Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, August 25, 2009

Wabak H1N1 : Dua Kematian Mahasiswa UKM??


Gempar..Wabak H1N1 telah meragut nyawa tidak kurang dua orang mahasiswa UKM sehingga hari ini. Ini bukannya satu khabar angin tetapi merupakan penyataan yang keluar dari jururawat Pusat Kesihatan UKM apabila ditanya tentang statistik wabak ini di UKM oleh wartawan GMUKM.
" Ini bukannya khabar angin kerana apabila saya bertanyakan kepada jururawat terbabit sama ada betul atau tidak dua orang mahasiswa UKM meninggal dunia kerana wabak ini, jururawat itersebut menggelengkan kepala dan memberitahu lebih dua orang mahasiswa UKM telah meninggal dunia kerana wabak ini”, ulas wartawan terbabit.

Menurut wartawan itu lagi bahawa jururawat itu turut mendedahkan bahawa kes H1N1 semakin meningkat dan sudah ramai mahasiswa UKM yang kena kuarantin sama ada oleh pihak PK mahupun poliklinik Bangi dan hospital-hospital lain. Bahkan pihak Pusat Kesihatan sendiri terpaksa mewujudkan kaunter khas di Wad Kecemasan bagi membendung penularan pendemik berbahaya ini.

Tinjauann wartawan GMUKM ke Kolej Keris Mas turut mendapati bahawa Blok K 3 D (Blok mahasiswi) turut dikurantinkan dan kira-kira 11 orang mahasiswi sedang berada dalam pengawasan pihak Pusak Kesihatan.

Sebelum ini, blog ini turut melaporkan bahawa terdapat anggota PALAPES UKM yang dikuarantin dan ada juga mahasiswa FPI yang kena kuarantin di Hospital Johor Bharu.

Maklumat yang kami perolehi juga menyatakan bahawa terdapat mahasiswa dan pensyarah yang terpaksa dikurantinkan di rumah masing-masing bagi mengelakkan wabak ini menular ke dalam UKM.

Wartawan GMUKM turut berkesempatan menghubungi Saudara Chris Wei Kit, pimpinan GMUKM berkaitan isu ini dan beliau dengan nada kesal menyarankan agar UKM ditutup secepat mungkin bagi membendung penularan wabak ini.

“ Kami (GMUKM) sebenarnya amat berterima kasih kepada UKM atas langkah pencegahan yang dilakukan tetapi kami mendengar suara majoriti mahasiswa yang sudah tidak tahan menghadapi wabak ini dan meminta agar pihak UKM terutamanya pihak NC untuk mengadakan cuti bagi meredakan penularan wabak maut ini di sini,” ujarnya lagi.

Setakat ini, statistik yang dikeluarkan oleh Kementrian Kesihatan telah mencatatkan 69 kematian di Malaysia dan terbaru adalah semalam apabila satu lagi kematian akibat wabak H1N1 yang membabitkan seorang wanita berusia 38 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa wanita berkenaan pada mulanya mendapat rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos lalu dan ujian mengesahkan beliau positif Influenza A, tetapi tidak diberikan rawatan ubat antiviral dan Llima hari kemudian beliau mendapatkan rawatan di hospital swasta pula selepas mengalami kesukaran bernafas dan cynosis, sebelum dirujuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dan sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau juga turut berkata hingga semalam, sebanyak 306 kes baru dicatatkan dan menjadikan jumlah pesakit yang dirawat di 85 hospital kepada 1,455 pesakit. Daripada jumlah itu, Liow berkata lagi bahawa , 285 pesakit disahkan positif H1N1 dengan 39 pesakit dirawat di ICU membabitkan pesakit kronik, obesiti, diabetes, kanak-kanak dan bayi, sindrom down. Wartawan GMUKM berharap agar statistik ini mampu menggerunkan mahasiswa UKM dan ambillah langkah pencegahan kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

19 comments:

husin said...

salam...
saya bru pergi ke PK semalam..
namun tdk ad tanda2 wabak semakin meruncing..

saye mohon pihak berkenaan sila beri saye peluang untuk berjumpa dgn jururawat berkenaan krn tdk mustahil beliau juga mahu cuti...

SALAM PENCERAHAN

kesal dengan ukm!!!! said...

mungkin ukm nak tunggu pelajar mati sehinga 20 atau 200 orang baru nak ambil langkah pencegahan yang serius. sekarang pelajar baru mati 2 orang. tak cukup parah nak menyedarkan pentadbiran ukm yang lembap....

Anonymous said...

yg nie lg satu..kalo kita x de bukti baik x yah tuduh..isu h1n1..itu isu universiti..kalo apa2 hal universiti yg bertindak..lg satu,kalo bdk 2 bkn pelajar ukm mn diorang nak bertindak..

Anonymous said...

jururawat mne ekh yang ckp nak tau gak ntah2 gmukm wat cerite je ni, ttup bkn lngkh sebaiknya, kite cuti smnggu, bile kite blk sni wabak tu still ada bkn trus ilang, ini semua sbb korang semua dah kemaruk nak cuti ekh..

Anonymous said...

tak baek menipu bulan puasa...

aku baru je g pk semalam xde pun kaunter khas kat tempat kecemasan.. org yg g pk kene wat ujian saringan dpm pimtu pk je.. xyala mengada2kan crite wahai GM.. klu nk cuti sgt korg jela cuti..

Anonymous said...

jgnlah mempolitikkan isu.. skang korg perjuangkan isu cuti h1n1 plak.. dah xde isu ke?? isu yuran korg nk cuba tipu bdk 1st year xberjaya.. dahla bek kt tmbh amalan kt dlm bulan ramadhan nie..

Anonymous said...

geram je baca bnd cmni...mmg la wabak 2 bhaya..tp skrg ni da krisis sgt ke kt ukm..jururawat 2 ntah btol ke x??agak2 dia pown nk cuti sma je dgn bdak GM ni,..korg taw x, bila da cuti, pmblajaran lg pack,..cuti mid sem slp2 bley krg...sma je cuti awal ke lmbt,.kalo cuti 2 ada, wabak H1N1 ni abis tros ke...nmpk sgt la korg ni gla cuti..rindu kmpg pown agak2 la..

Anonymous said...

Sape nama student yg mati tu..kat TV takde pulak kata antara yg 70 mati tu budak UKM...korang suka buat andaian...

salam ramadhan said...

salam...
sy nk kongsi sikit la psl isu ini..kt xperlulah utk memperbesarkan isu cuti ini..eventhough ukm xberi kt cuti kementerian kesihatan dh nyatakan bahawa cara terbaik utk elakan virus ini adalah kesedaran kt sendiri..kalo msg2 xde kesedaran bg cuti pon virus ni bole merebak gk..kalo bg cuti majoriti bkn nk kuarantin kt umah tp amik kesempatan je...so, saya harapkan pihak terbabit lebih baik senaraikan langkah-langkah yg perlu kt amik bg pihak diri msg2 cnthnye adab batuk, cara cuci tgn yg btol dan pemakaian topeng hidung dan mulut..
sekian..wasalam..

Anonymous said...

Mak rs GM x tipu. Mmg ada la kt PK. Mmg btul student ramai kn kuarantin. Mt pn ad kt keris mas.Ak ad bukti. Satu lg, mmg ak slalu pg pk..dh hmapir satu bulan pg. asyk ulg alik ke sn. Mmg ada kaunter khas kt dpn PK, pastu bilik rwtn kat bhgian kecemasan. Dulu kat Dr Biasa je. Student yg ad simpton wabak H1N1 ni, dibiar mnggu di luar bilik kecemasan, kat tgh pns. sbb nak kurgkan virus ni. Wei, kpd Aspirasi, agk2la korg. Korg pn nk cuti jgak. Ad rmai pnsyrh mngadu x selesa dgn keaddaan skrg. ak nk tnya budk Aspirasi, korg ni saja x sokg..sbb korg thu, isuni x memihak korg. Jgnlah perlekehkn usaha orang lain. Kalau xnak cuti, biarla korang duduk di UKM time kuarantin nnti. Jgn cuba2 cuti pula ya. Sesuai dgn 'Aspirasi' korg yg suka extand pengajian tu. Woi bdk2 Aspirasi Borhan,koprg xnk kerja ker. Dari first yearb ak liht muka korg. Lu fikir la sendiri

Anonymous said...

Saya rasa terpanggil untuk meninggalkan sedikit info untuk direnungkan bersama dan didiskusikan.

Ada betulnya apa yang diperkatakan oleh "Manusia Ini Kawan Engkau". Walaupun ada beberapa perkataan kasar yang saya tidak gemar, namun faktanya tetap ada. Minta saudara/i dapat menggunakan perkataan yang lebih enak dibaca.

Pada pendapat saya, jika kuarantin terpaksa dibuat, adalah lebih baik untuk kuarantin di UKM berbanding membenarkan pelajar pulang ke rumah. Cubalah google kenapa diberi tempoh 1 minggu itu.

Kuarantin ini pernah dibuat di KTSN. memang ramai pelajar bersungut tetapi ia memang terpaksa dibuat atas arahan daripada jabatan kesihatan. saya telah bertanyakan pendapat beberapa doktor yang arif dalam bidang public health ini dan beliau kata memang sepatutnya dilakukan kuarantin institusi, bukan membenarkan pelajar pulang ke rumah.

Saya masih ingat peristiwa 2 hari sebelum ktsn dikuarantin di mana seorang doktor mengatakan tidak perlu panik sebaliknya bertindak dengan bijak. anda perlu tahu fakta H1N1 sebelum membuat kenyataan. saya tidak nafikan saya juga agak panik kerana ia merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan masalah pelajar2 perubatan di ktsn. sebagai ydp persiap, ia memang sesuatu yang menggusarkan apabila anak2 buah dilanda masalah.

apapun, tahniah buat ktsn atas langkah drastik yang telah dilaksanakan. dan juga tahniah kepada ktdi atas langkah2 pencegahan yang dilakukan, walaupun tidak agresif, tetapi mencukupi.

fakta penting yan perlu anda tahu ialah H1N1 ini infectious (mudah menjangkiti) tetapi tidak berapa virulence (memudaratkan), kecuali kepada pesakit2 yang immunocompromised (ada masalah imun sistem cthnye AIDS) dan ada commorbid illness (contohnya asma, kencing manis) serta yang berada dalam extreme age (bayi, kanak2 dan org tua).

satu fakta lagi ialah telah ramai yang sebenarnya membawa H1N1 ini tetapi tidak menunjukkan simptom kerana ia tidak virulence kepada mereka (rujuk sebab2 di atas).

fakta2 lain saya rasa anda perlu google.

http://h1n1.moh.gov.my/TechnicalPresentation/H1N1%20MMA%20mitigation%2021July09.pdf

maaf kalau link atas ni tak boleh guna. sebab terpaksa tulis satu2. kalau tersilap taip, maaf. (kenapa ya perlu disable fungsi copy and paste..hurmm...)

maaf kalau ada salah fakta. silakan perbetulkan saya jika saya salah. tq.

Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi
YDP PERSIAP

Anonymous said...

kuarantin tu btol la kalo dh mudarat mksdnye xde org yang boleh keluar msk UKM sminggu, saya ulangi xde org boleh keluar masuk. Jangan kemaruk nak gm patut perjuangkan kesihatan pelajar bukan perjuangkan cuti ok... Lagi 1 gm suke kutuk & fitnah orang cakap tak mklumat betul korg pun apa kurangnya maklumat bkn smua btol, so sblm fitnah orang cermin diri dulu, aspirasi & gmukm sama je smua ada klebihan & klemahan masing2

penyokong2 gmukm tak yah lah nak xtreme sgt korg tu penyokong je bkn pemimpin pun, jadi pak turut je perjuangan2 gak tp stdy jgn lupa bkn aspirasi je xtend gmukm pn de xtend

paku dulang paku sepih, mengata org die yg lebih

Anonymous said...

wartawan gm tu kita x tau sape, nurse tu pun kiter x tau sape... jd nak caye ke x???

Anonymous said...

itu lah namanya bila mempolitikan isu..

Anonymous said...

apa yg pntg aku nk cuti. Ak dh x tahan asyik demam shj. pnsyarah aku pn dh demam. byk keals cancel. ko manathu aspirasi, asyik berkepit dgn wanita bukn muhrim shj. Tu yg x jga kebajikan org lain tu

FaDhLi said...

Saya tidak pasti sama ada komen saya telah didelete.

Dan saya juga tidak pasti bagaimana nama saya boleh jadi anonymous.

Saya mohon sahabat2 sekalian menggunakan perkataan dan ayat yang manis didengar. Dan tidak perlu tuduh menuduh. Dan juga tidak perlu gunakan anonymous. Berani kerana benar.

Ini hanyalah saranan untuk anda fikir2kan.

Terima kasih.

Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Anonymous said...

cuti cuti cuti, pebende la korg ni, kalo balik umah boleh kebah ke demam tu pelik aku dengan org yang dah kemaruk nak cuti ni hmmmm~

gmukm bile memfitnah xingt dunia, xingt tuhan
tapi bile org cuit die sket trus melenting trus mengamuk mmg xde adab btol

Anonymous said...

Trend Blog Ni.. Bila Ada orang bagi komen yang reasonable.. Trus senyap.. Buat tajuk lain...
takut bila fakta telah dijelaskan…

Takut kenyataan kot.. Ke da tak ada jawapan.. Contoh jelas adalah Isu cuti H1N1..

Agaknya mmg suka buat cerita kot.. Tahukah? Cerita2 yang menyebabkan orang mendapat/menyebarkan benda yang tak benar adalah menjadi Fitnah2... So saham fitnah kat Web boleh lah kongsi ramai2..
:D

Tak sangka bukan muslim pun boleh fikir benda simple mcm ni.. Yang muslim asyik exploit agama untuk nasfu sendiri..

Sayang sekali, Islam itu indah... Cuma manusia yang merosakkannya... Kat malaysia ni Melayu espesially...

Selamat beramal Semua...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !