Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, September 20, 2008

Blog GM ‘meriah’ dengan para Chatter

Ruangan Shoutbox di dalam blog GMUKM sentiasa mendapat sambutan baik daripada mahasiswa dan juga mahasiswi UKM. Mereka yang bertindak sebagai penulis chatter yang boleh diibaratkan sebagai penulis jalanan oleh penulis, telah berjaya menjadikan satu daya tarikan kepada ramai students untuk melayari laman weblog ini. Sehingga kini, terdapat 13269 orang pengunjung yang telah melayari laman blog ini sejak dilancarkan pada bulan mei yang lalu


Terdapat banyak komen dan teguran. Yang pasti datang dari pro mahasiswa dan pro aspirasi. Contohnya komen daripada Ah Long : buat malu??? sekurang2nyer GMUKM tahu hak dan ada pendirian. berani menuntut pembaharuan. Yang awak? pandai memaki hamun jer. Awak la yang wat malu!.


Juga daripada Bangkit! : Kali ini kita akan pastikan ASPIRASI tidak main tipu!!! Kita dedahkan kepada seluruh Malaysia!!!. Terdapat juga jawapan secara rasmi daripada wakil GMUKM dalam menjawab fitnah liar oleh pihak Aspirasi iaitu datang daripada S/U Pengerusi GMUKM :.Utk pngetahuan semua mahasiswa, semua tohmahan oleh pihak Aspirasi terhdp MPP GM adlh fitnah smata2.MPP Fpend & FPI hanya diberi ruang kecil shj.


Beliau turut menambah bahawa : Wlaubagaimanpun,byk jasa yg dicurahkan.Antaranya 1.Surat mohon elaun praktikal daripada PTPN.2.Surat semakan smula yuran pelajar. Surat percepatkan proses pengeluaran Praktikum kpd Pelajar Thn 4.6.Surat percepatkan pengagihan buku panduan pelajar thn 1. 7.Uruskan posting pelajar tahun 4yg tmt pengajian 3 tahun setengah. TERKINI, mencari bantuan dana kpd pljr OKU yg memrlukn bateri kerusi roda RM1,200


Mengikut pemerhatian penulis juga, ruangan ini sentiasa dikunjungi oleh ahli Aspirasi, yang menjadi medan kepada mereka untuk membuktikan bahawa Aspirasi sentiasa relevan. Walaupun terdapat banyak kritikan dan tohmahan yang berunsur fitnah dilemparkan kepada GM dan juga pemimpin GM. Antaranya daripada GMUKM (walaupun sebenarnya Aspirasi) yang menyatakan bahawa, masa ko jadi MPP PMUKM,ape ko buat 4 orang???pejabat pon tak penah masuk!!!!!!!!!!!!!



Ada juga yang mainkan isu perkauman. Contohnya si melayu yang menulis,’’ak pjuangkn mlayu n islam, gm pjuang islam btol tp sekongkol dgn cina n keling, pe ke hal nya yob!! cmne ank mlyu nk maju kalo de org cm gmukm


Juga si Bolat FEP,yang selalu mainkan isu perkauman, yang menulis pada jam 6.28 p.m 19 September 2008 iaitu bolat FEP : saudara Fairuz ckp, MPP kna dipilih dr klgn mahsiswa islam..aduh..abs la cina ngn india...gm xkn bg korg jd pemimpin punye..


Justeru, GMUKM nak ingatkan kepada bolat FEP dan juga melayu, rentikan dialog perkauman kamu. Sekiranya tidak, kami akan melaporkan kepada pihak Polis atas alasan kamu mencetuskan perkauman.Yang pernah dimainkan oleh Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera baru-baru ini. Ingat bahawa kita ada Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan, yang boleh memenjarakan kita. Kepada melayu dan bolat FEP juga, sekiranya berani, tunjukkan wajah sebenar anada, jangan baling batu sembunyi tangan. Kami boleh check siapa kamu. Yang pasti bahawa kamu adalah ahli Aspirasi, yang akan berkubur dengan isu perkaumannya.


GMUKM berharap agar prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara tidak digunakan , GMUKM menerima dengan hati terbuka segala kritikan tetapi mesti beralaskan fakta dan hujah. Amaran terakhir kepada bolat fep dan melayu serta guna nama GMUKM, yang sembunyi di sebalik nama ini, agar berhujah secara fakta dan kebenaran.Jangan timbul fitnah dan perkauman. Buat malu pada kaum melayu sahaja. Sekiranya tidak, kami akan menyatakan besar-besar bahawa kamu adalah perkauman dan tak relevan kepada mahasiswa.


Oleh itu, GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM, berdebatlah secara beradab dan bagi umat islam,jangan sebarkan fitnah kerana ia lebih besar daripada dosa membunuh. Kepada ahli Aspirasi yang dialu-alukan untuk hadir ke weblog ini, janganlah lagi menonjolkan perangai kita sebelum ini. Insaflah bahawa mahasiswa sudah menolak politik perkauman dan politik kefitnahan.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !