Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, August 20, 2009

UKM Ditutup Seminggu?



“Penularan simpton virus Influenza A H1N1 di UKM semakin serius tetapi di kami tiada jawapan untuk menyatakan ada mahasiswa UKM terkena virus ini !”

Itu reaksi awal yang diperolehi oleh wartawan GMUKM ketika menerima ulasan daripada salah seorang Pembantu Perubatan berstatus Doktor di Pusat Kesihatan UKM minggu lalu.

Tambah Doktor itu lagi bahawa wabak ini hanya akan berakhir sekurang-kurangnya enam bulan lagi dan kami tiada jaminan bahawa wabak ini tidak tersebar kepada mahasiswa UKM.

Wartawan GMUKM turut berkesempatan menemubual Saudara Phoon Kar Liang, MPP Fakulti Undang-Undang berkaitan isu ini dan beliau melihatnya sebagai satu isu besar yang perlu difikirkan bersama oleh semua pihak.

“ Saya sebenarnya masih tertunggu-tunggu sebarang pengumuman daripada UKM tentang wabak ini dan berharap agar keselamatan mahasiswa diutamakan berbanding perkara lain.

Tambahnya lagi bahawa beliau menyarankan agar pihak UKM mengkuarantinkan UKM selama seminggu agar wabak ini tidak memberi kesan kepada kesihatan mahasiswa.
Sebelum ini tersebar khabar angin bahawa pihak UKM akan menutup UKM Kampus Bangi selepas berlangsungnya Majlis Konvekesyen (18 Ogos) tetapi hingga ke hari ini, masih tiada notis berkaitan perkara tersebut.

“ Kalau kita lihat di PK (Pusat Kesihatan) sekarang, memang ramai mahasiswa yang mengalamai simpton wabak H1N1 ini sedang menerima rawatan dan pihak GM bimbang bahawa wabak ini akan menular di UKM”, ujarnya yang juga merupakan pemimpin GMUKM.

Dalam kenyataannya lagi turut menyebut bahawa langkah paling selamat adalah UKM ditutup untuk tujuan pembersihan dan mengelakan virus ini mengorbankan mahasiswa UKM sendiri

“ Saya juga ingin menyeru kepada rakan-rakan Aspirasi untuk sama-sama turun padang membantu mahasiswa UKM dalam menghadapi wabak maut ini yang telah mengorbankan hampir 60 orang lebih rakyat Malaysia”, tegasnya.

Phoon turut menambah agar MPP Aspirasi wajar mencontohi MPP{ GMUKM yang aktif menyedarkan mahasiswa tentang wabak maut ini.

Penularan virus Influenza A H1N1 di Malaysia setakat ini sudah mengorbankan sebanyak 64 nyawa. Di UKM sendiri, pihak pentadbiran dikatakan tidak menafikan wujudnya wabak ini di UKM tetapi keputusan sama ada ingin tutup atau tidak kampus, ianya bergantung kepada pihak Naib Canselor. Sebelum ini, telah tersebar luas khabar angin dalam kalangan mahasiswa UKM bahawa pihak pentadibiran bersedia untuk munutup universiti ini buat kali pertama selepas Majlis Konvokesyen yang telah berakhir 18 Ogos yang lalu.


25 comments:

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Di sini saya ingin memberi komen atau mungkin lebih kepada menegur sikap para pelajar dan juga sesetengah warga kakitangan UKm sendiri.

Isu tentang kuarintin ni da lama dikatakan. ada yang kata sbb ada student kene H1N1 maka kene tutup UKM seperti universiti lain. Kita lihat dari sudut lain pula, warga yang aktif mencanangkan bahawa UKM tidak prihatin sbb tak bagi cuti, kutuk UKM tak ambil langkah berjaga-jaga. Adakah kutukan itu dgn ikhlas nak mengatasi H1N1? atau sekadar nak cuti? Nak balik KG? Nak elak presentation? Atau sekadar nak buat provokasi supaya student kecoh?

Kalo kata kita betul2 prihatin dan ambil sedikit masa untuk berfikir, kita tahu bahawa menutup UKM a.k.a. cuti bukanlah langkah yang bijak. Kalau betul nak tutup semua balik KG, adakah kita boleh memastikan yang 20000 pelajar UKM ini akan duduk di rumah? sudah pasti tidak, dan kebanyakan pasti akan meluangkan masa untuk "bercuti". Pergi shopping... yela... tgh sales ni.. Lepas habis cuti semua balik UKM... Maka berkumpullah semua penyakit dari seluruh malaysia ke UKM semula... Dan sia-sialah cuti itu dibuat... Ini memamg terjadi di universiti dan sekolah yang pernah ditutup dulu.. Dan paling teruk jika kita membawa virus2 ini kembali ke rumah... habis semua sekali ibu bapa adik abang kakak kita bagi penyakit ini... Dan kes ini pernah terjadi juga yang mana pelajar balik dan adik beradiknya dijangkiti H1N1...

Kita harus ingat H1N1 bukan setakat memakai Mask sahaja... Kita kena sedar yang virus ini da jadi kategori virus tempatan, boleh jadi kita semua sebenarnya sedang membawa virus ini tetapi tidak jatuh sakit... Kita harus ingat bukan bermakna kita sakit barulah ada virus ini... Ia bergantung dengan daya tahan badan masing2.. Boleh jadi kita membawa virus ini sepanjang masa, tup..tup.. kita salam dengan member2 kita da kita sebarkan virus ni, kalo member tu pula tak kuat daya tahan atau ada penyakit lain, maka jatuh sakitlah member kita ni..

KALO BETUL KITA PRIHATIN...

Sini kalo betul kita ni ambik berat giler pasal H1N1 ni... Kita terus g admin cadangkan untuk kuarintin UKM SEPENUHNYA.. tutup semua pagar, halang semua dari keluar dan masuk UKM.. Dalam seminggu tu buat tinjauan di seluruh kampus dalam bangi ni... Takde kuar mamak... takdak g tengok wayang... takdak g MCD PKNS tu... tu barulah KUARINTIN yang sebenar...

Tapi pasti lepas tu pula banyak komplen... UKM bodoh lah... Kejam lah.. Tak prihatinlah... Yelah.. orang yang kuat komplen dan tunjuk prihatin ni slalunya komplen sebab niat lain... TAK IKHLAS... CARI SALAH MMG SENANG, MEMBERI CADANGAN ATAS PERMASALAHAN TU YANG JARANG KITA BUAT...

Kita harus INGAT, kita bawa cerita2 dari mulut ke mulut(bukan CPR yek), kalau lah cerita itu tidak benar, dan kita jadi salah satu medium untuk sebaran cerita itu dan seterusnya menyebabkan AIB... maka benda tu kita kategorikan sebagai FITNAH... Dan fitnah tu apa adik-adik? FITNAH TU LAGI BESAR DOSANYA DARI MEMBUNUH...... maka ramai lah SHAREHOLDER dalam saham MENFITNAH ini... Dan saham paling besar dalam kes2 fitnah ni adalah melalui BLOG... yelah orang baca blog ni bukan semua matang dalam berfikir... lagi2 tgh muda mudi ni.. Yelah darah muda.. Asal ada je benda boleh komen... JOIN.... asal ada je benda boleh manfaatkan diri... JOIN!!!

Maka bila kita nak buka suara, nak bercakap, nak komen... Fikirkan lah dahulu... Cari dari SUMBER sebenar.. Kalo tak pasti jangan tulis, jangan tanya... Sebab tanya ni kadang2 boleh disalah fahamkan... ayat "betul ke UKM tutup?".. tapi orang yang mendengar mentafsir "UKM tutup weh... YEHA!!!"... Yela kemahiran mendengar dengan berfikir orang2 kita ni kan kat level gitu2 je...

MAKA DISINI SAYA NAK MENYERU... BETULKAN NIAT SEBELUM BERKATA... YANG PENTING SEKALI NIAT TU...

Banyak pula taip kat sini... takpe... lain kali kita sambung lagi...


FIKIR-FIKIRKAN LAH.... DAN SELAMAT BERAMAL....

hamba Allah said...

saya penyokong GM. tapi apapun sy setuju ngan statemen kat atas tuh. mmg bernas. btollah tu. kalau nak kuarantin biar kuarantin btol2. kalau stakat balik kg then lagi sebarkan virus lagi naye. nauzubillah.

Anonymous said...

Nk tnya..Adkah pihk UPSI, UPM, USM, USIM, UiTM, KUIS, dll lain kampus, ditadbir oleh orh yg bodoh, yg x crdik. Knp mereka ttp univerSITI? UTK BErSIH KESAN2 WABAK H1N1. Cuti bukn bermkna kt cuti smt2, ttp lebih kpd lgkh pmbersihan virus2 kat bilik kuliah. Satu lg, UKM adalah tmpt berhimpn ramain org, percentage utk kn wabak ini lbh tinggi berbnding duduk di rumh. Mncgh lbh baik dr mngubati.

Anonymous said...

Aku sokh gm..krn ak thu diorg buat smua ini dmi kbaikan student ukm. Ak nk cuti..dh 1 bulan asyk demn2 shj. - Budk Aspirasi KIY

jini said...

APE2 JE LAH KORANG NI..
DOA BANYAK2 MAK AYAH KITA KAT RUMAH
TU SELAMAT.
OK?

Anonymous said...

korang ni. jgn asyik harapkan usaha oleh pentadbiran ukm utk cegah wabak selesema babi. korang sendiri yg wajib jaga kesihatan masing2. bukan harapkan ukm. baik korang beli & pakai topeng, banyakkan cuci tangan dan mulut dll sebagai langkah pencegahan. ukm memang lembap dlm isu kesihatan pelajar. so, korang kena gerak sendiri. paham???

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Untuk pengetahuan... Nak cakap universiti yang da tutup tu bodoh takjugak... Tapi mereka mengakui tindakan tutup Universiti tu tidak berkesan... Kalo setakat cakap tak kaji buat pe? Pergi tanya kat U tu.. Brapa banyak yang bawak balik penyakit ke rumah... Even ada beberapa kematian berlaku... Ko ni jenis nak mak bapak ko mati ke?

Dan kebanyakan Universiti da mengakui cara UKM berkesan... Lagi satu kalo tutup universiti... pastu "CUCI" ... korang yang balik seminggu enjoy2 tu balik UKM bawak semula penyakit tu... ADA PAHAM??

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Point paling penting... SAPA BOLEH JAMIN KALO BUDAK 20000++ KAT UKM NI BALIK RUMAH THEN TAK KELUAR LANGSUNG????
KE ITU SATU ALASAN LAGI UNTUK NAK CUTI??? TANGGUH EXAM??? TANAK BUAT ASSIGNMENT???

Macam saya tulis tadi... NIAT TU PENTING....
BUKAN BUAT KEPUTUSAN MEMBABI BUTA JE???
KITA KIRA BRAPA BANYAK STUDENT ANTARABANGSA KAT UKM... STUDENT BORNEO LAGI???
KO NAK TUTUP UKM PASTU LETAK DORANG MANA???

BUKAN NAK KATA KO BODOH... CUMA KURANG BIJAK SKET JE... FIKIR SECARA MENYELURUH... BUKAN IKUT NAFSU....

SEKIAN...

Anonymous said...

Salam..aku asyik perhatikan knytaan Manusia Ini Kawan Engkau. Sedp mult dia je kt kita student UKM malas blja..suka pontg..bodoh..Ini msti ahli aspirasi yg cb tegakkan benang yg basah. Tp pnuh ekor pnuh dgn tahi. Ni ke mahasiswa..kATA ORANG LAIN boDOH.

Isunya di sini ialah kuarantin..Bukannya nak balik kg. Kalau ad simpton H1N1, msti kn kuarantin kt UKM jga. Cb tnya kt student UKM, brp ramai yg minta cutui..krn mereka dh letih berperang dgn wabak maut ini. Demam, sakit badan , batuk dll lain lg, slalu menimpa mereka sejak dua bulan ini. Klau masaih xda cuti, mrk pun lmh nk lwn wabak ini. Tmbh2 dgn berita menakutkn ttg kematian yg berpuluh2 berlaku di Malaysia ini.

Ak lihat komen Manusia Ini Kawan Engkau lebih kepada mengampu..dan takde hujah yg konkrit. Lebih kpd emosi. Pasal student antarabangsa, bl pg cuti, diorg xla blk ke hometown masg2. Cukp la duduk kat UKM. Mslhnya nk buat proses mitigasi, peredaan. Nk bersihkan bilik kuliah yg dh tercemar. Smua tahu yg virus ni hanya berthn dlm ms 3 hri sj dlm sesuatu tmpt.

Satu lg ak x puashati ialah MPP Aspirasi. Diorg mmg btul2 pemalas. Wooiiii..ak x halal satu sen duit ak yg korg dapt dr yuran ak. Korg xbg ksedrn ttg wabak maut ni. Tak bg pressure pd pihak UKM ttg kbjikn mhasiswa. Kalau ini lh gy seorg MPP, lbh baik ak pilih kera-kera di hutn dlm prk lalu. Kera ni walaupun tak buat kerja, tp lebih baik krn tak makan duit org lain..Mcmana nak jadi, inilh yg mnybbkn universiti kt sllu terkeblkang..krn prgngai Aspirasi yg mandomkn universiti.

Kpd manusia Ini Kawan Engkau..aku nk bg soalan cepu mas, adakh kamu akn bertanggjawab jika student UKM tb2 mati krn wabak ini. Kalau dpt cuti. at least mereka dpt balik kg. dan dapat lihat keluarga mrk..sblum wabak ini mrebk dan mnybbkn kematian..terutmanya di UKM (minta dijauhkan)..Fikirknlh mahasiswa yg bukn bodoh spt yg dikatakan olh Manusia Ini Kawan Engkau.

amat marah!!!! said...

kpd manusia ini kawan engkau, percakapan seolah-olah menghina kesemua 20,000 pelajar ukm. sanggup kamu menuduh mereka bahawa keinginan bercuti adalah untuk balik kampung bersuka ria, tidak ingin hadir kuliah dan elak buat assignment dan sebagainya. anda telah menghina seluruh pelajar ukm dengan tuduhan ini. hanya untuk mempertahankan keputusan ukm untuk tidak tutup, kamu sanggup menyalahkan seluruh warga pelajar ukm. saya tuntut kamu keluarkan kenyataan meminta maaf di posting ini.

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Encik amat marah, Encik tak bernama...

Ada baca habis ke?

Ke baca tajuk terus nak marah?

Apa yang saya tulih tu.. takdak megampu... Just tulih panjang lebar ttg kemungkinan2 yang ada.. ke KORANG NI NAK CUTI JE... BANYAK SGT ASSIGNMENT KE?? KE TANNAK AMIK MIDSEM???

Kalo tiada masa nak baca(ada midsem kot) takya komen... Kang rasa bodoh pula komen benda yang betul... Kan ditulis JIKA.. DAN kemungkinan...
Ada amik subjek RISK MANAGMENT TAK???
Kalo kita lepaskan 20000 ni balik... Ko boleh ke jamin dgn NYAWA MAK BAPAK ko yang dorang ni semua dok lepak kat rumah je???
Lagi kan da ada bagi kemungkinan lain??? BUDAK INTERNASIONAL DGN BORNEO nak letak mana???

ADA PAHAM??? Lain kali baca dulu ye... Kalo tak mesti rasa bodoh je komen mcm tu..

Suke dgn blog mcm ni... Bebas bagi komen... Maka kita bolehlah nilai tahap kepala otak org.. Tahniah GM.. Kurang2 pun blog ni lagi aktif dari ASPIRASI nuh...

Incik Admin.. Leh tak kita letak survey(poll) kita tgk student nak yang mcm mana?

A. Tutup UKM bagi balik cuti (maksudnya sendiri tanggung lah kalo jadi apa2 kat luar tu..)

B. Kuarintin dalam UKM (Biar pemeriksaan dilakukan menyeluruh tanpa bagi sesiapa keluar masuk... tannak risiko)

C. Blajar trus je... (apa salahnya... kat UKM PK ada.. kat rumah tu.. ada yang tinggal nuh dalam KG jauh dari hospital... So kalo sakit g PK je..)

Encik takdak nama... Try pikir sat... Kalo lepas kita bersih kan bilik kuliah... Bagi budak Cuti... Pastu balik UKM semula... Rasa2 virus tu ada semula tak? pikir sat... AiK? ada semula kan... sebab budak2 bawak dari tempat masing2... Kalo gitu kita buka ukm 4 hari g kuliah.. then kita cuci 3 hari... So boleh lah korang2 yang malas gi kelas ni cuti tiap minggu kan? LOGIK???

Okey... Sok jgn lupa terawih.. Jgn guna nama H1N1 ni tannak gi kumpul kat masjid lak...

Okeh... KITA FIKIR2KAN... Dan SELAMAT BERAMAL SEMUA....

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Owh kawan2.. ada sesapa tak yang boleh bagi cara atau alternatif lain?? Kita bincangkan bersama...

Tak bosan ke asyik komen tapi tak bagi alternatif???

Jom kembangkan minda bersama-sama....

Okey tak cadangan ni....

dan lagi sekali....

KITA FIKIR2KAN... Dan SELAMAT BERAMAL SEMUA....

Anonymous said...

pada pendapat saya..tutup ukm bukan satu langkah yg bijak dan bersetuju dgn pendapat manusia ini kawan engkau...kuarintin satu ukm pun bukan jalan terbaik kerana akan melumpuhkan semua sistem yg ada (pendidikan, ekonomi & sosial)...mencegah wabak ni perlukan kesedaran yg tinggi terhadap kebersihan spt..pakai mask, guna tisu/sapu tgn ketika batuk dan bersin..sentiasa cuti tangan dgn sabun...kalau semua pelajar praktik kan langkah tersebut insyallah wabak tersebut dpt dicegah...TQ

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Yeahh Sedara/sedari...

Akhirnya ada yang bagi komen rasional dan berilmiah sket...

Kesedaran paling penting... Sakit sket pun pergila PK...

Pakai mask...

kuarintin diri sendiri...

Kita FIKIR2KAN... Dan SELAMAT BERAMAL SEMUA....

Dan macam jadi tagline pulok da... :D

Anonymous said...

Hek eleh..Manusia ini kawan engkau dan anymous adlh rkn kongsi..smuanya geng Aspirasi. Cb ko dua org tnya student UKM, brp rmai yg nk cuti. Ko je xnk cuti..Sbb slalu tuang class. Isu skrg adlh proses mitigasi..kn kuarantin..Nk redakn virus ni..Jd mmg kn cuti.,Adkh nc di UPM< USM, UITM dll adlh org yg bodoh? Jwb ya

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Encik takdak nama... Try pikir sat... Kalo lepas kita bersih kan bilik kuliah... Bagi budak Cuti... Pastu balik UKM semula... Rasa2 virus tu ada semula tak? pikir sat... AiK? ada semula kan... sebab budak2 bawak dari tempat masing2... Kalo gitu kita buka ukm 4 hari g kuliah.. then kita cuci 3 hari... So boleh lah korang2 yang malas gi kelas ni cuti tiap minggu kan? LOGIK???


Ni da taip dua kali ni...

Kalo tak paham ntah la..
Ada kene tulis NC tu bodoh ke?
Just cakap dorang da pernah buat mcm tu.. balik U ada lagi kes H1N1.. so just cakap cara kurang berkesan... Sebab tu nak minta altenatif lain... Ni nak cuti ni mesti sebab ko ni budak tak study kan? Takut Assignment dgn Midsem... Nak guna alasan utk cuti... Haha..

Tak kisah geng aspirasi ke geng M ke? Korng melayu sama melayu gaduh aku tak kisah...
Aku just nak web blog ni kalo blh kita banyakkan bagi komen then cadangan.. Biar ilmiah sket.. Bukan kutuk kosong je...

dan lagi sekali....

Kita FIKIR2KAN... Dan SELAMAT BERAMAL SEMUA....

Aku cakap fikir2kan tu sbb rasa korang ni taip tak pikir... cakap beramal tu supaya korang ingat sket.. Ilmu tu Ibadah... Kongsi ilmu dan buah fikiran tu kira benda berilmu la..

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Lagi satu.. Tau tak proses kuarintin tu ape?
Kita kuarintin lah dalam UKM... Tak ke proses mitigasi tu?
Tu cadangan... Ko balik rumah... Ko bawak virus dari UKM ke rumah... Sbb tu kalo ko setuju kuarintin maka kita kuarintin je kat UKM.. Takya bagi kat family virus ni...

Tak sayang MAK BAPAK ko ke? Ke mmg saje je nak bawa balik penyakit nak bunuh dorang?

Just nak cakap, semua benda ada risiko.. So bila bagi cadangan sbb tu saya bagi kemungkinan2 yang ada.. Ada pro n cons..

Ada paham?

Orang yang niat lain mmg akan komen je tanpa fakta... Yela... nak sgt cuti... blh balik... Haha.. Boleh lari dari assignment... Lari dari Midsem... Cakap lah banyak mana pun Niat tak betul.. Sampaikan fakta mengenai Kuarintin dgn mitigasi pun tak paham...

Dan lagi sekali...

Kita FIKIR2KAN... Dan SELAMAT BERAMAL SEMUA....

:D

SYABAS GMUKM!!!! said...

blog gm kebelakangan ni i tengok semakin rancak dengan komen dalam posting2 yang terbaru. bagus macam ini. kita tak kisah komen tu setuju ataupun tidak setuju dengan posting. kita tak kisah kalau komen tu puji atau hentam gmukm dan aspirasi. yang penting kebebasan bersuara diberikan. macam mana pun, syabas kat gmukm atas inisiatif ini. i tengok blog aspirasi tak de posting langsung. orang pun malas nak tengok. apatah lagi komen. sama-sama kita pertahankan hak bersuara yang sememangnya cuba diperlekehkan pihak aspirasi.

Anonymous said...

kalu UKM tutup.... bile agaknye nak ganti kelas2 yg kite "korbankan" utk kuarintin??? cuti raye??? cuti semester???? bila lagi???? pasti ade sebab UKM x ditutup. ure2 mengatekan bahawa UiTM nak tangguh 1 semester sebab kes h1n1. tak ke rugi bgi semue pihak. kalu hantar pelajar ke rumah, bkn kah family pelajar juge lagi berisiko terdedah kepada virus 2.
setiap bende ade kebaikan dan keburukan. kalu pelajar ditetapkan di Universiti, sekurang2 nye virus dapat dikawal di kawasan yg terperinci.
fikirkanlah wahai mahasiswa/i UKM. renungkanlah....
salam...

Anonymous said...

hmm buat pengetahuan anda semua di kolej keris mas sudah ada satu blok khas untuk pelajar yg kene kuarantin...blok khas kepada suspek dan pengidap h1n1.. jadi sesiapa yg dah diarahkan oleh PK untuk kuarantin maka dia kene la patuh... dan sesiapa yang rasa ada demam, batuk dan selsema cepat2 la pergi PK..tuan bukhori nor safian

FaDhLi said...

Saya rasa terpanggil untuk meninggalkan sedikit info untuk direnungkan bersama dan didiskusikan.

Ada betulnya apa yang diperkatakan oleh "Manusia Ini Kawan Engkau". Walaupun ada beberapa perkataan kasar yang saya tidak gemar, namun faktanya tetap ada. Minta saudara/i dapat menggunakan perkataan yang lebih enak dibaca.

Pada pendapat saya, jika kuarantin terpaksa dibuat, adalah lebih baik untuk kuarantin di UKM berbanding membenarkan pelajar pulang ke rumah. Cubalah google kenapa diberi tempoh 1 minggu itu.

Kuarantin ini pernah dibuat di KTSN. memang ramai pelajar bersungut tetapi ia memang terpaksa dibuat atas arahan daripada jabatan kesihatan. saya telah bertanyakan pendapat beberapa doktor yang arif dalam bidang public health ini dan beliau kata memang sepatutnya dilakukan kuarantin institusi, bukan membenarkan pelajar pulang ke rumah.

Saya masih ingat peristiwa 2 hari sebelum ktsn dikuarantin di mana seorang doktor mengatakan tidak perlu panik sebaliknya bertindak dengan bijak. anda perlu tahu fakta H1N1 sebelum membuat kenyataan. saya tidak nafikan saya juga agak panik kerana ia merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan masalah pelajar2 perubatan di ktsn. sebagai ydp persiap, ia memang sesuatu yang menggusarkan apabila anak2 buah dilanda masalah.

apapun, tahniah buat ktsn atas langkah drastik yang telah dilaksanakan. dan juga tahniah kepada ktdi atas langkah2 pencegahan yang dilakukan, walaupun tidak agresif, tetapi mencukupi.

fakta penting yan perlu anda tahu ialah H1N1 ini infectious (mudah menjangkiti) tetapi tidak berapa virulence (memudaratkan), kecuali kepada pesakit2 yang immunocompromised (ada masalah imun sistem cthnye AIDS) dan ada commorbid illness (contohnya asma, kencing manis) serta yang berada dalam extreme age (bayi, kanak2 dan org tua).

satu fakta lagi ialah telah ramai yang sebenarnya membawa H1N1 ini tetapi tidak menunjukkan simptom kerana ia tidak virulence kepada mereka (rujuk sebab2 di atas).

fakta2 lain saya rasa anda perlu google.

http://h1n1.moh.gov.my/TechnicalPresentation/H1N1%20MMA%20mitigation%2021July09.pdf

maaf kalau link atas ni tak boleh guna. sebab terpaksa tulis satu2. kalau tersilap taip, maaf. (kenapa ya perlu disable fungsi copy and paste..hurmm...)

maaf kalau ada salah fakta. silakan perbetulkan saya jika saya salah. tq.

Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi
YDP PERSIAP

FaDhLi said...

Oh ya. Satu peringatan sebagai langkah pencegahan. Jangan tuduh saya memihak kepada mana-mana pihak. Dan tidaklah perlu untuk melabel saya. Saya bukan penyokong dan ahli aspirasi mahupun GM. Saya adalah pemerhati sahaja. Dan bila tiba PRK, saya akan undi berdasarkan calon, bukan aspirasi mahupun GM. Dan undi saya adalah rahsia. terima kasih. Selamat berpuasa!

Manusia Ini Kawan Engkau said...

Akhirnya ada budak yang betul2 layak bercakap bagi pendapat...
TQ bakal Dr..

Kita FIKIR2KAN... Dan SELAMAT BERAMAL SEMUA....

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !