Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, August 20, 2009

MPMN Puji Skim Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Mahasiswa


BANGI : Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) hari ini menyambut baik keputusan kerajaan negeri Selangor memberi pinjaman tanpa faedah kepada anak kelahiran Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dan Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Timbalan Pengerusinya, Hisyamuddin Che Ali berkata bahawa program Pinjaman Pengajian Tinggi daripada kerajaan negeri ini merupakan selari dengan inspirasi MPMN untuk melihat pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada semua mahasiswa.

Justeru beliau yakin dengan adanya skim ini ini, mahasiswa yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah ini akan mendapat ruang serta peluang untuk meneruskan pengajian mereka tidak kiralah sama ada di IPTA ataupun IPTS.

Dalam pengumuman rasmi semalam di Puchong, Timbalan Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Yang Berhormat Dr Shafei Abu Bakar menyatakan bahawa pinjaman tanpa faedah itu boleh bertukar kepada biasiswa sekiranya pemohon berjaya memperoleh ijazah kelas pertama dalam, pengajiannya.

MPMN turut berpendapat inisiatif yang dilakukan oleh negeri Selangor itu bukan sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri itu tetapi turut membuktikan bahawa caj perkhidmatan 1 peratus Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sudah tidak relevan

“ Kalau kerajaan negeri boleh laksanakan dasar ini, kenapa PTPTN yang berada di peringkat Persekutuan tidak berkemampuan menghapuskan faedah yang dikenakan ke atas peminjam dan kami melihat hanya kemahuan politik (political will) sahaja yang membolehkan dasar ini digubal”ujarnya.

Hisyamuddin turut mengulas bahawa MPMN akan terus konsisten mendesak agar pendidikan percuma diberikan kepada semua mahasiswa tanpa mengira kaum dan pada masa yang sama mengharapkan agar peruntukkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan bagi mengembalikan hak mahasiswa bumiputra dalam soal pemberian biasiswa.

Jelas beliau lagi bahawa dasar yang baik untuk mahasiswa ini perlu dilaksanakan di negeri-negeri lain sama ada dikuasai oleh Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat dan MPMN mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana berjaya membuka langkah dalam memberikan kebajikan kepada mahasiswa.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini turut memberikan bantuan wang saguhati sebanyak RM 1,000 kepada rakyat negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT sama ada dalam pengajian Ijazah mahupun Diploma.

“ Sokongan secara terbuka ini bukan bermakna MPMN menyokong pihak pembangkang kerana jika pihak pemerintah laksanakan dasar ini juga, kami akan turut menyokongnya tanpa berbelah bahagi,” ujarnya lagi yang merupakan MPP Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

MPMN yang dianggotai oleh semua MPP Pro Mahasiswa sebelum ini telah menghantar surat kepada kerajaan negeri di seluruh Negara agar mempertimbangkan cadangan mereka agar setiap mahasiswa yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA diberikan wang saguhati RM 1000 seorang. Mengikut maklumat yang diperolehi, hanya negeri Terengganu dan Selangor yang melaksanakan dasar ini dan negeri-negeri lain masih belum berbuat seperti saranan yang telah dikemukakan oleh MPMN ini.



14 comments:

Anonymous said...

Negeri lain dah lama buat...dulu JPA & MARA pun bg pinjaman tanpa faedah...tp skrg dah ramai pelajar yg cerdik pandai so kerajaan tak dpt nak tanggung semua sbb tu ada PTPTN..PTPTN pun 1% je...bagi duit byk mana pun takkan cukup kalau tidak dibelanjakan pd tmpt yg betul..

animmus said...

Nak cadangkan agar MMP GM minta perincian bagi setiap yuran yang dibayar.. Kita paparkan kat web ni.. Barulah kita minta pendapat semua...

Amacam? Ok tak?

Manusia Ini Kawan Engkau said...

UKM pun ada SKIM PINJAMAN TANPA FAEDAH..

SKIM PINJAMAN jangka pendek hingga 600.. Pembayaran dalam masa 6 bulan...

SKIM PINJAMAN JANGKA PANJANG sehingga 2500...
Pembayaran adalah sebelum konvokesyen...

Jangan g pinjam pastu nak guna beli henset lak :p

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Sebenarnya SKIM PINJAMAN tu tiada langsung. Saya hanya menipu sahaja :P ...Haha..Saja nak sibuk2 kt ruangan comment ni.

Anonymous said...

Woiii pnipu besar rupnya Manusia Ini Kawan Engkau...ini bukn mnusia..tp kera di hutn..Slalu mnipu..ini msti juak2 Aspirasi

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Pergi kat unit kebajikan pelajar... Tanya direct dgn staff sana ttg SKIM PINJAMAN ukm...

Tak pun baca buku panduan pelajar... Ada tulih kat sana...
Kadang2 saya rasa student ni kurang matang sket gak... Cakap macam tau semua tanpa ILMU... Kurang membaca banyak membebel..
Alo adik2... Mencari ILMU tu IBADAH...
Lebihkan membaca maklumat.. Kurangkan bertindak tanpa fikir.. Maka kita boleh kurangkan benda2 berunsur fitnah...

Lagi satu.. Mohon kat admin letaklah fungsi IP trace... So boleh lah kita tau orang tu menyamar ke tak...

Kurang sikit aktiviti menyamar sambil guna 2-3 nick... :D
Kurang sket dosa Fitnah tu...

Dan macam biasa... FIKIR2KAN LAH.... Dan Selamat beramal...

Manusia Ini Kawan Engkau said...

ni kalo nak dapat maklumat skim pinjaman kat ukm

http://pkukmweb.ukm.my/~bendahari/bidang_tugas_kew_pelajar.html

Anonymous said...

Ini mesti Pn. Rosma Ayu ni. Sllalu sgt kacau student

Anonymous said...

felda pun da lame wat pinjaman tanpa faedah... negeri slangor pun br buat, yg duit 1000 tu utk yg gaji panjaga bwh 1500 sahaja, kalu gaji 1600 tggngan byk ape macam?

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

selangor mungkir janji said...

knapa kerajaan selangor mungkir janji????
dlu kate skim saguhati RM 1000 akan diberikan kepada semua pelajar yang berjaya menempatkan diri di IPTA/S..
namun kini pelbagai syarat di kenakan....
rsenye penulis di peka atau terlalu taksub dgn pihak kerajaan negeri tertentu sehingga tidak menyedari bahawa negeri lain sudah lama memberikan insentif kepada mahasiswa/i mereka dan yang paling penting.....

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Anonymous said...

mcm nie kew ukm??

adeq said...

apalah korang nhe..cakap je..aduhai..

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !