BANGI :
Sesi ‘speaker corner’ dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis yang juga merupakan Jurucakap Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Saudara Kazman Abdullah. Ia diteruskan dengan ucapan wakil FUU, Saudara Lim yang menyentuh panjang lebar tentang Common Bar Exam (CBE) yang dikatakan akan memberikan masalah kepada pelajar FUU seluruh IPT tempatan. Seterusnya ucapan berkobar-kobar oleh Saudara Lingwaran, wakil GMUKM. Ucapan diteruskan oleh Saudara Teo Lee Ken, wakil GMUKM yang mempertikaikan peranan MPP Aspirasi yang selalu hilangkan diri dan tidak berperanan sebagai MPP. Beliau turut menggesa mahasiswa FUU untuk memilih GMUKM dalam PRK nanti. Wakil GMUKM yang mewakili Pengerusi GMUKM, Saudara Farid seterusnya berucap dengan menyatakan bahawa walaupun GMUKM tewas dalam PRK tahun ini, GMUKM akan komited untuk membantu semua mahasiswa dan tidak terkecuali mahasiswa FUU.
Ucapan diakhiri oleh Saudara Dana, wakil GMUKM yang menyentuh latar belakang GMUKM dan menyatakan bahawa segala fitnah Aspirasi terhadap GMUKM adalah palsu semata-semata. Beliau turut bertegas bahawa GMUKM akan mewakili semua kaum dan melawan Aspirasi yang lebih bersifat perkauman dan mengampu.
Majlis road show turut diselikan dengan pelancaran
GMUKM beredar dari foyer FUU pada jam 10.30 pagi dan menuju ke Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FTSM).
Di FTSM, majlis dimulakan dengan Ucapan Saudara Farid sebagai MC dan road show bermula pada jam 10.35 pagi. Road show tersebut diadakan di Café FTSM dan kehadiran dianggarkan seramai 45 orang. Ucapan dimulakan dengan Saudara Dana yang menyeru mahasiswa FTSM untuk berubah minda mereka. Beliau turut mempertikaikan kenapa Café FTSM tidak dibuka untuk mereka yang bukan islam. Ucapan diteruskan oleh Saudara Teo Lee Ken yang menyeru mahasiwa FTSM agar menjadikan MPP FTSM diwakili oleh GMUKM yang akan membawa suara mereka ke peringkat sepatutnya. Sesi speaker corner diakhiri oleh Saudara Farhan Yusoff, Pengerusi GMUKM yang lantang menegaskan bahawa MPP Aspirasi sekarang sudah hilang matlamat asal mereka. Mereka sudah hilang keupayaan dan isu-isu berkaitan dengan mahasiswa, telah diambil alih oleh pihak lain. Dengan memberikan contoh berkaitan isu PTPTN, beliau menyatakan bahawa kenapa Parti Pogresif Rakyat (PPP) yang memainkan isu itu sedangkan MPP-Aspirasi diam seribu bahasa. GMUKM turut mengedarkan petisyen dan sticker kepada hadirin yang datang
11.00 pagi, GMUKM terus menuju ke Foyer Fakulti Kejuruteraan. Dengan sambutan yang agak luar biasa terutamanya kaum Cina, GMUKM telah menerima tepukan gemuruh oleh mahasiswa FKEJUT yang jelas ternanti-nanti perubahan yang akan melanda UKM nanti. Dengan majli dimulakan oleh Saudara Kazman sebagai MC, Ucapan pertama dimulakan oleh Saudara
Ucapan diteruskan oleh Saudari Dhanaravan yang menyentuh tentang perubahan yang akan berlaku dalam PRK nanti. PRK adalah ibarat talian hayat kepada mahasiswa untuk menyambung suara mereka ke peringkat atasan. Ucapan diakhiri dengan ucapan oleh Saudara Farhan Yusoff, pengerusi GMUKM yang menyentuh tentang pembawaan GMUKM pada kali ini dan berjanji pada mahasiswa bahawa sekiranya GMUKM dipilih sebagai pemimpin mereka, GMUKM akan memastikan bahawa segala isu berkaitan mahasiswa seperti isu yuran, bean ekonomi mahasiswa dan isu keselamatan akan dijadikan isu bersama oleh GMUKM dan akan diselesaikan tanpa melakukan diskriminasi terhadap pihak yang ada hak. Majlis Road Show tamat pada jam 11.30 pagi dan GMUKM setelah itu dikerumuni oleh mahasiswa Fakulti Kejuruteraan untuk diminta pandangan dan juga sesi dialog.
GMUKM akan meneruskan road show ini pada esok hari di FPI, FSSK, FST dan nantikan kemunculan kami di Fakulti anda. Nyatakan sokongan dan kehadiran bagi membawa perubahan baru kepada mahasiswa.
1 comments:
i was there at FTSM...tapi syg xramai yg pegi...go GMUKM...
jom ubah...
Post a Comment