Parti UMNO secara terang-terangan telah melacurkan UKM dengan menganjurkan Forum bertajuk “Mengangkat Martabat Bangsa” pada 1 Ogos (esok hari) yang membariskan Tun Dr Mahathir dan Profesor Ibrahim Abu Shah. Program yang dianjurkan oleh UMNO bahagian Serdang itu jelas mencemarkan nama UKM amnya dan mahasiswa UKM khususnya. Bahkan dewan yang mulia dan dijadikan tempat konvokesyen, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) turut tidak terlepas daripada pencemaran kesucian parti UMNO di dalam kampus.
Oleh itu, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan (GMUKM) telah tampil untuk menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran dan juga pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung penganjuran program tersebut yang dilihat tidak professional dan berat sebelah. GMUKM dalam kenyataannya menyatakan bahawa forum itu bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang melarang mahasiswa daripada menyertai mana-mana pergerakan politik di Malaysia. Bahkan GMUKM mendesak agar AUKU dimansuhkan bagi memberi kesamarataan mahasiswa untuk berpolitik seperti yang telah digariskan oleh perlembagaan Negara ini.
Menurut maklumat yang diterima, hebahan mengenai program ini bukan sahaja berlaku di luar kampus malah aktiviti hebahan juga rancak berlaku di dalam kampus melalui risalah dan poster yang ditampal di merata-rata tempat di sekitar kampus berkenaan. Flyers yang diedarkan dari bilik ke bilik di kolej-kolej kediaman juga turut ditemui bagi mengajak mahasiswa ke forum itu. Kelab haram, Kelab Aspirasi turut dikaitkan dengan program ini yang diperkatakan sebagai penganjur bersama.
GMUKM kesal dengan tindakan parti politik tersebut yang bukan sahaja memperalatkan universiti untuk kepentingan politik, malah turut mengheret mahasiswa dan kakitangan universiti untuk menyokong ideologi parti politik tersebut. GMUKM sebenarnya bukannya anti UMNO, tetapi anti kepada politik kepartian dan tindakan berat sebelah. Kalau benar-benar telus, Pakatan Rakyat juga seharusnya diberikan ruang yang sama rata supaya pemikiran mahasiswa lebih terbuka dan mampu membuat penilaian sendiri yang dirasakan terbaik untuk diri mereka. Bukannya menjadi mahasiswa sebagai lembu dicucuk hidung, pandai mengangguk, tapi tak berani geleng-geleng.
2018华人农历新年,国大华裔生将享有额外2天特假!
6 years ago
13 comments:
uikh... kalu ader flyersnyer cube la tunjukkan, kamera ader, scanner ader, x kan x ley tunjuk bukti kot...
biasalah GM sape tak kenal?? kuat fitnah.. makanan harian depa.. ckp je lebih tp bila minta bukti trus diam.. same gak bile depa kate aspirasi dpt duit dr umno.. bile kt minta bukti diam je... pastu bila kt kate depa dpt duit dr pr terus menggelabah cam cacaing kepanasan... hahaha xphm
hmm.. gm2.. ko ni apesal ha?? x de bukti pastu tros sembur org...
bagila bukti baru org leh percaya ngan ko...
sembang nak lebat... mahasiswa kuat ngarut...!!!
ekleeee korang aspirasi niih..ckp je lebih,dlu kne ajak p forum asal tak dtg,bleh gak ahh korang yang perasan suci nii buat penjelasan,wat pe dok jelas2 kat sni...bukan anak jantan ahh weei,kehkehkeh
kompun satu sengal tahap cipan...
klu bab nak tunjuk salah orang korang la (GMUKM) paling power sampai meracuni fikira2 anak2 muda kita.. ckp mengalahkan profesor tapi buat satu hapak pun xde..
ko taubat la sementara pintu taubat masih terbuka...
berhenti lah fitnah orang weh..
aku MENYURU korang bertaubat...
anon atas
spe yg kena tobat nih??
salah ke amar makruf nahi mungkar?
salah ke menyatakan benda betul? takkan nak jadi golongan yg berdiam diri...kate nak jadi pemimpin
pemimpin yg baik ialah mereka yg tetap atas prinsip mereka (kebenaran) walaupun mereka dibenci seluruh penduduk bumi kerana mereka meletakkan matlamat mereka kepada kebenaran yg dtg daripada Tuhan
betul ke matlamat korg tu?? ade je post fitnah GM kuarkan.. konon ilmiah la sgt.. tp lg byk auta dr fakta
adke flyers?knpa ak x tau pun.br prgrm mcm ni dh bising,yang korg nk mnshkan AUKU 2 x nk bising plak.mcm ne lau AUKU dmnshkn agaknye???lagi byk r yg korg x puas ati
gm bukannya btol sgt pon
ala tak tunjuk kepartian konon..blah la wei..dam nmpak sgt condongnye arah korang ni..jgn nk jadi hipokrit la..jgn jadi munafik..korang cakp burk tntang org lain..padahal GM n da tonjolkn sifat munafiknye jelas nyata dan terang..
adoo spesis genetik stupid aspirasi. x da hjah tuduh munafik. apirasi lg munafik. mgrib baca yasin, pas isya anjur konsert. memg genetik stupid
woi anon kat ats ko sape nk kate sume org stupid? kami di ciptakan oleh tuhan mcm ni pn ko kutuk..
kalo x fhm boleh diajar
kalo buat2 x fhm, namenye stupid=hati gelap
x ngaku kebenaran kan namenye stupid
Post a Comment