Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, August 28, 2009

GMUKM Tolak Politik Perkauman



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengutuk tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu yang dipercayai didalangi parti politik Melayu hari ini yang mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi. Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kebajikan Negeri Rodziah Ismail dan Exco Kesihatan Dr A Xavier Jayakumar. Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli Parlimen Shah Alam, YB Ir Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara. Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".
Terdengar juga jeritan seorang penyokong yang melaungkan "Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia,", setibanya kumpulan itu di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.
GMUKM dalam kenyataan rasminya mengutuk tindakan yang mencemarkan semangat perpaduan itu. Yang berlaku hanya kira-kira kurang dua hari sambutan kemerdekaan kali ke 52.
GMUKM turut mendesak agar pihak Polis menjalankan siasatan terhadap perbuatan ini dan membawa mereka yang menjadi dalangnya ke muka pengadilan.

Menurut Pengerusi GMUKM yang juga Ahli MPP Umum, Hisyamuddin Che Ali dalam kenyataan menyifatkan tindakan perkauman itu sebagai sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya kedua-dua pihak bekerjasama dalam menyelesaikan permasalahan ini.

“ Sepatutnya pihak yang bertelagah ini duduk dalam satu meja bulat dan mencari jalan penyelesaian win-win situation,”

“ Jika benar dakwaan bahawa kuil itu dibina di Seksyen 23 yang berhampiran dengan kawasan majoriti penduduk islam, maka ia wajar dipindahkan tetapi jika dakwaan itu palsu dan sengaja diadakan demi kepentingan politik, maka kami berasa kesal dan malu dengan tindakan ini”, ujarnya.

Kelmarin, Dr Xavier dalam kenyataannya meminta penduduk Seksyen 23 itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.
Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.

Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut. Dilaporkan juga pembinaan kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan Seksyen 23 di Shah Alam, kawasan yang dipertikaikan pembinaan kuil tersebut.

Hisyamuddin katanya lagi meminta pihak Polis menyiasat perkara itu hingga ke akar umbi dan mendakwa mereka yang terlibat di bawah Akta Polis 1957 dan Akta Hasutan 1948.

“ Kita meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan jangan ada pilih kasih dalam kes ini hatta melibatkan pihak UMNO mahupun Pakatan Raykyat,” tegasnya.

Beliau juga meminta semua mahasiswa bertenang dan jangan memainkan sentimen perkauman kerana yakin situasi perkauman pada hari ini sudah berkurang kerana rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian sesuatu.

“ Saya meminta semua pihak termasuk Aspirasi dan juga TSB agar tidak mempolitikan isu ini dan kitalah sebagai mahasiswa Melayu, Cina, India dan kaum lain sebagai golongan bebas dalam masyarakat yang perlu membetulkan suasana politik yang bercelaru pada hari ini”

“ Dan saya menyeru kepada semua mahasiswa untuk menolak politik perkauman dan kembali bersatu ke arah perubahan kehidupan yang lebih baik melalui pembinaan satu ketamadunan baru yang pro kepada kebajikan dan kemajuan rakyat,” tegasnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Penaja Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswa (JKMI), Saudari Danalecthumi A/P Langaswaran ketika dihubungi oleh wartawan GMUKM melahirkan kekesalan terhadap peristiwa itu.

“ Sudah hampir 52 tahun Malaysia merdeka, tetapi semangat saling toleransi antara satu sama lain masih gagal dipupuk walaupun pelbagai kempen telah dijalankan dan berjuta duit pembayar cukai digunakan ke arah itu”, ujarnya.

Beliau juga menyifatkan insiden itu akibat permainan parti politik yang meniupkan api perkauman hinggakan rakyat bawahan bertindak tanpa mengikut pertimbangan emosi.

“ Saya bimbang insiden ini akan membibitkan api perkauman dan seterusnya mengulang kembali kejadian 16 Mei dan juga peristiwa Kampung Medan tetapi saya yakin dengan corak politik baru hari ini, rakyat boleh berfikir mana yang lebih baik dan mana yang lebih buruk,” ujarnya lagi.

Pemimpin wanita yang lantang bersuara itu turut menyeru kepada mahasiswa India terutamanya di UKM agar bertindak mengikut rasional dan tidak memainkan api perkauman yang boleh memberi kesan buruk kepada negara ini.

Dalam pada itu, wartawan GMUKM sempat menghantar kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Saudara Chris Wei Kit berkaitan isu ini dan sms yang dibalasnya menyatakan terkejut dengan peristiwa itu dan menggesa mahasiswa bertindak secara matang.

Tegasnya lagi bahawa isu ini perlu disiasat dengan baik kerana melibatkan sentimen agama dan jika tiada jalan penyelesaian yang konkrit, ia mungkin akan menimbulkan bencana yang lebih dahsyat lagi.

“ Saya melihat perkara ini adalah permainan politik kotor untuk mengalihkan pelbagai isu dan saya menyeru semua mahasiswa tanpa mengira kaum untuk bersatu dan menentang politik perkauman yang sudah tiada tempat di negara ini, ujarnya dalam kiriman sms tersebut.

Isu perkauman sentiasa diwujudkan oleh parti politik dalam memenangi hati pengundi yang tertawan dengan isu ini. Di UKM sendiri, pihak CCC pernah memainkan isu perkauman apabila dalam risalah haramnya menyebut bahawa apabila GMUKM memegang PMUKM, segala Pesta Ang Pau dan upacara keagamaan lain akan dimansuhkan oleh GMUKM. Pertubuhan haram itu turut memuatkan artikel tentang perkauman dalam satu risalah yang agak tebal dalam tulisan cina. Pihak GMUKM pernah menghantar satu salinan risalah dan juga terjemahan kepada pihak TNC HEPA, tetapi sehingga ke hari ini, masih tiada lagi tindakan yang diambil terhadap isu ini.

Begitu juga dengan Tindakan Siswa Bersatu (TSB), mereka inilah yang selalu mendombakan semangat melayu dan menolak perpaduan sejati antara kaum. Golongan ini dipelopori oleh Timbalan Presiden PMUKM sekarang ini dan juga kuat di beberapa kolej seperti Rahim Kajai dan Kolej Ibrahim Yaakob. Maklumat yang kami dapat bahawa Graduan Melayu Muda (GMM) yang memiliki sebuah blog fitnah dan perkauman, yang selalu membuat pautan dengan blog GM. Dikatakan golongan ini adalah bekas kepada TSB dan mereka ini adalah alumni TSB yang seringkali memasuki kampus apabila menjelangnya pilihanraya kampus.

Mahasiswa UKM diseru untuk menolak politik perkauman kerana natijahnya lebih buruk daripada sedikit kelebihan. Bersainglah dengan sihat dan pada masa yang sama, semua kaum perlu menghormati antara satu sama lain dengan berlatar belakang sejarah dan populasi kaum di negara ini.



26 comments:

Anonymous said...

org yg buat bnd2 2 xde sivic minded..
jus pk tok kpntgn sndr je...

Anonymous said...

sama la cm GM..wat utk pastikn GM menang..bukan utk pastikan kabejikan mahasiswa

non-partisan said...

mende2 ni mgkn 1 kesilapan pelaku2 sume ni.
tambah pulak dengan report sensasi guna bhs mcm laporan ilmiah mcm ni..

memang nak bagi panas line suasana politik.
uish uish mntak settle le perkara ni.
jangan ade media2 sensasi pakai sentimen lagi kasi panas lagi line.
unite againts RACISM!!

Anonymous said...

hahaaha sbb org wat kat pakatan riot tu pasal arr GM tentang klu orang2 pakatan riot yg buat konfem sokong sratus pratus... oi GM penjilat PKR hahahaha

Anonymous said...

hmm agak la bile de phimpunan isa gmukm sokong 100% bile de prhimpunan cmni die tentang 100%
mmg gmukm tali barut anwar dlm ukm

Anonymous said...

GM kate faham sensitiviti agama.. tp bile bina kuil hindu besar 200m ngan surau penduduk islam tu plak ape jadah?? kate perjuangkan islam.. tp bengong... sampaikan fatwa ronnie liu lg korg sokong.. beer tu tak haram.. agak2nya budak2 GM senri yg nk beli.. tu pasal arr... xsokong arak di haramkan di selangor.. umat islam yg d luar klu di hina korg kuar beramai ramai.. tp bile umat islam d negara sendiri korg buat2 buta.. sbb ideologi korg berbeza.. dasar melayu bangsat.. mai la puak2 GM ngan aspirasi.. jgn dok bertengkaq nk jawatan.. mane2 brader2 FPI yg dikatakan mempunyai perjuagan islam? alahai.. xdaq teloq ke? kate dah d lantik jd pengerusi GAMIS hahahahah

Anonymous said...

pastu ape plak kene mengene pristiwa kepala lembu ngan TSB dan ASPIRASI.. nk buat fitnah ke?

Anonymous said...

Hahaha.. Kepala GM sama mereng mcm MB selangor kaki Hutang tu...

TSB, ASPIRASI, GGMM said...

fitnah, fitnah....gm x de teloq..hahahahahahahahaha..kowg wt ftnah je pndai...kowg mmg sokong puak kafir ni kn? klu ada owg nk buat kuil dlm ukm pun msti kowg setuju kn? jilat pungkoq anwar r kowg ni...bangang

GGMM said...

WOI..GGMM XDE MASA NK WT PAUTAN NGN BLOG BANGANG KOWG, GGMM BKN BACUL MCM KOWG, BKN PGKHIANAT BGSA MCM KOWG...GGMM RACIST UNTUK KAUM MELAYU, BKN MCM KOWG, GUNAKAN NAMA AGAMA JE TAU...TAUBAT LAH WOI!!!!

Anonymous said...

KEMERDEKAAN KE-53????????? HAHAHAHAHAHAHA...KE-52 LAH NGOK!!!!!KONON SMGAT KMERDEKAAN, KALI KE BERAPA PUN X TAU LG..HAHAHAHAHAHAHA...BODOH GMUKM!

Anonymous said...

ADOI..BANGANGNYA..KALI KE 53?????????????????????????

Anonymous said...

SEDAP JE CKP CCC PTUBUHAN HARAM? KOWG NI PTUBUHAN BERDAFTAR KE????????????

Anonymous said...

DUA DUA HARAM...
DUA DUA TAK BERDAFTAR...

YANG BERDAFTAR CCC DGN ISIUKM JE...

Anonymous said...

bdk2 aspirasi pengkhianat agama dan bangsa takyah komen la kalu x tau isu..

kuil tu dipindahkan dri seksyen 19 ke seksyen 23 yg mana kuil di seksyen 19 telah dibina pada zaman pemerintahan perasuah2 tegar BN dan dibina lagi dekat dengan rumah muslim kira2 50 mtr b'banding dgn tmpat baru ni iaitu 200m.

jadi mane yg kau nak bela??nk bela muslim yg mane jarak kuil dari rumah mereka +-50m atau 200m??

mane lagi zalim??membiarkan muslim di seksyen 19 yg kalau bukak pintu dah terang2 seberang jalan ade kuil atau membina di seksyen 23 dgn jarak kuil 200m??

jahil murakkab punye bdk aspirasi pengkhianat AGAMA dan BANGSA!!

Anonymous said...

wei makhluk busuk atas ni, Kalo BN rasuah, PKR lagi kuat rasuah nak2 cina & india dalam tu makan duit haram je, yg melayu lak tmpg sekaki, tu nak bina kuil tak amik kira org, janji duit masyuk.

seksyen 19 ramai kaum hindu la mangkuk xbace fakta ke, tu sbb bina kuil kat situ org kat seksyen 19 blh tolak ansur sebab masing2 m'hormati agama masing2 sbb jmlh pnduduk yang lbh krg sama, kat seksyen 23, 80% melayu india sikit je kat situ maka buat la kuil kat sekyen 22 apa kejadah nk wat kt situ sbb PKR nak makan duit rasuah kasi perut buncit

sape yang jahil GMUKM la, wat entri xtau fakta die main belasah je

Anonymous said...

betul gerakan merapu xtau fakta.. asik2 nk ulas mintA pandangan bos depa yg dah terang2 berat sebelah hahaha oi mengaji xabes lg die tu.. ckp je byk fakta xde..tu lecturer byk xmai dtg cari depa.. GM PENGKHIANAT ISLAM.. TAKEBEER..

Anonymous said...

K.A.M.I( KUMPULAN MAHASISWA ANTI ISLAM )

Anonymous said...

SAPE LAK ANTI ISLAM NYA?

Kadar baru sewa PPR Selangor membebankan said...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor digesa menimbangkan semula kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diumumkan Oktober tahun lalu kerana ia membebankan penghuninya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, kadar sewa yang dinaikkan daripada RM124 kepada RM250 sebulan itu tinggi dan membebankan golongan berpendapatan rendah.

“Kami menerima banyak aduan sebelum ini, seperti penduduk di PPR Kota Damansara yang membantah kenaikan itu.

“Kenaikan itu menyebabkan ada antaranya yang tidak mampu menjelaskan sewa bulanan sehingga tertunggak mencecah ribuan ringgit.

“Malah ada penduduk mendapat notis peringatan dan notis untuk keluar rumah akibat gagal membuat pembayaran seperti yang diminta,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Anonymous said...

ko mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...
agar dpt ku lalui dengan sempurna..
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......

ku mengharap pada Allah kita semua diberi peluang untuk bertaubat untuk menginsafi kata2 kesat yg dilemparkn dalm blog yg aku sayangi ini..

teruskan membongkar kezaliman UMNO sepuya masyarakat tidak lagi tertipu


I LUV GM

Anonymous said...

harap juga GM menginsafi kata2 fitnah yg d lontar melalui blog ini..

syed muhammad said...

x de isu kuil 200m dari masjid...
makkah sebelum ditskluk islam berhala sekeliling kaabah...
nabi sembahyang rileks jek...
200m nak kecoh...
kuil batu cave x nak kira berapa ratus m dari surau?
bila dgr nak pindah kuil terus bawak pita pengukur kira berapa ratus m dari masjid...
grow up...

Anonymous said...

aku penah tanya dgn sorang puak pas tegar, bapak dia kuat pas gile.pasal geng dap kutuk islam,"go to hell with ur fucking religion"..aku tanya pas respon ke?dia cakap tu semata2 nak alihkan isu org dok baca anwar kena bicara.leh pakai ka?ingt islam leh main2 ka?guna islam,kutuk islam semata2 kepentingn politik dorg.aku mmg mrg kt pas.tp seteruk aku rasa nk bunuh je dap tu.aku mmg caya lgsg kat cina. kapir,kt ne2 pon sama.mak pak dorg dah ajar ank dorg dr kecik supaya hipokrit dgn melayu,buat2 baik.kat umah ckp,ko belaja rajin2,jgn jd cm melayu,bodoh2 pon leh masok u.bila ko masok u, jgn biar bg budak mealyu lebih.tp budak melayu kita baik sgt,nota kita bg,tp kalo dorang?haram bg aii..dap ka mca ka sama ja..yg penting cmne org islam nk bersatu supaya agama lain dh tindas dan kutuk agama suci kita.kita kan kaco dorg.kita wajib lawan bila dorang serang.isu kepala lembu cmtulah.dah byk sgt.ada aku sembg dgn fuu student,dia cakap,kan orang terjun taik,kita nak wat gak.memangla..tp ni soal agama yg dimainkan,bukan isu hak melayu ke apa.agama islam.cangak lg,lawan lah!!!!

Anonymous said...

sengal, kalu time kita solat, bunyik loceng kuat2 cz dkt... lame2 gaduh jgk... pk guna akal yg dikurniakan lah... nak wat dkt2 mmg x de masalah, tp bile dah digunekan tu yg masalah... tp x perlu la letak kepala lembu, cz ia bleh jd agenda sesetengah pihak yg suke menda ni blaku...

kishor said...

Penduduk yang buat perkara sebegitu tidak boleh dikategorikan didalam kalangan orang islam kerana prinsip islam TIDAK sama sekali bersetuju dengan perbuatan menghina agama lain. Kawasan yang dicadangkan oleh kerajaan adalah 200 meter jauh dari kawasan penduduk. Apa salahnya membina satu tempat ibadat untuk penganut agama lain. Najib mendamba dambakan konsep 1Malaysia setiap hari. Bila masalah ini, berlaku, dia duduk senyap. Wahai najib. Kalau setakat duduk dan minum kopi dengan melihat orang selisih faham, tak payahlah mengiklankan konsep 1Malaysia ni. Lebih baik introduce konsep 3 Malaysia. 1 Melayu 1Cina atau 1India Habis cerita

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !