Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, August 4, 2009

Fitnah : Anwar Saman Muhyiddin 100 juta

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milikan Umno, Utusan Malaysia.


Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, surat tuntutan maaf telah dihantar kepada kedua-dua pihak berkenaan. Surat itu turut menuntut Utusan menarik balik artikel berkenaan dan berjanji tidak mengulangi tindakan berkenaan.

Menurut peguam terkenal itu bahawa anak guamnya menyatakan bahawa artikel ini adalah satu artikel yang memfitnah dan satu tuduhan tidak berasas bahawa beliau (Anwar Ibrahim) adalah seorang pengkhianat pada bangsa Melayu. Rambahnya lagi bahawa artikel berkenaan yang diterbitkan semalam itu menggambarkan Anwar sebagai individu yang tidak jujur, penipu, ahli politik yang tidak boleh dipercayai, pengkhianat pada bangsa Melayu, tidak layak memerintah, tidak ada prinsip dan korup, dan tidak beretika.

Kata Sankara lagi, terpulang kepada Anwar sama ada untuk meneruskan atau menarik balik saman berkenaan sekiranya kedua-dua pihak berkenaan memenuhi tuntutan yang dibuat.“Bila lakukan fitnah, sekalipun fitnah telah ditarik-balik namun bisanya masih ada. Itu terpulang kepada Anwar untuk tarik tuntutan atau tidak terpulang,” katanya.

Pemimpin Umum PKR itu dilaporkan marah dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri gading di Johor semalam.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan perdana menteri menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka dan bercetak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berhubung rencana bertajuk "Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan Utusan, Anwar juga menuntut gantirugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan.

Sebelum ini, Anwar pernah menang saman fitnah berjumlah RM 4.5 juta ke atas Datuk Khalid Jeffry yang menulis buku “50 DALIL MENGAPA ANWAR TIDAK BOLEH MENJADI PERDANA MENTERI”. Ada khabar yang menyatakan penulis upahan ini mendapat RM 500 ribu atas tugasnya menerbit buku ini.

Anwar juga turut menfailkan saman terhadap bekas aktivis Dr Chandra Muzaffar dan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai respon kepada serangan mereka dalam dua insiden berasingan menjelang PRU12 lalu.

Dua insiden berkenaan ialah Khairy menggambarkan Anwar Ibrahim seorang manusia yang rendah moral, luar tabii dan tidak mempunyai nilai-nilai Islam kepada kelompok pendengar dalam satu ceramah Umno di Lembah Pantai.


Sementara Chandra pula menuduh Anwar Ibrahim “menggalakkan dan mencetuskan perpecahan kaum di kalangan kaum di Malaysia,” dalam satu forum lalu seperti yang dilaporkan akhbar New Strait Times.

Anwar telah menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan itu selain gantirugi RM100 juta dari Khairy dan RM10 juta dari Chandra kerana berikutan dakwaan yang mencemar reputasinya.

Kita juga tentu masih ingat bagaimana Menteri Luar, Dato' Anifah Aman menghadapi tindakan saman oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM 100 jutajika beliau tidak memohon maaf secara terbuka atas tuduhan Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila beliau berjaya mengambil alih kuasa Kerajaan Malaysia. Anifah yang dipetik The Star hari ini berkata, "Dia (Anwar) cuba memujuk ahli-ahli Parlimen dan saya sendiri ditawarkan untuk melompat kepada pembangkang dengan jawatan amat lumayan dan dia juga beritahu seperti (jawatan) Timbalan Perdana Menteri."

Anifah berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan kepada beliau dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, di Washington, Amerika Syarikat semalam.

Bagi mahasiswa, kami menantikan keputusan ketiga-tiga kes ini dan pada masa sama menunggu kes yang baru ini. Kami bukanlah pro Anwar kerana jika Perdana Menteri kita,. Datuk Seri Najib Tun Razak difitnah pun. Kami sokong kes itu dibawa ke mahlamah. Kerana fitnah mencemari reputasi dan kredibiliti seseorang. GMUKM berharap amalan ini diteruskan kerana sifirnya mudah, sebab mulut badan binasa. Jika Anwar Ibrahim menang kes ini, bermakna beliau tidak bersalah dan yang bersalah adalah penyebar fitnah itu. Mahasiswa perlu fikirkan dengan matang, kerana anda pelapis kepada kepimpinan Negara pada hari ini sama ada pembangkang ataupun kerajaan.









7 comments:

Anonymous said...

memang anwar pengkianat bangsa....

Anonymous said...

muhyiddin kn ikut mcm norzula. fitnh org kn minta maaf

Anonymous said...

sila rujuk malaymail hari ini
track record anwar dalam bab2 ugut nak fitnah ni..

Anonymous said...

ckp jela korg sokong anwar.. ala pemimpin GM suke berselindung hahaha dalam Blog korg peribadi korg byk je gmbr al juburi tu...

Anonymous said...

huhuhu... satg diorg saman ko plak anon diatas... ayatnyer berbunyi begini " see u in court"... lol...

Anonymous said...

makaih...wei..student buat cara student..

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !