Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, August 2, 2009

Mahasiswa Perlu Turun Mansuhkan ISA : GMUKM


Bangi, 31 Julai - Gabungan Mahasiswa Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyokong perhimpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok dan mengajak mahasiswa ramai-ramai turun ke jalanan hari ini bagi membantah akta zalim itu.

Pengerusi GMUKM, Hishamuddin Che Ali berkata, Gabungan sebelum ini turut menyokong ketegasan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan juga para pemimpin BN lain termasuk daripada Pakatan Rakyat dalam gerakan memansuhkan akta yang berusia lebih 49 tahun ini.

Secara faktanya, ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.

Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.Antaranya bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan terbaru, pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin serta Exco Selangor Teresa Kok

“Kami menyokong ISA dimansuhkan bukan berdasarkan emosi semata-semata tetapi berdasarkan hujah akedemik yang berlandaskan kebebasan mengeluarkan pendapat sepertimana peruntukkan Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan kita”, ujar Hishamuddin.

“Antara hujah yang boleh dikemukakan kenapa ISA perlu dimansuhkan ialah daripada faktor kuasa kehakiman yang perlu diberikan semula kepada hakim dan bukannya Menteri Dalam Negeri seperti yang dapat dilihat dalam peruntukkan Seksyen 8(1) ISA itu sendiri.”

“Juga tahanan tanpa bicara yang jelas bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan.

Antara peruntukan ISA yang didakwa mencabuli hak asasi individu ialah Seksyen 8 ISA 1960 yang membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun, tanpa melalui proses perbicaraan, terhadap mana-mana individu bagi tujuan mencegahnya daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.

Seksyen 73 pula telah memberikan polis kuasa yang luas untuk membuat penangkapan dan melakukan siasatan selama 60 hari berturut-turut terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.

"Kita sepatutnya memberi peluang kepada setiap warganegara hak sama rata di sisi undang-undang serta hak untuk akses kepada peguam dalam masa 24 jam”, ujarnya yang juga merupakan aktivis mahasiswa.

Tambahnya lagi, penyeksaan dalam tahanan ISA seperti perbuatan memukul, penanggalan pakaian, soal siasat selama 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka dan pelbagai lagi kezaliman lain adalah satu prosedur penyiasatan yang tidak boleh diterima oleh akal dalam dunia yang terbuka pada hari ini.

“Mahasiswa amat tersentuh dengan kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara."

"Kes anak tahanan ISA yang tidak sempat melihat ayahnya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan kisah-kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada ahli Parlimen untuk menghapuskan undang-undang rimba ini”, ujarnya.

Katanya, GMUKM turut melihat ISA bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara dan juga konsep kedaulatan undang-undang walaupun diharuskan oleh Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi mencegah kegiatan subversif.

Justeru itu, katanya, hanya satu jalan yang boleh diambil iaitu ISA perlu dimansuhkan dan kerajaan boleh meluluskan undang-undang untuk menangani masalah-masalah tertentu yang melibatkan ancaman negara seperti undang-undang mencegah penyeludupan, pemalsuan pasport dan seumpamanya.

Hishamuddin juga berkata isu ISA amat dekat dengan mahasiswa kerana mahasiswa turut dikenakan penahanan di bawah ISA seperti yang berlaku ke atas 7 orang mahasiswa pada tahun Jun 2001 lalu dan juga dua aktivis pelajar, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan akibat kebakaran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya.

“GMUKM menggesa agar mahasiswa turun beramai-ramai esok dan jangan takut dengan ugutan polis kerana setiap warganegara dilindungi oleh undang-undang berkaitan hak asasi seseorang”, ujarnya.

Tambahnya lagi sekiranya mahasiswa UiTM bebas berhimpun dan tidak ditangkap, kenapa mahasiswa perlu takut untuk berhimpun dan kalau di England, para peserta demontrasi dilindungi dan bukannya ditangkap.

Beliau turut menyatakan bahawa polis tidak akan berani bertindak kerana takut tekanan antarabangsa dan pada masa yang sama melihat bahawa rakyat telah sedar akan hak mereka untuk menyuarakan pandangan dan berhimpun selagi tidak menyentuh soal hasutan mahupun fitnah. Bangi, 31 Julai - Gabungan Mahasiswa Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyokong perhimpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok dan mengajak mahasiswa ramai-ramai turun ke jalanan hari ini bagi membantah akta zalim itu.


Pengerusi GMUKM, Hishamuddin Che Ali berkata, Gabungan sebelum ini turut menyokong ketegasan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan juga para pemimpin BN lain termasuk daripada Pakatan Rakyat dalam gerakan memansuhkan akta yang berusia lebih 49 tahun ini.

Secara faktanya, ISA telah dirangka oleh R.H Hickling dan mula berkuatkuasa di Malaysia Barat pada 1 Ogos 1960.

Terdapat ramai negarawan yang dikenakan ISA sejak penguatkuasaannya pada 1960 lalu.Antaranya bekas Presiden Pas Dr Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan terbaru, pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin serta Exco Selangor Teresa Kok

“Kami menyokong ISA dimansuhkan bukan berdasarkan emosi semata-semata tetapi berdasarkan hujah akedemik yang berlandaskan kebebasan mengeluarkan pendapat sepertimana peruntukkan Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan kita”, ujar Hishamuddin.

“Antara hujah yang boleh dikemukakan kenapa ISA perlu dimansuhkan ialah daripada faktor kuasa kehakiman yang perlu diberikan semula kepada hakim dan bukannya Menteri Dalam Negeri seperti yang dapat dilihat dalam peruntukkan Seksyen 8(1) ISA itu sendiri.”

“Juga tahanan tanpa bicara yang jelas bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan.

Antara peruntukan ISA yang didakwa mencabuli hak asasi individu ialah Seksyen 8 ISA 1960 yang membolehkan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun, tanpa melalui proses perbicaraan, terhadap mana-mana individu bagi tujuan mencegahnya daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.

Seksyen 73 pula telah memberikan polis kuasa yang luas untuk membuat penangkapan dan melakukan siasatan selama 60 hari berturut-turut terhadap individu yang dipercayai boleh atau telah memudaratkan keselamatan negara.

"Kita sepatutnya memberi peluang kepada setiap warganegara hak sama rata di sisi undang-undang serta hak untuk akses kepada peguam dalam masa 24 jam”, ujarnya yang juga merupakan aktivis mahasiswa.

Tambahnya lagi, penyeksaan dalam tahanan ISA seperti perbuatan memukul, penanggalan pakaian, soal siasat selama 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka dan pelbagai lagi kezaliman lain adalah satu prosedur penyiasatan yang tidak boleh diterima oleh akal dalam dunia yang terbuka pada hari ini.

“Mahasiswa amat tersentuh dengan kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara."

"Kes anak tahanan ISA yang tidak sempat melihat ayahnya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan kisah-kisah ini tidak pernah menjadi pedoman kepada ahli Parlimen untuk menghapuskan undang-undang rimba ini”, ujarnya.

Katanya, GMUKM turut melihat ISA bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara dan juga konsep kedaulatan undang-undang walaupun diharuskan oleh Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi mencegah kegiatan subversif.

Justeru itu, katanya, hanya satu jalan yang boleh diambil iaitu ISA perlu dimansuhkan dan kerajaan boleh meluluskan undang-undang untuk menangani masalah-masalah tertentu yang melibatkan ancaman negara seperti undang-undang mencegah penyeludupan, pemalsuan pasport dan seumpamanya.

Hishamuddin juga berkata isu ISA amat dekat dengan mahasiswa kerana mahasiswa turut dikenakan penahanan di bawah ISA seperti yang berlaku ke atas 7 orang mahasiswa pada tahun Jun 2001 lalu dan juga dua aktivis pelajar, iaitu Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Mohamad Fuad Mohamad Ikhwan akibat kebakaran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya.

“GMUKM menggesa agar mahasiswa turun beramai-ramai esok dan jangan takut dengan ugutan polis kerana setiap warganegara dilindungi oleh undang-undang berkaitan hak asasi seseorang”, ujarnya.

Tambahnya lagi sekiranya mahasiswa UiTM bebas berhimpun dan tidak ditangkap, kenapa mahasiswa perlu takut untuk berhimpun dan kalau di England, para peserta demontrasi dilindungi dan bukannya ditangkap.

Beliau turut menyatakan bahawa polis tidak akan berani bertindak kerana takut tekanan antarabangsa dan pada masa yang sama melihat bahawa rakyat telah sedar akan hak mereka untuk menyuarakan pandangan dan berhimpun selagi tidak menyentuh soal hasutan mahupun fitnah.


25 comments:

Anonymous said...

kalau xde ISA ..agaknya dah hancur negara ni..contoh pemimpin HINDRAF..kalau depa xditahan bawah ISA,,orang Melayu..Agama Islam..Nauzubillah..macam mana la keadaannya..hak orang melayu dan bumiputera..macam mana la agaknya..fikirkanlah..ISA adalah penahanan semata..mereka dilayan dengan baik..xsama macam keadaan di penjara..mereka dapat makanan ..minuman sama macam rakyat kat luar..jauh lebih baik dari tahanan penjara..ISA bukan penjara..dan mereka bukan banduan..buat apa kita sebagai maHASISWA nak ikut rentak politik luar..JANGAN SEBAB MENANG SABUNG AYAM..KAMPUNG TERGADAI..

Anonymous said...

WAHAI Pengerusi GMUKM yang cetek ilmu pengetahuan...
kalau setakat nak sokong pakatan rakyat ke, pembangkang ke kau sokong la tapi yang ko gatal2 jadikan GMUKM ni platform untuk kau tunjukkan sokongan kat pembangkang tu buat ape?
klu politik masuk kampus ko marah tapi kau naikkan api politik kotor kau xpe eh?

Anonymous said...

Tahniah la yg join perhimpunan tu, smpai melibatkan org awam secare x langsung, ramai yg pengsan, pekedai sme tutup kedai, kne balik batu, anak2 kecik ilang mak bapak.. x pk ttg kepentingan org len, pk ttg kepentingan diri sendiri je, hanye kerana isu ISA yg dipolitikkan oleh kamu2 sendiri.. ntah brape ramai yg dtg berhimpun btul2 dgn tujuan nak mansuhkan ISA, tp rasenye lagi ramai yg dtg berhimpun sekadar nak buat kecoh, itu la hakikat die..

Anonymous said...

ni layh UMNO Aspoirasi. Byk serg peribadi. ODia sokong mansuh ISA krn ad hujah. Korg tak takut mk bapak korg, adik berdik, cucu kn isa klau x mnsuh. Ckp gn otak, bukn kpl lutut

Anonymous said...

pada pndgn sye plak, isa ni tak patut dimansuh, tapi kuasa yang digunakan oleh isa perlu dikaji semula.isa ni ada kebaikannya sbnarnya, cuma ada manusia yg mempolitikkan kuasa isa, so salah guna kuasa sng kata.
fikir2kan...

Anonymous said...

abeh tu GM mmg berat sebelah konfem!! umno dtg UKM sebok bising sana sini.. tp boleh lak promote g demo utk parti pembangkang.. alahai aku dah nmpk byk arr budak2 GM g perhimpunan parti pembangkang.. tak kesah pun korg join tp janganlah plak munafik konon tak mengaku join parti pembangkang...lagi2 ketua2 dalam GM...

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya adalah pelajar tahun pertama yang baru masuk ke universiti ini. melalui cakap2 orang ramai, saya mengagumi GM kerana parti yang mempertahankan islam. tetapi kekaguman saya terhenti apabila membaca blog ini. kerana nabi muhammad menghalang umatnya melakukan demonstrasi kerana meniru pelakuan yahudi.jadi di mana erti menyokong islam jika seruan nabi di abaikan. aduh, mana satu la yang patot kami pelajar tahun satu sokong? GM or aspirasi

Anonymous said...

to pelajar tahun satu kat atas ni. sokonglah org yg amalkan islam.jgn tgok parti shaja.lihatlah pada 'orangnya' juga...

Anonymous said...

saya pun plajar tahun satu juga. dri ftsm

sdr pljr satu di atas perlu melihat membaca dr yusuf al qardawi tentang demonstrasi. mane yg dibolehkan mane yg dilarang

Bila dh baca bgtau dlm blog ni

bdk za'ba

Anonymous said...

ckp bkn gune otak, tp gune mulut, fikir gune otak... yg menegur pun x btol...

Anonymous said...

kulit cantik tp isi busuk tak guna kn?? jgn pandang dr kulit sahaja.. fikir senri..

Anonymous said...

watpe nk takut klu xbuat salah...

Anonymous said...

u all yg pergi menyokong benda tu menyusahkan i je..terpaksa batal plan shooping dengan rakan-rakan yg lain pada hari tu..takut..marah nie dah terlepas sale..kenapa tak buat kat tempat lain ???

Anonymous said...

sale ap mse tu?

tkt ap...kalo x slh wt ap tkt

mcm tkt kt manusia smpai atasi tkt ctatan malaikat sblh

lain kali pi la kutuk demonstrasi baling...sbab bela golongan tertindas...x dpt dtg kuliah...

Anonymous said...

saya pelik kenapa komen2 yg hentam gm banyak kepada sentimen. bukan berat sebelah tapi sebagai golongan yang ada pemikiran, saya fikir perlu ada fakta dan hujah sokongan. malu la jadi mahasiswa kalo cmni

Anonymous said...

kongus

tinjauan rambang pada tahun 2001 pernah dilakukan di ukm sebanyak 100 orang student ukm yang menentang isa menunjukkan kesemua mereka tidak pernah melihat memegang dan menyelak sehelai demi sehelai akta keselamatan dalam negeri yang keseluruhannya mengandungi 85 seksyen 4 bahagian 12 bab dan 3 jadual...

tafsiran undang undang yg di buat oleh saudara hisyamudin sendiri ternyata gagal kerana beliau bersentimenkan parti politik.. bohong lah kalau beliau pernah menyelak sehelai demi sehelai akta 82 tersebut.. hujah dah la tak ilmiah asik nk back up golongan tertentu seperti teresa kok.. hahaha.. klu nk wat hujah ilmiah takyalah nk berteraskan sentimen parti.. habeskan mengaji dulu..

Anonymous said...

2001 dh lm. Adkh kt blh hakimi sseorg krn kt beliau x selk akta bodh tu..Aspirasi mmg aspirasi..slalu hujah mcm budk2

Anonymous said...

emm saya tak tahu apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar ukm sekarang sentiasa nak bertelagah sesam sendiri disebabkan pemikiran politik yang tak kemana.mahasiswa ukm sebenarnya perlu sedar akan tanggungjawab hakiki mereka di universiti. kamu jangan terlalu leka dengan isu-isu politik yang berlaku diluar sana.cukup bagi kamu mengetahui perkembangannya. hal ini kerana sekiranya kamu campur tangan dan didapati bersalah oleh pihak universiti kemungkinan besar kamu akan di buang dari UKM. di mana masa depan kamu?. saya sebagai seorang anak yang miskin dan sebagai orang melayu meminta kepada mahasiswa yang senasib dengan saya jangan terlalu agresif dengan parti politi kerana kamu tak akan jadi orang kenamaan pun. orang-orang politik di luar sana hanya pandai mempergunakan kamu. fikirkanlah ibu bapa kita di kampung. kamu adalah harapan mereka. habiskanlah dulu belajar. selepas dah gred ko nak jadi apa pun jadilah ikut suka kamu..... k

sekian terima kasih

lu fikirlah sendiri

bye.. bye

jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba ]
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara merdeka.

jangan hilang melayu di dunia

disebabkan kebodohan orang melayu itu sendiri

jangan kita tipu diri kita dengan ketayap putih diatas kepala memperjungkan agama dan bangsa, tetapi kita sendiri yang menjatuhkan bangsa kita
apalah salahnya kalau kita memberi nasihat yang berguna kepada pemimpin kita. bukan dengan cara mengutuk dan membuat demonstrasi jalanan yang merugikan bangsa sendiri...

cukuplah wahai bangsaku... amalkan sunnah nabi saling menasihati antara satu sama lain bukan menjatuhkan orang lain dengan mencari kelemahan mereka.

tq

jumpa lagi

Anonymous said...

korang kna paham pe istilah mahasiswa ni dulu... mahasiswa ini tugasnye belajo..bkn terlibat dgn politik...bkn terlibt dgn demonstrasi...tugas kite belajar je skrg...dh hbs belajar, lantakla nk berpolitik ke, demonstrasi ke..xpayah nk sibuk2 memperjuangkn bende2 yg ko ase betul..skrg ni, belajar n jaga agama kita dulu..then dh hbs belajr, dh grade, barula bertindak.. kay..matang k sume..matang...sume cm x matang je...

Anonymous said...

bodoh la GMUKM ney. serius.. ni semua salah budak2 UKM p undi hishamudin che ali ney. haha! blog nie tak siswa la. ckp tak pakai otak. ni ckp bohong ney. ckp tak betul. atau ni sebenarnya blog Pakatan Rakyat yg saja guna nama GMUKM? sebab nampak sngt berat sbelah. its ok to critic, tp u all pnya critic nie 1st, very pro pembangkang, 2nd bercakap guna emosi. blog UNIVERSITI sepatutnya bincang pasal ILMU... diskusi ILMUAN... its ok to hv 3 or 4 perbincangan n kritikan politik.. but.... not like this... haaraaammmm jadah~ ;)

Anonymous said...

nak jaga periuk nasik diorg le tu... x kan x fhm kot...

Anonymous said...

hahhahaa...kecoh gak aspirasi dlm blog. je kooooot

Anonymous said...

hahaha dari awal sampai akir asek politik je... hahaha

Anonymous said...

hahaha...GM mmg dari dulu tak berubah,cakp org dia yg lebih... ISA bukn tmpat nk simpn pmimpin pmbngkang la..kalau tak salah dan tak memberi ancaman pada negara buat apa nak takut???sibuk je GM n..

Anonymous said...

stupid tukil la anon yg kte keje mahasiswa ni blajr

p bace buku kalau saya mahasiswa karya timb menteri kpt

p isa kan dulu mahathir tu sbab bunuh ulama aka ibrahim libya. buta sejarh. memg genetik stupid pny org. igt pemimpin negara betul semua ke smpai x leh tgur.

p tgk surah ibrahim ayt 21. nanti nyesal

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !