Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, August 11, 2009

Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan Diumumkan Sasterawan Negara ke-10

Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan atau nama penanya Anwar Ridhwan telah diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-10 di Putrajaya tengah hari tadi.

Beliau yang merupakan salah seorang penulis novel terkenal di Negara ini menerima hadiah wang tunai RM60,000 atas anugerah tersebut. Sebelum ini, anugerah yang sama turut diberikan kepada Kamaludin Muhammad (Keris Mas)(1981), Shahnon Ahmad (1982),Datuk Dr. Usman Awang (1983), Datuk A. Samad Said (1986), Muhamad Abdul Biang (Arena Wati) (1988), Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh (1991), Datuk Noordin Hassan (1993), Datuk Abdullah Hussein (1996) dan S Othman Kelantan (2003).

Anwar Ridhwan telah dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak tetapi kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) yang kesemuanya juga dari Universiti Malaya.

Bekas pengarah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu yang terkenal dengan novel Naratif Ogonshoto – satira politik yang mengecam kerakusan orang berkuasa dan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" turut diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus. Antara cerpen karyanya yang lain ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992).

Sebagai budayawan yang kritis dan mengolah isu kuasa dalam karyanya, Dr Anwar turut lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bersama-sama dengan sasterawan Negara yang lain.
GMUKM mengucapkan syabas kepada beliau dan berharap agar bidang kesusasteraan Melayu terus dimartabatkan di negara ini seiring dengan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini.



2 comments:

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !