Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, August 3, 2009

DEKLARASI GMUKM 1 OGOS, 2009

Tahun 2009 ; Genap 49 tahun Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) dikuatkuasakan di negara ini. Akta yang bersifat akta pencegahan (preventive law) ini, jelas telah mencabuli hak asasi manusia dan keadilan sejagat pada hari ini. Tahanan tanpa bicara, penyeksaan kepada tahanan, penyalahgunaan kuasa yang luas, sembarangan dan tidak boleh dicabar mahkamah serta saraf psikologi kepada keluarga tahanan dan membiarkan rakyat Malaysia terus berada dalam ketakutan, menyebabkan ISA merupakan akta yang perlu dimansuhkan.

Penggunaan ISA adalah bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan digariskan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat PBB seperti dalam Artikel 3, 5, 9, 10, dan 11. Amnesty International, sebuah organisasi pendukung hak asasi manusia, sejak tahun 1970an lagi telah mengecam pencabulan hak-hak asasi yang berlaku di Malaysia kesan daripada pelaksanaan ISA ini. Bahkan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan supaya ISA dimansuhkan dan diganti dengan sebuah akta baru sejak tahun 2003. Ramai pemimpin kerajaan sendiri, malahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk disalahgunakan dan mendesak pemansuhan dilakukan ke atas akta ini. Manakala. Pemuda Gerakan secara terbuka turut menyatakan sokongan terhadap pemansuhan ISA bersama-sama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi.

Jadi, Hari Mansuhkan ISA, 1 Ogos 2009 yang menjadi lambang kebangkitan kaum rakyat terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita dan ia harus disambut dengan semangat solidarity oleh mahasiswa. Justeru, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) ingin menyuarakan 7 tuntutan kepada pihak kerajaan.

1. Memansuhkan ISA melalui persidangan khas Parlimen

2. Tindakan yang dianggap ‘membahayakan keselamatan negara’ seperti penulisan dan tindak tanduk yang kontroversi, yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, adalah perkara yang boleh diselesaikan melalui cara dialog, musyawarah, serta penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada untuk mengawal kestabilan dan keharmonian negara, tanpa perlu kepada penggunaan ISA.

3. Kerajaan harus mengadakan perbincangan secara terbuka tentang isu-isu semasa, termasuklah hal-hal yang berkaitan sensitiviti kaum dan agama, jika dilaksanakan dengan batas dan disiplin yang betul, adalah merupakan langkah yang terbaik bagi memperkasa persefahaman dan keharmonian antara pelbagai kaum.

4. Kaedah-kaedah penahanan, keperluan kepada bukti-bukti yang jelas, serta prosedur siasatan dan soal-siasat yang lebih baik, perlu ditentukan secara jelas dan Akta Keterangan itu perlu diperkkasakan lagi

5. Kecekapan pihak polis wajar dipertingkatkan agar isu keselamatan dalam Negara tidak boleh ditimbulkan.

6. Membebaskan semua tahanan ISA dan memberikan pampas an yang setimpal terhadap pencabulan hak asasi yang dilakukan ke atas mereka.

7. Menuntut penutupan Kem Kamunting dan menjadikannya sebagai muzium ISA dan peruntukkan kerajaan untuk perjalanan ISA, boleh disalurkan kepada golongan miskin di luar bandar

8. Mansuhkan juga segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi akyat dan mahasiswa, antaranya, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ordinan Darurat (EO), Akta Fitnah (DA), Akta Hasutan, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM)

Dianggotai oleh :

MembinaMahasiswa Peradaban Ummah (MAMPU)
Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN)
PKPIM
GM Kampus Kuala Lumpur
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa-Mahasiswi (JKMI)

* Deklarasi ini dibacakan oleh pimpinan gmukm semasa himpunan rakyat mansuhkan ISA 1 )gos lalu

5 comments:

Anonymous said...

wahai penulis..kalau nak terbit kan cetakan ini...biarlah..ejaan n huruf 2 tiada kesalahan...

Anonymous said...

napa la korang bodoh...kenapa nak mansuh kan isa...
sedangkan isa lah yg banyak membabtu negara kita dr berlaku sebarang ancaman luar...
ataupun kamu nie korupsi luar yg ingin menjatuhkan negara ini..
wlpn isa nie membawa kesan buruk tp kita hrs sedar..kalau tanpa isa...di mana kita skrg..
cb korang jwp

Anonymous said...

alahai anon 2

nk yakin dgn hukum manusia ni lbih relevan drpd ap yg Tuhan bg?

masalah die adalah ORG YG MENGAKU PEMBELA MELAYU MENGKHIANATI ORG MELAYU TU SENDIRI

konon la di mana kita skrg
sp yg jual tnh rizab melayu kt jhr?
sp yg bg lepas tnder balak scr sewenang-wenangny kt phg?
sp yg btggungjwb memberi hak milik bebas untuk wpi kt jhr?

cba kaji sjrh berapa rmai yg msuk sbab komunis dan msuk tnpa alsn yg kukuh.

skrip mcm bru abis ijazah kt btn

Anonymous said...

memang lepasan ijazah btn cakap cm 2
da x de modal len
asyik2 isa bleh selamatkan negara
setakat mane kebenarannye aku pun x tau
yang aku tau ramai orang hilang bapak n isteri hilang suami sal isa la
rasenye bdk2 pro isa kalu bapak diaorg kene isa mesti diaorg suka knn????

Anonymous said...

ISA kejam...kat Malaysia ni de akta yg x skejam ISA,so gunekanlah...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !