Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, August 11, 2009

Pak Dharmala NS Meninggal Dunia : Satu Kehilangan Besar Buat Dunia Sastera

Seorang lagi ikon sastera negara, Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud telah meninggalkan kita buat selama-lamanya semalam. Sasterawan dan negarawan dihormati ini meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.

Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama.Jenazah allahyarham telah dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar. Pak Dharma juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).

Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III. Manakala drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.

GMUKM menyifatkan kehilangan beliau sebagai satu kehilangan besar buat dunia sastera Negara kita. Rakyat Malaysia sebenarnya masih dalam keadaan terkejut dengan kehilangan Penyair terkemuka Indonesia WS Rendra, yang turut berpengaruh di Malaysia. Sama-samalahlah kita berdoa kepada Allah agar roh allahyarham dicucuri rahmat. Al-fatihah.



2 comments:

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !