Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, August 22, 2009

Kiriman Email : Di Manakah Keprihatinan Aspirasi Dan JAKSA Dalam Langkah Pencegahan Wabak A(H1N1)

Editor blog GMUKM menerima satu email ringkas daripada seorang pelajar Fakulti Undang-Undang yang enggan dikenali, berkaitan dengan isu wabak maut H1N1. Inilah email yang dikirimkan ke email gm_ukm@yahoo.com dan kami pertontonkan kepada para pembaca untuk menilai isu yang membelenggu mahasiswa UKM sekarang ini.

Saya merupakan pelajar tahun dua Fakulti Undang-Undang. Saya berasa terpanggil untuk menulis artikel ini. Inisiatif ini wujud apabila MPP GMUKM (Saudara Phoon Kar Liang dan rakan-rakannya) mengedar risalah berkaitan pencegahan wabak A(H1N1) dan topeng muka kepada pelajar-pelajar UKM. Saya berasa terkejut mengapa risalah dan topeng muka ini diedarkan oleh wakil pelajar dan bukannya oleh pentadbiran UKM ataupun fakulti.

Saya amat kecewa dengan kelembapan pentadbiran UKM sama ada di peringkat HEP, PMUKM ataupun JAKSA dalam melaksanakan langkah pencegahan wabak. Ketika saya menulis artikel ini, sudah direkodkan jumlah kematian 70 dan jumlah kes sebanyak 5,876 di seluruh Malaysia. Kita akui bahawa jumlah ini semakin hari semakin meningkat. Mengapa pentadbiran UKM begitu lembap dalam hal ini?

Alasannya mudah sahaja. Kerana sidang konvokesyen dan pesta konvo yang telah berlangsung pada hari Rabu (12/08/2009) sehingga hari Selasa (18/08/2009). Pentadbiran UKM tidak ingin mencetuskan keadaan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kedua-dua Pesta Konvo dan sidang Konvo itu sendiri. Jika UKM dikuarantinkan untuk tempoh seminggu, macam mana sidang Konvo hendak berlangsung? Macam mana orang luar dan pelajar dapat hadir ke upacara pembukaan dan perasmian Pesta Konvo? Jika UKM memberi topeng percuma kepada semua pelajar, adakah pelajar yang mengambil ijazah akan naik ke pentas memakai topeng? Adakah Pro-Cancelor yang menganugerahkan ijazah akan memakai topeng sepanjang sesi konvo di DECTAR? Tentu sekali pentadbiran UKM tidak akan membenarkan program universiti yang besar ini diperlekehkan. Air muka UKM terlalu tinggi dan berharga untuk dicemarkan dengan wabak A(H1N1).

Mungkin terdapat alasan di pihak UKM itu sendiri. Tapi saya menolak alasan yang hanya mementingkan golongan tertentu dan mengenepikan kesihatan seluruh warga UKM. Macam mana pula dengan pentadbiran fakulti dan kolej kediaman? Apakah alasan mereka untuk tidak mengambil langkah pencegahan? Kita tahu bahawa fakulti dan kolej kediaman merupakan tempat berkumpulnya pelajar untuk jangka masa yang panjang. Oleh sebab itulah, fakulti dan kolej patut memainkan peranan yang lebih aktif atas alasan risiko penyebaran wabak yang lebih tinggi. Tetapi, nampaknya para pengetua kolej kediaman dan dekan fakulti begitu naif dengan kesihatan pelajar.

Bagaimana pula dengan kepimpinan PMUKM? Saya tahu bahawa PMUKM mempunyai peruntukan tahunan sehingga puluhan ribu ringgit. Setiap ahli MPP mendapat pelbagai faedah seperti baju batik, baju T-shirt, baju F1, blazer, seluar slack, fail, penginapan kolej percuma untuk 2 semester dan banyak lagi. Jika dikira satu persatu, seorang ahli MPP akan mendapat faedah yang nilainya melebih seribu ringgit. Darab dengan 33 ahli, jumlahnya dah melebihi RM 33,000.00! Setelah menerima faedah yang begitu banyak nilainya, apakah sumbangan PMUKM kepada pelajar yang telah mengundi anda? Adakah begitu susah untuk menggunakan sebahagian peruntukan PMUKM untuk mengedar risalah dan topeng pencegahan wabak A(H1N1) kepada mahasiswa/i UKM? Malahan, setiap pelajar diwajibkan membayar RM10.00 untuk tabung PMUKM setiap tahun pengajian. Adakah keterlaluan jika saya meminta agar RM0.50 digunakan untuk membeli satu topeng untuk setiap pelajar di UKM? Sama juga, pelajar yang menginap di kolej kediaman perlu membayar yuran aktiviti kamsis sebanyak RM100 setiap tahun pengajian. Perlukah saya mengemis dengan JAKSA atau Pengetua supaya menggunakan RM0.50 bagi membeli sekeping topeng muka daripada RM100 yang saya bayar dengan duit saya sendiri?

Saya nak mengucapkan syabas kepada kesemua 12 MPP GMUKM kerana mengambil inisiatif untuk melakukan kempen pencegahan wabak dengan memberi risalah dan topeng muka percuma. Saya dapat tahu bahawa MPP GMUKM menggunakan duit sendiri untuk tujuan ini. Agak terharu saya mengetahuinya jika dibandingkan dengan PMUKM dan JAKSA. Kebenaran adalah semua pelajar menyumbang kepada tabung PMUKM dan JAKSA tetapi tidak menyumbang langsung kepada tabung GMUKM. Mengapakah hanya GMUKM yang boleh mengambil inisiatif?

Akhir sekali, saya cabar wakil Aspirasi dari PMUKM dan semua Yang Di-pertua JAKSA kolej kediaman untuk menjawab email saya ini. Amaran saya ialah, jika ia gagal dijawab dalam tempoh yang munasabah, adalah selamat untuk kita memutuskan bahawa segala yang saya perkatakan di atas ini adalah benar-benar belaka. Ia bukan tohmahan semata-mata tetapi adalah kebenaran.

Terima kasih.

Mahasiswa Mencabar,
Pelajar Tahun Dua Fakulti Undang-Undang




45 comments:

Anonymous said...

ko tau,,,aspirasi ni kaki pengampu org atas,,ape org atas kata ikut jer,,time ngundi jer br ampu kite,,mana ader diorg turun n jumpa student,,semua duk smgt jumpa org atas,,time ngundi pun kita tau diorg kaki senyap byk,,sbb diorg tau n konpiden diorg menang,,n tgk skrg dh menang nak ampulah orang atas sbb boleh dpt kebaikan nanti...barualah asppirasi

Anonymous said...

Aku stuju dgn pndpt diatas. Patutla diorg ni asyk goyg kaki. Dh mcm kera pula ak tgk. Ad MPP Aspirasi siap couple lg. berkepit slalu ak tgk. Ni ke pmmpn mahasiswa. Sptutnya MPP GM dbri jwtn presidn. Bru la naik rangking ukm. Ni tidak, buat malu UKM je. Siapa yg tak tgk suara siswa tmphari. Tergagp2 si Presidn Aspirasi ni. Ak mls dh nk undi diorag,,.Buat habis duit kerajaan je..

Anonymous said...

aku mmg setuju dgn pandangan kat atas. mmg aspirasi dan jaksa tak ambik langsung langkah pencegahan wabak selesema. banyak kita sumbang kat diorang tapi 1 sen pun tak dapat balik. sebaliknya, gmukm yang kita tak sumbang langsung pun kurang2 bagi topeng dan risalah percuma. macam mana ni???

sokong gmukm!!! said...

sokong gm, sokong gm, sokong gm!!!!

tunjukkan bukti kerja!!! said...

mpp aspirasi dan jaksa, sila korang jawab tuduhan dalam posting ini. betul atau tidak korang langsung tidak membuat kempen langkah pencegahan wabak selesema babi? kalau korang ade buat, sila kemukakan butki yg kukuh. kita nak tengok. bukti kempen gmukm dah cukup kukuh. semua orang mengaku.... mana kerja kamu wahai aspirasi dan jaksa????

kecewa dengan jaksa said...

aku tinggal kat kolej zaa'ba. jaksa kolej mana ada keprihatinan? program2 jaksa masih dijalankan seperti biasa tanpa adanya langkah pencegahan. kurang2 sebelum start program atau perjumpaan, jaksa patut bagi penerangan tentang wabak selesema atau tanya siapa yang sakit agar keluar dan tidak menghadiri program. ni barulah panggil langkah pencegahan. memang kesal dengan jaksa kat zaa'ba. aku sudah mula boikot program diorang. tak nak hadir dah. takut terkena wabak tak tentu pasal.

Anonymous said...

saya tgk apabila kita mngkritik sstu badan yg tak menjalankan tugas...mreka itu pastinya akn terkesan dan akan berubah sikap apabila sudah ditegur...kritikan dan nasihat sperti ini seharusnya diambil berat oleh aspirasi utuk mmperbaiki prestasi kerja anda...anda mmg menang majoriti undian pelajar (thun 1 dan 2),bg sya masa yg diberi ckup lama untk anda mmbuktikan keberkesanan dan ketulusan dan keamanahan anda sume..namun tidak ada apa2,mungkin smpai masanya utuk kita warga UKM berfikir perubahan yg harus kita lakukan..BERSATU BERUBAH

Anonymous said...

sepanjang sy tinggl kat kolej keris mas..da bnyk kali phak pengurusan dan jaksa bgtau psal h1n1 ni..kat kolej lain sy x tau plak.. h1n1 ni tersebar melalui medium ape??? udarekan??? so.... jgn la kumpul dekat tempat tertutup kalu dah tau boleh kene h1n1. kate mahasiswa/i. pikir la.
setakat topeng pon nak berkire. ingat la selame perjuangan PMUKM bukan utk kepentingan diri sendiri. kalu GM baik sangat, nape x bgi je kat semue budak 1 UKM. nape nak bg kat FUU,FKAB,FST je. atau ade agenda tertentu??? sebab mereke paling ramai??? sebab kebarangkalian GM menang di situ. tolong la. klu nak beramal, buat dengan ikhlas. jgn kerana kebaikan 1 pihak je.
PMUKM x de mintak ape2 dari korang. korang bayar utk PMUKM pon atas dasar UKM sendiri. bukannye diorang mintak. diorang diberi keistimewaan pon kerana berkorban utk mahasiswa/i UKM jugak. kene ingat, walaupon seseorang itu diam, menyepi, tidak bermakne tiade hasil, tiade buah fikirannye. kite mahasiswa/i UKM. bangga la. fikir la secare produktif. jgn menilai sesuatu hanya sekadar membabi buta. fikirkanlah......

Anonymous said...

Woi pemfitnah..GM ad bg kt budk FSSK la. Aku budak FSSK pun dapat. Nak harapkn si Sarfa, batang hidung pun x nmpk. Siasat dlu sblum fitnah.. Kan dh dapat dosa fitnah tu. Mmg kmu ni Aspirasi la. Suka fitnh org. Lebih rnck bulan puasa ni

Anonymous said...

ape lah.. penat2 dorg kempen kt bustop2, dwn2 kuliah, ko kate dorg bagi kat certain fakulti je??

Anonymous said...

mmg fakta yg pelajar ukm tak sumbang kat tabung gmukm. hanya tabung jaksa dan pmukm yg dpt sumbangan pelajar. mcm mane nak suruh gmukm bagi kat seluruh pelajar ukm? kalau 1 topeng harga 50 sen, nak beli 20,000 topeng kena pakai rm 10,000 mah. mane gmukm mau cari duit begitu banyak? sedangkan pmukm memang ada duit sebanyak itu. tak percaya check korang punye semakan akaun pelajar. wajib setiap pelajar bayar rm 10.00 kat tabung pmukm. kali dgn 20,000 pelajar, pmukm dah dpt rm 200,000 beb.... kalau pikir rasional, hanya pmukm yg ade kemampuan utk buat kempen pencegahan seluruh ukm dan bukannye gmukm...

pmukm ambik gaji buta!!!! said...

bnyknye pmukm dpt dlm tempoh sethn, aku pun nak tanding pmukm lah thn ni. blh dpt semua kebaikan yg pelajar biasa takde chance mau dpt. ambik bnyk2 kebaikan, pastu kerja tak yah buat. ambik gaji buta jer....

Anonymous said...

aku pun nak tandinglah kalau ade begitu banyak kebaikan jadi mpp pmukm!!!!

Anonymous said...

asal GMUKM x berdaftar ye?????

Anonymous said...

mcmne bk mandaftar...asyik2 kne haramkan je,tak sempat nk daftar ntah2 kene buang u budk yg nak anta kertas keje

Anonymous said...

GMUKM dgn ASPIRASI mmg tak berdaftar.. Tu yang pengikut dua2 MCM HARAM...
Lagi HARAM dari BABI kot.. Kui3...

Dah melayu... Nak buat mcm mana... Perangai da mcm tu...

Anonymous said...

eh2, terpanggil lak aku di sini...aku dak keris mas..aku bukan la nak puji sapa2...tp seyesly aku suka giler style jaksa aku esp ydp aku...sumpah die brief kitorang yg mana aktif join aktiviti jaksa pasai h1n1..superb ar..kalah dr. roslan...minta maaf ye dr...aku bkn nk kata la, ydp aku ni kan die memang layak jd pemimpin, xpenah nk buruk2kan sapa2, sentesa wt aku bpikiran spt mahasiswa..die bkn jenis nk xmenyalahkan sapa2, bg die yg aku engat ayat die ialah..."ada masalah, terus setelkan"...apa2 pon, aku setuju gak kalo ada pihak tertentu yg xmaenkan peranan dorg...ni je la komen aku. selamat berposa.

ukm berat sebelah!!! said...

gmukm memang tak berdaftar kerana ukm tidak akan membenarkan ia berlaku. tapi kelab aspirasi di setiap kolej kediaman adalah berdaftar. ini hakikat. kelab aspirasi bebas menjalankan aktiviti, menarik pelajar masuk keahlian, mendapat kelulusan dan peruntukan untuk program dan menggunakan kemudahan kolej seperti bilik mesyuarat. ini juga hakikat. kalau begitu, gmukm juga patut dibenarkan untuk didaftar dan menubuhkan cawangan di setiap kolej kediaman seperti kelab aspirasi. sama jugak dengan ccc. ccc sendiri tidak berdaftar. tetapi program ccc seperti pesta tanglung, angpau, kelas bahasa mandarin dan kelab mandarin di kolej kediaman adalah berdaftar. di manakah keadilan di dalam ukm ini? nampak sangat hanya aspirasi yang diberi segala kemudahan dan peruntukan. kalau berani, sila beri gmukm hak dan layanan yang sama. biar kita bertanding di atas gelanggang yang rata....

Anonymous said...

pernah tgk ke pesta tanglung tu anjuran ccc??? slalunyer anjuran kelab mandarin... kelab mandarin berdaftar kot...

Anonymous said...

uik yeke kat fssk ade bg topeng?? bg kroni jela kn?? hahaha bodonya budak fssk tu...

mana ada topeng kat fssk??? said...

sy pun nak mintak penjelasan. betul ke kat fssk ade bagi topeng? tak nampak pun??? gmukm minta penjelasan....

Anonymous said...

ngarut sumenye

Anonymous said...

xleh bg kat student FSSK sume...nnti sarfa nmpak die menangis,sbb die nak gak tapi malu nk mintak..hahhahaha

alang said...

Assalamualaikum wbt. Mohon jasa baik bg email pelajar terbabit. Saya YDP JAKSA Kolej Keris Mas. Terima kasih. Selamat menjalani ibadah puasa.

husin said...

assalamualaikum....
husin ingin menyatakan betapa gembiranya sayer melihat GMUKM yg sgt prihatin dlm isu h1n1..

saye juge yakin terdapat ramai pelajar lain yg dpt merasa kn keprihatinan itu...

cume yg saye risau kn tntg artikel2 ini yg mempersoal kn komitmen pihak laen seperti aspirasi, JAKSA, admin UKM dlm isu berkaitan..

apabila anda mempersoalkan pembabitan mereka sudah tentu lah mereka akn melenting sekalipun dakwaan tersebut benar...

adakan antum sengaja ingin membangkitkn kemarahan itu?? MOHON RESPON....

penyokong gmukm said...

kita persoalkan komitmen pihak seperti jaksa, aspirasi dan pentadbiran ukm kerana kita prihatin terhadap kesihatan pelajar. bukan nak bangkitkan kemarahan mereka. saya rasa gmukm 'mempersoalkan' isu dan bukannya nak provoke mereka. gmukm bukan buat 'character assasination' terhadap aspirasi dan jaksa. cuma nak minta penjelasan......

Anonymous said...

malahan, hang tak rase ke yg ukm mmg lembap dlm membuat langkah pencegahan wabak selesema??? kalau tak nak tutup, tak mengape. kurang2 bagi topeng percuma dan periksa kesihatan seluruh pelajar. ukm hanya quarantine pelajar yg suspek. itu pun selepas pelajar tu jumpa dr kat pusat kesihatan. reaksi ukm ialah reaktif dan bukannya inisiatif...

Anonymous said...

bodo piang anon aspirasi

pi tny abg2 ko tu die turun x
nak g msjid pun pyh nak nampak. inikan plak jumpa rakyat.
sarfa gile posing tu wtpe? slow2 la ckit kalo nk cnts nasir pun

husin said...

astaghfirullahal'azim..
inilah yg saye sgt risaukan tntg esatuan org mlayu skrg.....

adkh ini carenye para pemimpin kte ingin m'p'juangkan kesatuan?? x kiralah anda GM mahupun ASPIRASI..

ap yg saye lihat.. hmpir ke semua post m'gunakan kate2 kesat.. x kiralah GM mahupun ASPIRASI...

dan dlm isu provokasi..
sekiranya benar antum tidak mahu provoke..
mengapa yg d cabar pada pengakhiran adlh JAKSA, PMUKM n ASPIRASI?? MOHON RESPON

mohon penjelasan said...

senang jer jawapan. kerana jaksa, pmukm dan aspirasi tugas mereka adalah menjaga kebajikan pelajar. dlm konteks selesema h1n1, kita lihat ketiga-tiga ni langsung tidak membuat apa2 langsung..... saya nak mohon respon pulak. kpd wakil jaksa, pmukm atau aspirasi, sila jawab apa yg korang dah buat dlm konteks selesema h1n1. gmukm dah edar ratusan topeng muka percuma dan risalah kesedaran. ni kebenaran. tak percaya tanya pelajar yg dah terimanya. mohon respon.....

Anonymous said...

betul2 setuju

jgn bangkai kuman di seberang lautan nampak
bangkai gajah kt depan mate x nampak

x kira la antum @ ana @ aku @ kau @ anda @ you dll

FaDhLi said...

Salam sejahtera.
Mungkin kena baca sedikit tentang fakta H1N1.
Sekarang dah fasa pandemik.
Tak salah kita tambah ilmu.
Peace!

YDP PERSIAP

Anonymous said...

perlu ke menyalahkan JAKSA kolej sedangkan bukan kami boleh keluarkan duit segedebak masuk dlm akaun kami... akhirya ia diluluska oleh pentadbiran.
maka x perlu menyalahkan sesiapa...
kolej saya buat jew pencegahan... tp perlu ke publisiti murahan nk canang satu UKM...
buat kerja biar ikhlas x payah menunjuk...
dah la malas nk layan cz setiap manusia ade kelemahan akui kelemahan tingkakn pengalaman dan kendiri diri...

Anonymous said...

jangan jadikan jaksa sbg mangsa politik
hanya sebab tersepit..perjuangan jadi mcm org bodoh.mcm anjing tersepit.
menyalak tak tentu arah...menyalak pada yg bukan sepatutnya.
kalau ini peperangan dua penjuru..gm aspirasi
apa perlu melibatkan jaksa?jaksa tidak ada kena mengena dgn pilihanraya

sudahlah..........cakap berdepang2...diri sendiri belum tentu urus dgn baik...

GM...jangan asyik menyalak...cuba buat sesuatu yg signifikan.ISI ada juga konsert amal manis.perjuangan tampak juga hala tuju
GM?? kerjanya menyalak aje.
nak jaga kebajikan???
jaga mulut sendiri dulu!

selamat menyalak sampai kering liur

Mohamad Firdaus bin Pozi @ Rozi said...

salam.bagi saya adalah lebih baik yg mnjawab sgale persoalan tu dr kalangan pemimpin tertinggi gm je dlm blog ni..bkn org ntah dr ceruk mane yg asyik menggunakan nama anonymous utk hentam mane2 pihak.sbb kbanyakan org yg hanya menyokong ni xleh kwl emosi,berbeza dgn hardore yg atas tu mungkin leh penjelasan yg lebih lembut n dterima oleh semua org.

dan lagi sekali mohon untuk memberikan email pelajar tersebut sbb ramai YDP ingin perjelaskan situasi kolej n persatuan masing2..hrp dpt bg kerjasama.Sekian, terima kasih

FaDhLi said...

Saya bersetuju dengan Mohamad Firdaus bin Pozi @ Rozi.

Pimpinan GM ataupun admin yang menerbitkan sesuatu artikel haruslah menjawab segala pertanyaan yang dilemparkan di ruangan komen. Bukannya membiarkan pelajar2 tuduh menuduh dan tohmah menohmah antara satu sama lain. Isu memang perlu didiskusi, bukan sahaja oleh pelajar, tetapi juga oleh pemimpin. Jangan gajah sama gajah berperang, pelanduk mati di tengah2.

Belajarlah menjadi pemimpin yang buka sahaja menolak kemungkaran malah mengelakkan perpecahan.

Dan kepada yang meninggalkan komen, tidak perlulah gunakan anonymous. ini hanyalah saranan saya, bukan paksaan. terpulang kepada anda semua.

Semoga cadangan ini dipertimbangkan.

Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi
YDP PERSIAP

animus said...

Haha.. Setuju...
trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyis exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang menrosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Maaf.. Kene guna animus lagi... :p

Selamat beramal Semua...

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dara lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Mohd Rasydan Mohd Rais said...

hahahaha... jawab-jawab.. walaupun isu yang dibangkit isu yang ternyata sgt lah BAGUS, namun, kepimpinan GM menunjukkan KEBAGUSAN mereka dengan membiarkan sahaja mahasiswa-mahasiswi bertelagah.. Tahniah kepada GMUKM yang sering menggunakan pendekatan ISLAM melalui ISIUKM. Dan, tahniah kepada ISIUKM kerana bersekongkol ngn pemfitnah paling berjaya. Sama-samalah menerima azab.. HAHAHAHAHA!!

mohamad zharif syafiq said...

salam, untuk makluman semua setiap kolej ada cara tersendiri dalam menghadapi H1n1. maka tidak perlu dipersoalkan dan adalah lebih baik kalau membuat tinjauan dahulu sebelum meletakan kesalahan kepada sesiapa.
mungkin pendekatan berbeza tapi matlamatnya tetap sama.saya mohon demi kemasyalatan pelajar-pelajar ukm, sebelum sesuatu artikel ini dikeluarkan selidik dahulu dan pastikan maklumatnya benar.
apa yang penting adalah menegur jika ada pendekatan yang salah tetapi bukan menghentam begitu saja sewenang2nya menyebabkan semua pihak menuding jari ke arah lain.
dalam kes ini saya dapati mpp gmukm sepatutnya meyelidik dahulu.
saya kira ia perlu agar pelajar kita tidak berpecah.
saya mohon semua yang menulis dan memberi komen sila buat pertimbangan dengan bijak dan kadang-kadang akal yang diberikan tidak kita gunakan secara baik untuk menganalisis sesuatu masalah.kalau benar ini berlaku saya pohon mpp gmukm buat perbincangan dengan pentadbiran ukm.
cari jalan menyelesaikan masalah dengan akal bukan dengan hati. akal dipandu oleh iman dan saya percaya kalau niat kita baik segalanya juga akan baik.

saya mohon diberikan email pelajar terbabit kepada setiap ydp kolej untuk memberi penjelasan kepadanya sebab saya percaya setiap kolej bersedia untuk menjawab.

salam ramadhan...

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Anonymous said...

anon ats, cuba bace betul2 artikel kt cni

isu/masalah selalu btukar jadi kena update. betul memg melayu yg merosakkan sebab ambik agama ikt mane yg die suke.

sebahagian melayu ingat islam ni turun ntuk melayu je ke, sedgkn islam ini adlh untuk semua. rhmt ke sluruh alam. bukan eksklusif untuk melayu je

Anonymous said...

salam...
persoalan yang ditimbulkan sendiri dari manakah GMUKM memperolehi dana???
itu adalah satu tanda tanya... adakah dari parti politik luar(PAS, Keadilan, DAP, Barisan Nasional)...tiada siapa yang tahu dari mana asalnya duit untuk membeli topeng2 muka tersebut... adakah dari sumber HALAL @ HARAM... pikir2 kan lah....

jangan tuduh melulu!!!!! said...

hello anonymous. kamu pun tahu menimbulkan persoalan dari manakah gmukm memperolehi dana? kamu pun tiada bukti menunjukkan gmukm dapat dari parti politik? tuduhan kamu yang tanpa bukti adalah fitnah semata-mata. amat berdosa dalam bulan ramadan yang mulia ini.

Anonymous said...

Haha.. Gelabah gak.. Cuma kalo tannak kene tuduh macam tu tunjuk penyata kewangan...
GM-UKM dok sibuk2 menyalak yang PMUKM tak tunjuk penyata lah.. tak telus lah... skarang ni masa untuk tunjukkan kepimpinan melalui teladan... Tunjuklah penyata pendapatan..
Ke ni hasil duit kutipan MPP GM-UKM kat pendidikan yang mcm kaya je tu.. Asek lepak kat kedai snuker je keje...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !