Blog GM menerima banyak komen daripada kedua-dua belah pihak berkaitan sesuatu isu. Ada sesetengah isu mencatatkan hampir 70 komen dalam sesuatu masa. Pihak editor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana para mahasiswa sudi menjadikan blog ini sebagai wacana ilmiah dalam menperdebatkan sesuatu isu. Dan secara tidak langsung menjadikan blog ini sebagai blog popular nombor 1 di UKM yang mencapai puratanya hits pelawat sekitar 80 – 100 setiap hari.
Walaubagaimanapun, pihak editor GM terkilan dengan serangan fitnah dan peribadi yang dilemparkan oleh sesetengah pihak terutamanya daripada Aspirasi. Komen berunsur fitnah dan mencarut memang tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat kampus yang cintakan ilmu. Editor GM meminta agar mahasiswa menilai sesuatu komen dan jangan percaya 100 % peratus komen yang berbentuk fitnah. Ingatlah buat umat islam, kita mempunyai dosa dan pahala dan perbuatan fitnah ibarat dosa lebih besar daripada membunuh. Jadikan ramadhan sebagai muhasabah diri untuk menjadi ‘orang baru’ yang tidak suka menfitnah.
Kepada yang bukan islam, kita mempunyai adat dan moral dan janganlah menjadikan blog ini sebagai medan menfitnah kepada orang lain. Pesanan kepada semua orang tidak kira penyokong GM mahupun Aspirasi dan lebih-lebih lagi Aspirasi, yang tidak berani berhujah di hadapan tetapi menfitnah di belakang.
Editor GM ingin melampirkan satu komen yang amat fitnah sifatnya dan biarlah mahasiswa menilainya sendiri :
Anonymous said...
Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..
Feewiittt.. Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..
Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...
Komen ini dihantar ke beberapa artikel dalam blog ini dan pihak GM bertanggungjawab untuk menjawab bahawa di peringkat kami, ini adalah satu fitnah besar kepada mahasiswa UKM terutamanya golongan wanita. Kami menafikan adanya wujud perkara ini berlaku dan ia merupakan fitnah. Kami juga ingin menafikan bahawa kami mempunyai exco kerana dalam jawatan GM, tiada exco dan yang ada hanyalah Pengerusi dan Jurucakap daripada Pengerusi front masing-masing.
Komen ini kami lihat datang dari musuh politik kami iaitu Aspirasi dan memberi amaran akan bertegas andainya pihak Aspirasi bermain kotor dengan menyebarkan fitnah dan komen berunsur lucah. Kami terkilan sikap ini ada pada mahasiswa dan berharap penulis komen ini bertaubat kerana apa yang dilakukan, walaupun terlepas di mahkamah dunia, akan tetap di sana diadadili di Padang Masyhar kelak.
Kepada pembaca blog gm yang setia, di sinilah akal anda berperanan untuk menilai semua ini. Marilah kita sama-sama menyatakan sokongan ke arah perubahan dan menolak kepada politik fitnah dan umpatan.
22 comments:
Ini mesti Aspirasi punya kerja. Diorg yg slalu boncng motor dgn anak dara. Haritu aku nmpk dgn mt kepala sndiri, pngrusi Aspirasi KIY bwk motor bonceng dgn awek sndiri. Siap berpelukan lagi. Dahla bdn gemuk. Malukn org btul la
kesiannye anon kat ats.. tu arr ajaran GM kepala otak syaitan fitnah je tau.. hahaha
melenting plak GM bile kene fitnah.. tp bile fitnah org suke plak hahahaha
wei fitnah GM lg byk.. asl xsiarkan hahaha
igt GM tu nabi ke?poyo, kena skit dh melenting...igt bdk2 GM xde yg wt mksiat ke? ni sama je ngn hamPAS...korg islam tulen, owg lain palsu????take beer!!!!!!!!!!!!
ye takebeer.. minum pasberg
rase nk tunjuk je koleksi fitnah GM.. tp bulan ramadhan ni.. xbaek membuka aib org..
haahaha taksub dgn politik..smpi nk kna cover mlu mcm 2..
korg 2 mnusia gak..mmg atasan xwat,..anak2 buah korg 2 korg pantau slalu ke..ada jerk yg nmpk bek tp prgi hancos...
kalo xnk dftnh jgn mmftnh..brnai buat brani tanggung la..
GM = Graduan Mereng..
take beer!!!
Haha.. Lawak lah korang ni.. Kejap kalo GM kata aspirasi bercengkerama dgn bukan murhim korang setuju... Takdak bukti tu...
Kang pula aspirasi cakap nampak GM bercengkerama, korang cakap fitnah?
Tak ke korang Aspirasi dan GM (Sama-sama melayu, Sama sama Islam.. Pada nama je islam la...) Dua dua saling menabur fitnah...
Pahala bulan Rahmadan... :D
alhamdulliah, gmukm pun jawab persoalan dalam ruangan komen untuk membersihkan nama mereka. tapi lebih manis kalau anda menjawab semua komen yang dilemparkan dengan terbuka. jangan biarkan politik menyebabkan pelajar kita khususnya berpecah.
apabila kita berjuang untuk pelajar maksudnya kita juga menjaga hubungan diantara pelajar2 ukm agar sentiasa erat dan berpadu. itu baru perjuangan sebenar.
kenapa kita perlu jadi punca kepada perpecahan tetapi biarlah dalam menegak keadilan kita menjadi insan yang menyatukan umat.
politik hanya sekadar batu loncatan. menjadi ketua juga bukannya mudah. jangan nati kita dok bertelagah dan semuanya parah diakhirat kelak takut2 merangkak. hayati erti khalifah iaitu ketua yang sebenar. nilainya ade untuk dihayati dan dipelajari bersama.
ingat insan bukan sempurna juga bukan semuanya berupaya... potensi juga berbeza dan cara perjuangan juga belum tentu sama. maka setiap dari kita belajar untuk memahami bukan untuk memerangi..
kepada penulis blog...
makin lma makin rmai tak suke ngan tulisan dr awak,tapi dgn tulisan ini bru bleh mmbuka mata siapa sbenarnye aspirasi yg zalim lagi pengugut,so saya cadangkan bg dak2 aspirasi expecially jaksa or pmukm yg sape2 nmpak dorang buat maksiat atau buat bnde tak elok...amek gambar tunjukkan bukti...huh bru betul kalo nk lawan kekejaman aspirasi camni,fikir2kanlah cara yg lebih menusuk dalam kehalusan....hahahhaha,aku harap aspirasi pupus dgn kegedikan dan kebiadapan dorang
hahaha 2 aku sokong..serta kn bukti..jgn men ckp jerk..nnt fitnah..GM tnjk kn gmba dak aspirasi yg korg dok ktakn 2...n aspirasi tnjkkn gmba mksiat GM yg korg hebahkn..
GM TU NABI WEHH!!!!
SEMUA BENDA DORANG CAKAP DGN BUAT BETUL!!!
KANG KENE LAKNAT KORANG!!!
korang memang hebat la GM...
ada kuasa istimewa agaknya...
hebat2...
kte xtaw pon sape yang tulis or sebar fitnah...
tapi ngan selambe badak korang jer leh bantai orang aspirasi yang buat...
hebat korang... memang hebat....
Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…
Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..
Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D
Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..
Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...
Selamat beramal Semua...
astagfirullahalazim...
ce bwk mengucap cket wahai pengomen2 sekalian..
b4 tls 2 tny akal lu...
btol ke x pe yg nk dtls 2...
isyh2...
kalo balaci2 aspirasi dh naik mereng aka gila meroyan, tandanya perkara itu betul.
setakat bagi peluru kapur buat apa. poodaahh memg PONDAN
semacam je marah balaci2 aspirasi ni :-)
yaaa ak sdh dpt lihat mana intan mane kaca
ya Allah, saksikanlah
Allahu Akbar!!!
Yeha... Guna nama Allah lagi...
Jom ramai2 guna agama untuk mengutuk org lain..
hahaha..anon kat atas sememangnya #%$%&%*..hahaha..
sape guna agama nak kutuk orang??ha!!!??xde pon aku nmpak agama dipergunakan..
agama dijadikan landasan hujah adela..
ok2..dia marah tu guna nama Allah sbb dia alergic dgn nama tuhan yang esa tu.. jadi kalian gunalah nama jesus@messiah@gautama buddha@whatever k..
pastu anon diatas setuju???
Hahaha.. Senang hati tgk melayu/islam macam ni..
Tak lama lagi pasti kaum kami yang aa di puncak pentadbiran...
kenapa mesti aspirasi dipersalahkan???
kenapa x knl pasti dlu.
jangan men tuduh je.2 pun ibarat fitnah.entah2 org gm sendiri yg tls kmen 2..jgn dipaling kslhn pd org lain.x bek...ingat 2.nk nasihat 2 bgs tp jgn mskkan unsur yang x bek kt blkg 2 wahai gm.mahasiswa boleh menilai yang mana batu dan yang mana permata.
HIDUP BEBAS!!!
Post a Comment