Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, August 1, 2009

GMUKM sambut baik Amanah saham 1Malaysia untuk mahasiswa

GMUKM dalam satu kenyataannya menyokong pemberian 100 unit percuma Amanah Saham 1Malaysia kepada 50,000 pelajar tahun pertama yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam pertengahan tahun ini.

Pemberian kepada pelajar IPTA itu disumbangkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Malayan Banking Berhad, CIMB Berhad, RHB Bank dan Pos Malaysia sebagai insentif kepada golongan tersebut.

Menurut jurucakap GM, Chris Loh Wei Kit berkata bahawa peruntukan saham tersebut mampu untuk memberi suntikan kepada ekonomi negara dan pasaran ekuiti di Malaysia.

“ Saya yakin ini langkah bijak dalam menjana pasaran modal di Negara ini,”ujarnya
Beliau turut menambah bahawa kerajaan perlu dahulukan rakyat dalam soal kebajikan mahasiswa dengan memberikan biasiswa dan pada masa memansuhkan caj perkhidmatan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilihat membebankan mahasiswa.

2 comments:

Anonymous said...

bila kerajaan buat mcm ni sibuk nak sokong tapi dalam masa yang sama condem kerajaan habis2an.. politik korang ni la yang buat negara kucar kacir..
kalau setakat nak jawatan dlm ukm ni ckp je terang2 xpayah keluarkan statement yang bole menimbulkan ketegangan semua pihak..
pikir la sendiri..nak jadi pemimpin, pimpin diri sndiri dulu.

Anonymous said...

Tun Mahathir pernah berkata "hanya negara sosialis saje yg bagi semua percuma"...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !