Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, August 11, 2009

Isu Park And Ride : MPP GM Terkehadapan


BANGI : Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) GMUKM minggu lalu telah berjumpa dengan Ketua Unit Kenderaan. Tuan Musa Zainal Abidin Othman bagi membincangkan masalah mahasiswa berkaitan isu parking dan saman ke atas mahasiswa.

Sebelum ini, ramai mahasiswa menyatakan ketidakpuasan hati terhadap saman yang dikenakan ke atas mereka kerana meletakkan kenderaan di parking yang mereka gunakan sebelum ini.
Pertemuan itu telah dihadiri oleh Saudara Hisyamuddin Che Ali, MPP Umum merangkap Pengerusi GMUKM, Saudara Faiz Mat Zain, MPP Umum dan Saudara Arif Misrol, MPP Fakulti Sains dan Tekonologi.

Saudara Hisyamuddin yang dihubungi telah menjelaskan bahawa pertemuan itu diadakan kerana dasar tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh mahasiswa dalam pilihanraya kampus yang lalu.

“ Saya ada menerima aduan berkaitan masalah saman ini dan apabila diajukan kepada pihak Universiti, dinyatakan bahawa dasar parking untuk staf dan kakitangan sahaja itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti,” ujarnya.

Katanya lagi bahawa GMUKM akur dengan dasar itu dan menyokong langkah Universiti dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjaga alam sekitar, tetapi perlu ada penambahbaikan terhadap sistem publisiti terhadap dasar ini.

“ Tidakkah kasihan kepada mahasiswa yang tidak tahu dasar ini, tiba-tiba disaman dan dikunci tayar kenderaan mereka sedangkan mereka tidak tahu kewujudan peraturan tersebut”, katanya.

Peraturan baru UKM memperuntukkan bahawa mahasiswa yang meletakkan kereta di tempat parking dalam lingkungan satu iaitu melibatkan FSSK. FPI, FEP dan FST serta Pusanika dan Pustaka Tun Seri Lanang (PTSL) dari jam 7 pagi hingga 7 malam waktu pejabat, kenderaan mereka akan dikunci dan disaman.

“ Jadi apa yang perlu diperbetulkan oleh semua pihak ialah hebahan berkaitan dasar ini dan pihak kami menyokong UKM dalam mengutamakan keselesaan pensyarah dan kakitangan yang melibatkan public interest atau kepentingan awam, tegasnya.

Sementara itu, MPP Umum, Saudara Faiz Mat Zain dalam temubualnya bersama wartawan GM mencadangkan agar mahasiswa menggunakan kemudahan Park and Ride di sebelah Wisma Aman atau meletakkan kenderaan di tempat-tempat tertentu seperti Masjid UKM dan Kolej Aminuddin Baki.

“ Memang pihak Universiti kita terpaksa mengambil langkah ini kerana terdesak dan mahasiswa yang terjejas hanyalah di lingkungan pertama manakala lingkungan kedua tidak terjejas,” ujarnya merujuk kepada Lingkungan kedua melibatkan FKAB, FUU, FTSM dan FPEND.

“ Jadi elok mahasiswa yang berkereta meletakkan kenderaan di tempat-tempat yang diputuskan tetapi jika ia membebankan, kami syorkan agar mahasiswa berkongsi kereta bagi mengurangkan kesesakan,” katanya yang juga pelajar Fakulti Pendidikan.

Bagi MPP FST, Saudara Arif Misrol pula, beliau melihat isu ini kerana kegagalan publisiti dan juga kemudahan parking kereta yang tidak cukup.

“ Kami mencadangkan agar pihak Universiti membina satu bangunan bertingkat meletak kenderaan bagi mengurangkan masalah parking di lingkungan pertama demi kebajikan semua pihak,” katanya sewaktu dihubungi.

Beliau turut mengsyorkan agar MPP di semua fakulti terutamanya di lingkungan pertama, mengambil peranan aktif bagi menyelesaikan permasalahan ini.

Dalam pertemuan itu juga, MPP GMUKM menyatakan kesanggupan untuk membantu pihak Universiti menghebahkan peraturan baru itu. Sebagai langkah permulaan, lebih kurang 300 flyers tentang system Letak dan Naik telah diserahkan oleh ketua Unit Kenderaan kepada Pengerusi GMUKM untuk diberikan secara percuma kepada mahasiswa.



17 comments:

Anonymous said...

PMUKM & JAKSA dah jumpa unit kenderaan pasal isu ni bulan lepas...takde kecoh2

Anonymous said...

pernah ke flyers diberi dikenakan charge selame ni?

Anonymous said...

mmg ad sarfa dipggl menghadap unit knderaan, tp spt biasa, diorg x buat kerja. x hebhkn pd org rmai

Anonymous said...

PMUKM baik, sebab dia org tak sokong park and ride.

ni gm, teruk betul! park and ride ni teruk sangat, tak ada akal keh,sokong bulat2, baik aku jadi mpp, ko org tak berguna langsung.

sokong uni shj,kata diri mpp mahasiswa tapi cakap utk uni jeh,kamu pro uni keh pro mahasiswa ni?

Anonymous said...

kmu ni saja putr isu..mn lbh pntg..pnsyrh, staf atau student yg bbrp kerat guna kereta? lgpun bnda ni kt fpi, fst, fep dan fssk. Student blh parkg kt msjd ukm, atau kolj amin atau uo. Klau aspirasi bukn balaci hep, suruhla si nasir lembut, wakil fep dan Sarfa si kerutu, wakil dr fssk perjuangkn parkg utk student, dan biarkn pnsyrh prkg jauh2 dan gngu pljrn rkn2 lain yg x bw krt..yg tggu pnsyrh masuk. Wei Aspirasi..pernah pnsyrh ak msuk lewat..gr2 krn tiada parkg..ckp gn kpl lutut blhla..aspirasi dh basi dan nynyuk dh..sgkirkn aspirasi dr hidup anda

Anonymous said...

Aspirsi mmg bengap, dulu..kini..dan slamanya

Anonymous said...

Hidup melayu.. Hidup Islam... Gaduh sesama sendiri

Anonymous said...

ni la melayu..gduh sesama sndiri....

Anonymous said...

itu pun nk jd isu.nk prkg kt amin 2 mmg r ok.tp lau prkg pn mcm prkg kt umah pe cte?abs dak2 amin nk prkg ktne?nk soh ptg br ktewg lek klj wk2 ptg?rng2knlah

Anonymous said...

sarfar memang langsung tak ambil tahu hal mahasiswa, dia dah berubah.menyesal undi dia

Anonymous said...

setahu aku,dalam gambar ni bkan cik musa.......
knapa la gm ni bengap sgat......
korang ni jmpa org yang sepatutnya dijumpa ke korang nak saje2 tunjuk bagus..........
nak tipu pon agak2 la........ish2.........

Anonymous said...

aku cadangkan tutup semua parking dari fssk ke fst....barulah park n ride dapat sambutan.....cba korg pkir.........

Anonymous said...

korg yg bngap..inilh encik musa. Aspirasi mmg golongn plg bengap dlm ukm

Anonymous said...

en.musa pendek la.......
en.khalid tinggi orngnye......
bdoh btol la........
ko bdak ukm ke bdak luar.......
ko sama bgap ngan gm........

Anonymous said...

bodo piang anon atas

lu pegi la unit pengangkutan tu
dh la tak tlg student, dok sibuk wt ap ntah

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !