Mengapa tajuk ini dijadikan isu oleh GMUKM?? Adakah kerana GMUKM optimis dengan pakatan rakyat? Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri yang baru?? Itulah persoalan yang bermain di minda mahasiswa UKM sekarang.Kenapa GMUKM memilih tajuk itu sebagai perdebatan??
Jawapannya adalah GMUKM bukan setakat tidak menyokong Pakatan Rakyat, malah tidak mahu dikaitkan dengan politik luar. Kami GMUKM mahu menjadi satu gerakan mahasiswa yang memperjuangkan politik nilai, bukannya politik kepartian. Politik nilai di sini ialah inging memebawa suara mahasiswa ke tempat yang sebenar. Ingin menjadi kuli kepada mahasiswa dalam isu-isu kebajikan. Nilai keintelektualan dan falsafah UKM wajar dikembalikan semula setelah lama terkubur sejak 2002 lalu. Inilah perjuangan kami, yang secara tegas dan tegas tidak akan berkompromi dengannya.
Justeru, 16 September tiada apa kaitan dengan Pakatan Rakyat. 16 September sekadar penglihatan baru, untuk melihat negara ini lebih tersusun dan sistematik. Tiada isu perkauman, dasar kutuk kaum lain dan juga pemekakan terhadap isu kebajikan mahasiswa seperti isu AUKU dan Caj PTPTN serta Biasiswa untuk Bumiputra yang selama ini dibutakan mata oleh Aspirasi pada hari ini. Oleh itu, untuk perkongsian yang lebih lanjut, marilah kita sama-sama hadir ke Dialog Bersama Pemimpin GMUKM pada hari isnin ini, bermula jam 7 petang di Bilik 3F 201 FSSK yang akan bermula dengan juadah berbuka dan makan malam di Aras 2 ,Bangunan Pusanika. Ayuh mahasiswa, kita bangkit menentang kezaliman golongan bukan mahasiswa..
0 comments:
Post a Comment