Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, August 4, 2009

ADUN BN TERENGGANU DITANGKAP SPRM


Berita hari ini melaporkan bahawa seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu telah direman selama lima hari mulai semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat kelmarin.


ADUN tersebut, Rosli Othman, 42 ahli dewan undangan negeri kawasan Kemasik dipercayai menerima wang suapan berjumlah RM20,000 bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.


Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga Jumaat ini ialah dua rakan Adun terbabit yang berusia 40-an untuk siasatan lanjut dipercayai meminta wang sogokan berkenaan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rofiah Mohamad.


Kelmarin, Adun terbabit bersama-sama dua rakan ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.


GMUKM difahamkan, ketika ditahan, anggota SPRM menemui wang tunai RM5,000 pada Adun terbabit. GMUKM menggesa agar siasatan telus dijalankan oleh pihak berwajib bagi membawa mereka yang bersalah ke muka keadilan. Tidak kira daripada parti mana ADUN terbabit, beliau perlu didakwa kerana keadilan tidak mengenal siapa. Siapa yang bersalah hatta Perdana Menteri sekalipun, mereka tetap perlu dihukum kerana setiap orang sama rata di sisi undang-undang. Kepada Majlis Perwakilan Pelajar semua, jadikan peristiwa ini sebagai iktibar kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

5 comments:

Anonymous said...

wah2, time bn kne siasat ng sprm terus masuk blog.. time pas ke pkr kne siasat x masuk plak, tuduh sprm x telus la, ni la.. hurm..

Anonymous said...

:p anjing tetap anjing juga...

Anonymous said...

aljuburi ttp aljuburi jgk...

Anonymous said...

laaa....teruknya perkataan2 dak2 UMNO niih

Anonymous said...

Semalam nampak Exco GM membonceng anak dara(dar lagi ke tak pun tak tau la), Ke bazaar Rahmadan..

Feewiittt..

Korang pun manusia rupanya... Nafsu Besar..

Tu tak cerita yang beromen kat KTM lagi.. Tudung labuh, Boleh r cover tangan yang merayap masuk ke dalam...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !