Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, September 14, 2008

GMUKM sepakat bantah ISA


Kepimpinan Gabungan Mahasiswa UKM membantah sekeras-kerasnya tindakan terdesak kerajaan yang menangkap beberapa individu iaitu antaranya Exco Kerajaan selangor yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara, Teresa Kok serta Blogger, Raja Petra Kamarudin

"GMUKM mendesak pihak kerajaan agar membebaskan segera semua tahanan tanpa syarat daripada ISA. Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai kesalahan jenayah yang dilakukan oleh dua individu ini, maka ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka," ujar satu kenyataan oleh Pengerusi GMUKM, Saudara Farhan Yusof.

"GMUKM berharap agar tindakan kerajaan ini bukan merupakan percubaan awal untuk menangkap lebih ramai ahli politik pembangkang sepertimana sejarah tangkapan ops lalang pada 1987 lalu," katanya yang juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar.

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam, Ustaz Firdaus Mokhtar Al-Hafiz menegaskan dalam Islam sendiri, tidak ada hukuman tanpa bicara. Jika benar Teresa didapati bersalah sekalipun, penangkapan tanpa bicara tetap tidak boleh dilaksanakan.

Menurut beliau, penangkapan Teresa atas alasan melarang penggunaan pembesar suara ketika melaungkan azan adalah satu perkara yang tidak boleh diterima kerana sebelum ini, wakil rakyat tersebut pernah menafikannya bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam larangan tersebut di mesyuarat Exco Selangor yang lalu

Bagi Saudari Dhanarathavan pula, " ISA digunakan sekali lagi untuk menyekat perjuangan dan menakut-nakutkan rakyat. Isu perkauman telah di’highlight’kan dalam penangkapan kali ini. Ini membuktikan bahawa ISA digunakan untuk kepentingan BN dan memadamkan suara rakyat. Rakyat terus tertindas dengan akta ini”,katanya.

Tindakan kerajaan BN itu amat buruk kerana Teresa merupakan seorang ahli Parlimen dan Adun wanita. "Saya menyeru seluruh mahasiswa terutamanya mahasiswi mendesak agar akta zalim ini dimansuhkan kerana sememangnya akta itu terbukti satu tindakan kejam," tegasnya.

Sementara itu, bagi Saudara Teo Lee Ken pula, beliau menghujahkan bahawa tahanan-tahanan ISA ini perlu dibicarakan di mahkamah sekiranya didapati bahawa ia betul-betul bersalah seperti yang diuar-uarkan kerajaan. " Faktor niat jahat wajar kita semua teliti dalam tindakan kejam yang diambil ini”,katanya.

Jurucakap GMUKM merangkap Setiausaha Politik kepada Pengerusi GMUKM, Saudara Hishamuddin Abdullah menganggap tangkapan tersebut merupakan satu titik hitam kepada negara dalam suasana akan berlakunya pertukaran kepimpinan kerajaan pada 16 September ini." Kuasa menteri yang diperuntukkan dalam Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jelas satu kuasa yang zalim kerana beliau boleh memenjarakan seseorang tanpa bicara di mahkamah berdasarkan gerak hatinya selama 2 tahun. Ini merupakan satu undang-undang lapuk dan ketinggalan yang wajar dihapuskan selepas 51 tahun kita merdeka, tegasnya.

"Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh disabitkan sekiranya adanya bukti wujudnya hasutan perkauman dan bukannya dikenakan tindakan ISA yang sama macam Akta Patriot di Tahanan Guatanamo Bay itu," ujarnya.

" GMUKM memuji tindakan tegas Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, yang sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil”, katanya yang merupakan seorang aktivis mahasiswa yang pernah di’ISA’kan oleh Wisma Aman.

"Kita dapati tekanan demi tekanan berambah runcing kerana pimpinan BN melihat peralihan kuasa akan berlaku menjelang 16 September ini," jelas seorang lagi pemimpin GMUKM, Saudara Loh Wei Kit.

Menurut beliau, tindakan kerajaan terhadap isu ISA ini adalah untuk menutup kelompangan mereka dalam menyelesaikan isu Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera. Tindakan Perdana Menteri lebih dilihat akibat desakan akar umbi UMNO terhadap isu gertakan GERAKAN baru-baru ini”, ujarnya yang merupakan seorang pelajar yang bergiat aktif di UKM ini

Sebelum itu, wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah dibebaskan petang semalan atas laporan berhubung kenyataan (bekas) ketua Umno Bahagian Bukit Bendera (Datuk) Ahmad Ismail yang didakwa berbau perkauman itu di akhbar berbahasa Cina tersebut.

2 comments:

klasik said...
This comment has been removed by a blog administrator.
klasik said...

Minta perhatian??GMUKM tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang tidak rasional dan tidak bertanggungjawab!.teresa kok telah menyentuh soal agama islam.raja petra menulis di blog tentang kenyataan yang menghina Nabi dan menyentuh soal perkauman.PARTI PAS DAN BN MENYOKONG PENAHANAN MEREKA KE ISA..Dimanakah GMUKM sebagai orang Islam yang yang mengiyakan perbuatan mereka??jgn jadi biawak yang menanggung anak.buat mppfpi firdaus:anda tidak layak menjadi pemimpin .sikap sombong anda ,apabila bertembung dengan pelajar lelaki fpi,buat tak tahu saja,sedangkan firdaus menjadi mpp.sekurang-kurangnya senyum sedikit pun sudah memadai,tp terus dengan sifat sombong.GMUKM RUNTUH!!!

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !