BANGI, 15 SEPTEMBER – Program Dialog dan Pidato Umum Pemimpin Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya semalam. Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu kebajikan mahasiswa dan juga hal berkaitan kampus. Dianggarkan kira-kira 200 mahasiswa/I pelbagai kaum yang hadir di dalam program yang dilangsungkan di Bangunan Pusanika, Universiti Kebangsaan
Program dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku oleh para mahasiswa yang datang. Selepas itu, berlangsungnya acara yang dinanti-nantikan oleh mahasiswa iaitu pidato umum oleh tiga orang mahasiswa yang berlatarkan pelbagai kaum. Pidato pertama diucapkan oleh Saudari Dhanalecthumi a/p Naraynan yang menyentuh tentang hal-hal kebajikan siswi. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa perlu berfikir luar daripada pemikiran biasa dan perlu bersifat terkehadapan dalam pelajaran dan organisasi. Beliau turut menyatakan bahawa keterbukaan pihak pentadbiran dan kerajaan perlu dilaksanakan bagi memberikan satu memontum kepada pemikiran baru mahasiswa pada hari ini. ”Mahasiswa perlu memberikan satu ajakan kepada perubahan ke arah yang lebih baik bagi meningkatkkan kembali negara dan Universiti di persada antarabangsa,”katanya yang merupakan seorang pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat.
Seterusnya pidato umum disampaikan oleh Saudara Firdaus Mukhtar Al-Hafiz, yang menyatakan ketegasan beliau agar pemimpin mahasiswa dipilih oleh orang yang berwibawa, bersih dan berintelek. Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar turut menyarankan mahasiswa agar segal isu kebajikan mereka, perlu dikumpulkan dan diadukan kepada pihak yang berautoriti.” Sebarang masalah mahasiswa yang berbangkit seperti kenaikan yuran, keselamatan mereka dan juga kekurangan infrastruktur wajar dibawa ke peringkat atasan oleh pemimpin mahasiswa yang dilantik”,ujarnya dalam program tersebut.
Ucapan pidato ketiga dilakukan oleh Saudara Teoh Lee Ken, wakil mahasiswa Cina. Beliau telah menghujahkan bahawa mahasiswa perlu diberikan kesaksamaan keadilan dan undang-undang dalam memacu perubahan ke arah mahasiswa berintelek. Beliau turut menggesa mahasiswa untuk bangkit menaikkan kembali rangking Universiti di rangking dunia dan menjadikan UKM sebagai Universiti Apex ke-2 selepas USM. Beliau yang juga merupakan pelajar undang-undang turut menyatakan keprihatinan beliau terhadap isu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1975) (AUKU) yang dilihatnya sebagai satu penghalang kepada daya berfikir mahasiswa. Beliau turut menggesa agar AUKU dipinda beberapa peruntukkan lagi dan tidak setuju sama sekali bahawa AUKU itu dimansuhkan.” Undang-undang perlu adil kepada semua oang, termasuk mahasiswa. Mahasiswa wajar diberikan kebebasan sepertimana yang telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan kita dan bukannya dihalang tanpa alasan yang kukuh”,tegasnya.
Pidato umum yang terakhir dan paling dinanti-nantikan ialah Pengerusi GMUKM yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Saudara Farhan Yusoff. Beliau banyak menyentuh tentang isu kebajikan mahasiswa yang dibebani dengan pelbagai kenaikan. Beliau menggesa agar pihak pentadbiran supaya menimbang kembali beban ekonomi mahasiswa yang terpaksa berhadapan dengan krisis kekurangan pendapatan sejak akhir-akhir ini. ” Mahasiswa sekarang tidak wajar dibebani dengan segala kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan sedangkan nilai pinjaman dan biasiswa tidak dapat menampung kenaikan tersebut dan memberikan satu beban yang berat kepada mahasiswa,” tegasnya.Beliau juga turut menyentuh tentang serba ringkas tentang latar belakang GMUKM yang jelas pembawaan berdasarkan 3 dasar iaitu falsafah UKM, kebajikan semua mahasiswa dan nilai keintelektualan mahasiswa.
Selepas berlangsungnya pidato umum tersebut, maka sesi dialog antara mahasiswa/i yang hadir pada malam itu bersama dengan pemimpin GMUKM. Banyak persoalan yang ditanya adalah berkisar tentang isu kebajikan mahasiswa dan juga hak kebebasan yang perlu dikecapi oleh mahasiswa. Majlis Pidato Umum dan Sesi Dialog ini berakhir pada jam 11.00 malam dan para hadirin bersurai secara aman. Sebelum bersurai, mereka sama-sama menyanyikan lagu Varsiti kita, sebuah lagi rasmi UKM itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment