mahathir untuk memerangkap dirinya.

Paklah akan serah kuasa pada Anwar?
Kini team Dr Mahathir hampir pasti dapat menggulingkan Paklah, Paklah tidak lagi selamat bersama anak dan menantunya. jika orang Mahathir berjaya menggulingkan Paklah, nasib Paklah dan Khairy akan teruk dibuatnya oleh orang Dr mahathir yang selama ini menyimpan dendam kesumat kepada Paklah terutama menantunya Khairy jamaluddin. Paklah sendiri tahu betapa kejamnya dr mahathir andai dia menyimpan dendam, lihat saja apa yang dilakukan Dr Mahathir ketas Anwar, sudah tentu Paklah dan Khairy memahami apa nasib yang bakal diterima mereka andai Paklah kehilangan kuasa.

Satu cara paling selamat adalah dengan berunding dengan Anwar! sudah tentu adegan Khairy menyerahkan Pasport kerumah Anwar melalui pintu dapur akan kembali berulang.kini mungkin Khairy akan menyerahkan surat serah kuasa kepada Anwar, dengan syarat Paklah dan menantunya tidak diganggu selepas Pakatan rakyat berkuasa. dengan cara itu sahaja Paklah dan menantunya akan selamat. tidak ada seorangpun dalam Umno boleh memberikan jaminan Politik, kerana tidak pernah diantara mereka berpegang pada janji, lihat sahajalah Muhyidin Yasin yang pada awalnya bersetuju dengan peralihan kuasa 2010 akhirnya mendesak Paklah berundur. yang lebih dahsyatnya kali ini Muhyidin bersama Dr mahathir & gang menyerang hendap Paklah dibulan puasa. Umno pasti bergolak menjelang pemilihan bahagian Oktober ini.
Hanya satu pilihan buat Paklah, Berunding dengan Anwar!! kerana hanya Anwar mampu memberikan jaminan Politik kepada Paklah andainya Anwar menjadi Perdana Menteri. bermula minggu hadapan kita akan saksikan drama politik yang lebih menarik, kawan akan menjadi musuh dan musuh akan menjadi kawan. dan kini Anwar hanya menunggu untuk melakukan "Checkmate" dalam percaturan poliknya.

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! AWAN TETAP LAWAN
- Reformis Muda

1 comments:

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

Kenapa risau sgt DR M masuk ni? Bosanla balik2 Anwar!! Cubala letak Hadi Awang ke... LIm kit Siang ker!!! puja sungguh korang dengan Anwar ni...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !