Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, August 25, 2009

GMUKM Kesal Mesyuarat MPP Hanya Sekali Seumur Hidup

BANGI, UKM : Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (MPP GMUKM) hari ini mengutuk tindakan PMUKM yang diterajui oleh Aspirasi yang gagal melaksanakan mesyuarat MPP sejak 18 Mac 2009 yang lalu.

Pengerusi GMUKM yang juga Ahli MPP UMUM, Saudara Hisyamuddin Che Ali menyatakan demikian ketika dihubungi wartawan GMUKM berkaitan isu yang hangat diperkatakan oleh mahasiswa ketika ini.

Apa jua alasan yang diberikan ASPIRASI, GMUKM merasa amat kesal dengan tindakan ASPIRASI itu kerana menurut Saudara Hisyamuddin, masalah kebajikan mahasiswa masih belum selesai dan yang terbaru, wabak H1N1 pula menyerang UKM.”Kita (GMUKM) menjangkakan Aspirasi akan melaksanakan mesyuarat pada semester ini tetapi sehingga kini, tiada khabar berita tentang ini dan ia jelas mempamerkan sikap kebudak-budakan oleh PMUKM yang diterajui oleh Aspirasi”

”Inilah yang akan membuatkan mahasiswa terus hidup dalam keadaan yang kezaliman kerana hak dan kebajikan mereka tidak terbela dan kami,yakin bahawa keenganan mereka melaksanakan mesyuarat kerana bimbang undi majoriti tidak berpihak kepada mereka,” katanya merujuk kepada 4 wakil MPP Aspirasi yang sudah tidak bergelar mahasiswa dan tidak layak menghadiri mesyuarat MPP.

Sehubungan dengan itu,MPP GMUKM mendesak agar pihak Aspirasi melaksanakan mesyuarat secepat mungkin dan akan berjumpa dengan Naib Canselor sekiranya Aspirasi enggan melaksanakan mesyuarat MPP tersebut.

“Dengan mengadakan mesyuarat MPP, saya yakin permasalahan mahasiswa akan dapat diselesaikan dan Aspirasi perlu ingat bahawa mereka perlu bertanggungjawab terhadap segala kesusahan mahasiswa UKM pada hari ini.,” tambah Hisyamudin.

Katanya lagi bahawa pihak Aspirasi turut melanggari peraturan MPP kerana gagal melaksanakan usul yang telah diluluskan sebelum ini.

Pada mesyuarat kali pertama MPP yang lalu, majoriti MPP meluluskan usul untuk melaksanakan mesyuarat tidak kurang dari satu (1) kali setiap (1) bulan dan korum mesyuarat sekurang-kurangnya sepertiga daripada bilangan MPP.

“ Jika undang-undang yang digubal oleh Universiti sendiri itu dilanggari, saya yakin segala perlakuan jenayah pasti tidak akan teragak-agak dilakukan oleh pemimpin mahasiswa yang tiada jati diri ini”, ujarnya lagi dengan nada sinis.

Sementara itu menurut MPP Fakulti Undang-Undang, Saudara Phoon Kar Liang yang dihubungi turut kesal dengan tindakan Aaspirasi yang takut untuk melaksanakan mesyuarat MPP.

“ Kami (MPP GM) sebenarnya tertunggu-tunggu dipanggil untuk bermesyuarat tetapi sejak mesyuarat kali pertama, kami sehingga ke hari masih tidak menerima notis untuk mengadakan mesyuarat lagi,” ujarnya.

Tambahnya lagi bahawa tindakan Aspirasi ini adalah lambang kelemahan mereka yang tidak berani berdepan dengan 12 MPP GMUKM.

“ Inilah satu lagi kelemahan MPP Aspirasi dalam sejarah UKM yang diterajui Nasir kerana sebelum ini, semua mahasiswa UKM tahu bahawa PMUKM pada hari ini adalah PMUKM paling lemah,”tegasnya sambil merujuk kepada Presiden PMUKM, Nasir Nazri yang gagal bercakap dengan baik dalam program siaran langsung Suara Siswa yang turut melibatkan Presiden PMUM pada Mei yang lalu.

Tinjauan rambang GMUKM Blogspot mendapati majoriti mahasiswa UKM terkejut dengan tindakan Aspirasi dan berharap mereka dapat menjalankan mesyuarat secepat mungkin kerana kebajikan mahasiswa perlu diutamakan dan bukannya agenda politik kepartian pihak terbabit.

30 comments:

Anonymous said...

Apa kejadahnya PMUKM tahun ini. dah la lembik, pemalas pula tu. Inilh gr2 krn caturn pihak HEP, mybbkn mrk mnjd lesu dan pondan. ak tak hallkan langsung duit RM 10 ak byr setiap sem kpd korg. krn mls nak buat kerja. Pira mabuk

kecewa dengan pmukm aspirasi!!!!!!!!! said...

apa? mesyuarat pmukm baru sekali dari sem lepas sampai sekarang??? mana boleh... kita undi pmukm salah satu sebab adalah untuk hadir mesyuarat dan bincang masalah pelajar. bukan setakat bincang tetapi nak selesaikan masalah. setiap masalah kalau nak selesai, kena duduk bincang dan fikir. barulah boleh buat langkah penyelesaian. ni kalau meeting pun tak ada, macam mana nak settle problem pelajar. memang hampa, kecewan dan terkilan dengan pmukm tahun ini pimpinan nasir yang lembap, tidak berjiwa pelajar dan hipokrit. hello nasir, sila jawab mengapa tiada meeting????

soalan kuiz........ said...

soalan kuiz: apakah persatuan yang satu sem hanya meeting sekali sahaja??? jawapan: pmukm pimpinan aspirasi yg lembap dan pemalas. jaksa setahu saya meeting setiap minggu. persatuan mahasiswa fakulti pun begitu. sama juga dgn pm anak negeri. pmukm yg kononnya mewakili kebajikan pelajar tapi hanya meeting sekali sepanjang satu sem jelas menunjukkan sikap pemalas, tidak kisah masalah pelajar dan lembap......

aspirasi pmukm pemalas paling besar!!!!!!!!! said...

aspirasi pmukm pemalas paling besar!!!!!!!!

what's the problem??? said...

sape yg pandai2 guna formula meeting kerap = rajin, apa masalah kalo pmukm aspirasi hanya meeting 1 kali 1 sem. i tak nampak apa2 problem pun....

jiman kiy said...

semakin jelas lg ternyata...
korang nie..d bulan puasa la nak mengutuk orng pulak..
apa kepimpinan korang pada ukm..
jgn sekadar bertopeng aje..
suka ckp kat org je..
diri sendiri kena la fikir..
nie bln yg mulia la..

Anonymous said...

sdra jiman

kebenaran kena dikatakan walaupun pd bulan puasa
kalo cmtu pas puasa blh la kutuk puas2
pas buka boleh dating smpai tgh mlm

kena perbetul kefahaman tu
kena beza antara mengumpat dengan teguran/kecaman

sy cdg sdra baca buku fiqh daulah karya yusuf qaradawi

Anonymous said...

mmg skrg ni bln puasa yg mulia. kite jgn nak kutuk org lain2. kita tngk kat isu. jgn tngk kat org @ parti, aspirasi @ gmukm. isu besar = meeting hny 1 kali sepjng sem lepas. sem ni 1 kali meeting pun takde. mmg ikut akal logik, langsung tak wajar pmukm hny buat meeting sekali jer. mane ada persatuan mahasiswa mcm tu? boleh ke masuk persatuan tp takde meeting @ program. mesti ade kan. meeting amat penting. especially, utk pmukm yg mewakili seluruh 20k mahasiswa ukm. conclusion, mmg tak wajar pmukm tak buat meeting......

Anonymous said...

xde meeting maksudnye dorang xde agenda..xde agenda mksudnya takde kerja pmukm nk wat...woooi hampeh btul laah mcmniih,serius beb...mne leh smpai xde perjumpaan padahal berlmbak2 masalah student korang kne fikirkn dan cube tok selesaikan...tolong ahh jgn mainkan kepercayaan org kat korang,TAK AMANAH name die tuuh

Anonymous said...

gm mmg suka kata kat org...x hormat bulan ramdhan langsung...ckap je berapi tentang hormat menghormati sesama manusia la...tp ngata org nmbor 1

pikir rasional betul2!!!! said...

hello!!!! skrg bln ramadhan. mmg kita jgn kutuk org. dosa besar. tp i tngk ape yg gmukm tulis bkn kutuk org, tp kritik isu. i sokong pdpt kat atas. kite mesti pandai beza kritik org dgn kritik isu. kalau kritik org @ characternya, mmg dosa. tp kalau kritik isu dgn meritnya, no problem at all. paham? kita dah tngk bnyk pembaca tdk puas dgn pmukm yg x meeting selalu. sy mintak respon kat siape2 yg sanngup defend pmukm yg tak meeting. kita debat pasal isu bkn debat pasal org. isu di sini bukan aspirasi lwm gmukm tp meeting lwn tak meeting. paham tak????

Anonymous said...

betul2. isu sini bukn aspirasi atau gmukm tapi isu sebenar adalah (buat meeting) dgn (tak buat meeting). bkn hentam org. tp hentam isu.....

Anonymous said...

aku rasa mesyuarat PMUKM selalu diadakan...mungkin mesyuarat MPP yg diorang tak buat lagi sem ni...aku rasa beza mesyuarat MPP dengan mesyuarat PMUKM..sbb MPP(GM) tidak termasuk dlm kabinet ASPIRASI tu..kalau salah tlg tunjukkan...

salam ramadhan said...

salam..
saya xtaula samada benar ataupun tidak isu ini..tp dr pengetahuan saya, sesuatu mesyuarat itu diadakan hanyalah melibatkan individu yg terlibat sahaja dan sekiranya individu itu tidak terlibat didalam sesuatu mesyuarat kenapa perlu pgl juga utk dtg ke mesyuarat itu bukan..so,xhairan la disini kerana MPP GMUKM setakat hari ini tidak memegang sebarang jawatn exco didalm PMUKM dan dgn itu tidak dipanggil utk hadir ke mesyuarat kerana dlm mesyuarat itu mungkin hanya melibatkan bidang tugas exco sahaja..itulah sahaja komen dr pemahaman saya..sekian...wasalam..

Anonymous said...

Woi cakap bertapis la. Fitnh btul korang. Aku tgk dlm sijil perlantikn MPP dari NC, dtulis bahawa meereka ahli PMUKM. Jadi wajib utk mereka masuik meting PMUKM itu. Ni semua kerja zalim. Takut penyelewengan terdedah ker

Anonymous said...

Apa beza antara teguran dan kutukan?

Kalo display kat web bagi satu dunia tgk tu teguran atau kutukan?

Fikir2kan...

Selamat berpuasa bagi rakan2 yang muslim...

Makan tghari takde member lak... Sob2...

salam ramadhan said...

salam..
relax2...jgn cpt melatah..btol apa yg dikatakan..kalo meeting MPP sume MMP kena masuk tp kalo bkn sume dipanggil tu maknanya bkn sume yg terlibat la..so kalo dipanggil sekali je maknanya awak hanya diperlukan masa tu je..so,xde asas nk katakan PMUKM xwat keja kerana meeting utk kerja-kerja lain dh jln cuma xmelibatkan MPP GMUKM sahaja..sekian..wasalam..

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Anonymous said...

kalo dtg meeting pastu wat kecoh...takder isu nak bincang...tau nak bangkang dan bangkang...mmg la korang tak diperlukan...sebab korg bkn tau wat keje...tau mencari kesalahan org dan membangkang demi membangkang...itu lah GMUKM...

Anonymous said...

cerita la sikit apa yg GM bangkang dlm meeting uu..kami nk tau jg..share la..biar semua org tau.

Anonymous said...

Namanya parlimen mahasiswa. Msti ad pro dan kontra. Mslhnya MPP Aspirasi lembik..macam sayur..berdebatla dengan MPP GM. Ini baru buat meting pertama, dah takut dah. Ini ke pmimpin. Takut x bertempat. Aspirasi lepas ni xpyh la masuk PRK, habiskan duit rakyat je byr cukai. Malu betul aku jd student UKM

Anonymous said...

meeting pmukm adalah seakan-akan parlimen mahasiswa/i ukm. dalam meeting inilah permasalahan pelajar akan dibincang dan didebatkan. bukan sekadar cakap tapi menyelesaikan setakat yang mampu. dalam zaman moden ini, proses penyelesaian masalah kebajikan pelajar wajib bermula dengan meeting dulu. baru boleh cari penyelesaian yang dipersetujui bersama. kalau meeting pun tiada, macam mana nak selesaikan masalah pelajar? tak hairan kalau gmukm nak kritik pmukm yang hanya sepanjang penggalnya meeting baru sekali sahaja. beritahu saya, di antara kesemua persatuan di bawah ukm, mana satu yang hanya meeting sekali sepanjang semester? hanya pmukm sahaja!!!

jawapan said...

i blh jawab. if ikut kata anonymous, sgla kebajikan student kena start dgn meeting dulu, tak meeting maksud ialah student ukm langsung takde problem. itu pasal pmukm tak meeting at all. bottom line, semue student ukm berada dlm keadaan sihat2 belaka. dah semue sihat, buat pe nak meeting? bazir masa & tenaga jer. betul jawapan saya???

Anonymous said...

jawapan yg tdk boleh d guna pakai...

Anonymous said...

mmg jwpn yg xleh pakai lgsg..
mslh b'lmbk tp wt cm xtaw je..
pe kes?
spe yg merana?

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Anonymous said...

nak jage kebajikan x yah meetg pun bley buat la... cume permasalahan yg besar2 br la meetg, cth isu yuran... isu parking... kalu stakat isu 1 mentol lampu kat kolaj uo terbakar x kan nak wat meetg... lgpun grand meetg x perlu wat bykkali, tp pmukm slalu wat meeting dgn sekretariat2 diorg... x kan nak pggl wartawan kosmo kot pi mtg tu... tu cara org gila nama...

Anonymous said...

xde cnth len ke nk kasi?
awt kasi cnth mentol kt uo lak?
xrelevan lgsg....
kalo hal uo,pihak admin uo la settlekn...
xyah nk kaitkn ngan pmukm lak...
xde mknenyeee...

Anonymous said...

aku ni tak la sokong maner maner.just nak cakap jer,dah kalau aspirasi ni kerajaan n korg ni pembangkang,mesti la bermusuh satu sama lain. so dorg dah menyampah tngok muker muker korg,dorg wat la meeting antara dorg jer.dah kalau korg ader sumer nak bangkang jer.biler nak sattle.wakakakka.

Anonymous said...

haaa pmukm mane ko nak bwk politik budiman

x pun dh terbiase main ugut2 aka yes man nih. sebab tu takut berdepan berhujah dan beraksi lagak pimpinan kampus

menanti mahasiswa manggugat

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !