Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, August 7, 2009

Seniman Agung Melayu : WS Rendra hembus nafas terakhir

Penyair terkemuka Indonesia WS Rendra, yang turut berpengaruh di Malaysia, telah meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.

Rendra, 74, yang juga dikenali "Si Burung Merak" meninggal dunia pada 10.15 malam tadi. Rendra, yang nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda telah menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra setelah memeluk Islam pada Ogos 1970
Jenazah allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat sini, tidak jauh dari kubur sahabatnya Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu "Tak Gendong" yang meninggal dunia Selasa lepas.
Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.
Sebagai sasterawan
Bakat sastera Rendra sudah mulai terlihat ketika ia duduk di bangku sekolah. Saat itu beliau sudah mulai menunjukkan kemampuannya menulis puisi, cerita pendek dan drama untuk pelbagai kegiatan sekolahnya. Bukan hanya menulis, beliau juga boleh berlakon di pentas. Rendra mementaskan beberapa dramanya, terutamanya tampil sebagai pembaca puisi yang sangat berbakat.
Pertama kali menerbitkan puisinya di media massa pada 1952 melalui majalah Siasat. Setelah itu, puisi-puisinya terus muncul di majalah waktu itu, seperti Kisah, Seni, Basis, Konfrontasi, dan Siasat Baru dua dekad selepas itu, tahun 1960-an dan tahun 1970-an.
"Kaki Palsu" adalah drama pertamanya, dipentaskan ketika ia di sekolah dan “Orang-Orang di Tikungan Jalan” pula drama pertamanya yang mendapat penghargaan dan hadiah pertama dari Kantor Wilayah Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta.
Penghargaan itu membuatnya sangat bersemangat untuk berkarya. Prof A Teeuw dalam bukunya Sastra Indonesia Modern II (1989), berpendapat bahwa dalam sejarah kesusasteraan Indonesia moden, Rendra tidak termasuk dalam salah satu angkatan atau kelompok seperti Angkatan 45, Angkatan 60-an, atau Angkatan 70-an.
Daripada karya-karyanya, terlihat Rendra mempunyai keperibadian dan kebebasan sendiri. Karya-karyanya tidak hanya dikenali di republik itu tetapi juga di luar negeri. Banyak karyanya sudah diterjemahkan ke dalam bahasa asing, antaranya bahasa Inggeris, Belanda, Jerman, Jepun dan India.
Beliau juga aktif mengikuti festival-festival di luar negeri, antaranya The Rotterdam International Poetry Festival (1971 dan 1979), The Valmiki International Poetry Festival, New Delhi (1985), Berliner Horizonte Festival, Berlin (1985), The First New York Festival Of the Arts (1988), Spoleto Festival, Melbourne, Vagarth World Poetry Festival, Bhopal (1989), World Poetry Festival, Kuala Lumpur (1992), dan Tokyo Festival (1995)
Pada 1961, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat, Rendra mendirikan kumpulan teater di Yogyakarta tetapi ia terhenti kerana kembali semula ke negara itu. Ketika pulang semula ke Indonesia (1968), budayawan itu membentuk kembali kumpulan dinamakan Bengkel Teater. Bengkel Teater sangat terkenal di Indonesia dan memberi suasana baru dalam kehidupan teater di tanah air dan menjadi basis bagi kegiatan keseniannya.
GMUKM mengucapkan takziah atas pemergian seniman agung dalam rumpun melayu ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Al Fatihah..
Senarai karya Rendra termasuklah drama dan puisi:
Drama
Orang-orang di Tikungan Jalan (1954) Bip Bop Rambaterata (Teater Mini Kata) SEKDA (1977) Selamatan Anak Cucu SulaimanMastodon dan Burung Kondor (1972) Hamlet (terjemahan karya William Shakespeare)Macbeth (terjemahan karya William Shakespeare)Oedipus Sang Raja (terjemahan karya Sophokles) Lisistrata (terjemahan) Odipus di Kolonus (terjemahan karya Sophokles), Antigone (terjemahan karya Sophokles), Kasidah Barzanji Perang Troya Tidak Akan Meletus (terjemahan karya Jean Giraudoux) Panembahan Reso (1986) Kisah Perjuangan Suku Naga
Puisi
Balada Orang-Orang Tercinta (Kumpulan sajak) Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta Blues untuk Bonnie Empat Kumpulan Sajak Jangan Takut Ibu Mencari Bapak Nyanyian Angsa Pamphleten van een Dichter Perjuangan Suku Naga Pesan Pencopet kepada Pacarnya Potret Pembangunan Dalam Puisi Rendra: Ballads and Blues Poem (terjemahan) Rick dari Corona Rumpun Alang-alang Sajak Potret Keluarga Sajak Rajawali Sajak Seonggok Jagung Sajak Seorang Tua tentang Bandung Lautan Api State of Emergency Surat Cinta


2 comments:

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !