Semalam, forum perpaduan anjuran UiPK terpaksa ditukarkan saat-saat akhir ke Bilik Senat disebabkan oleh keputusan mesyuarat yang dijalankan oleh Datuk Wahid Shamsuddin bersama-sama dengan para proksi mereka, Aspirasi Kolej2 pada malam isnin lalu.
Mesyuarat itu dikatakan dipengerusikan oleh TNC HEPA itu sendiri dan keputusan penukaran tempat itu dibuat atas alasan bimbang para pejuang mahasiswa menanyakan soalan panas kepada bekas Perdana Menteri itu, sepertimana yang berlaku kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini. Dalam mesyuarat itu juga, terdapat keputusan agar para ahli Aspirasi untuk bangun menanyakan soalan kepada Tun Dr Mahathir dan jangan memberi ruang dan peluang langsung kepada mahasiswa pro mahasiswa untuk bertanyakan soalan kepada tetamu istimewa itu. Amat malang bahawa TNC HEPA takut dengan bayang-bayang sendiri dan menutup langsung mulut mahasiswa untuk bersuara.
Penukaran tempat secara mendadak itu telah menyusahkan pihak penganjur yang terpaksa merombak persiapan yang dijalankan sebelum ini. GMUKM tumpang simpati terhadap penganjur, UiPK yang terpaksa menuruti kehendak pentadbiran yang lebih bercorak politik.
Dikatakan bahawa majlis itu hanya dihadiri tidak kurang 80 orang, satu angka yang kecil jika dibandingkan dengan penganjuran Forum Kemerdekaan pada 28 Ogos lalu yang mencecah hampir 200 orang. Tahun sebelum itu, penganjuran forum sama yang dilihat angka mencecah 300 orang dan Forum Perundangan seramai 400 orang. Jelas bahawa penganjuran forum gagal menepati anggaran penganjur disebabkan oleh permainan politik TNC dan juga pihak Aspirasi.
Di peringkat GMUKM, kami telah menguar-uar kepada hampir 500 ahli kami termasuk penyokong untuk memboikot kehadiran Tun Mahathir ke bumi UKM. Antara dalinya ialah :
1. Tangan Dr. Mahathirlah yang menyebabkan 7 orang mahasiswa (ISA) termasuk 2 daripada UKM ditangkap ISA pada 2001 lalu dan sehingga kini, nasib ketujuh-tujuh mereka masih tidak dibela.
2. Situasi politik akhir-akhir ini yang kelihatan beliau secara serius mencampuri urusan negara dengan menjadikan Pak Lah sebagai sasaran kritikan pedasnya
3. Mahathir dilihat cuba menahan agenda Pak Lah untuk menjalankan reformasi terhadap badan kehakiman, polis dan sistem aduan awam
4. Datuk Seri Najib ingin dijadikan oleh Dr Mahathir sebagai boneka walaupun beliau mempunyai locus standi (kedudukan) untuk bercakap soal pentadbiran
5. Tindakan beliau selama 22 tahun yang menafikan hak mahasiswa dalam kebebasan berpolitik
6. Meminda AUKU sewaktu zaman beliua menjadi Menteri Pelajaran iaitu pada tahun 1975
7. Menarik balik tawaran biasiswa kepada bumiputera (melayu) walaupun dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, membenarkan perkara tersebut
8. Memperkenalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 1997 dengan kadar caj perkhidmatan 3 %
9. Melaksanakan projek mega yang dilihat sekarang gagal membawa pulangan menguntungkan kepada negara dan menyebabkan rizab kewangan negara semakin susut
10. Tidak layak bercakap soal perpaduan kerana peristiwa Kg. Medan, Memali dan beberapa peristiwa lagi berlaku di zaman pemerintahannya
GMUKM memang tidak menafikan bahawa jasa Dr mahathir dalam membangunkan negara amat banyak. Tetapi kita perlu sedar bahawa beliau mempunyai pembantu dan penasihat yang hebat-hebat seperti Tengku Razaleigh Hamzah (yang mewujudkan Petronas dan Bank Bumiputera), Anwar Ibrahim (Tokoh reformasi ekonomi, 1996 merupakan zaman paling tinggi pertumbuhan ekonomi dalam Sejarah di Malaysia semasa beliau menjadi menteri kewangan), Musa Hitam dan beberapa lagi tokoh yang berkaliber. Bukannya kerana jasa beliau seorang yang memajukan negara ini tetapi jasa ramai orang, jasa rakyat yang menbanting tulang menghulurkan cukai dan juga kita perlu ingat, kurniaan Allah S,W.T yang memberikan Malaysia emas hitam (petroleum) yang menjadi sumber modal kewangan terbesar negara kita sehingga kini.
5 comments:
jelas fakta yang dikemukakan mengenai seminar adalah tidak tepat..
kalau fakta ini tidak tepat, saya cabar awak kemukakan fakta yang tepat mengenai forum tersebut.
1-kenapa perubahan berlaku di saat akhir pada asalnya ianya berlangsung di DAM dan berubah tempat ke dewan senat?
2-kenapa mahasiswa tidak di benarkan turut serta dalam forum tersebut?
3-adakah HEPA takut pada bayang sendiri?
kalau kamu mengaku anak M'sia jawab dengan fakta!
salam perpaduan...salam politik...
jangan mengubah fakta...segala fakta yang diberikan oleh GM jelas segalanya tidak tepat...itu dah masuk kepada fitnah...tidak baik mengatakan sesuatu yang tidak benar...jangan berbohong untuk kepentingan sendiri...terdapat seramai lebih kurang 40 orang yang menjadi urusetia forum tersebut...dan 100 orang ajk..maka secara tidak lansung anda telah mencalarkan hati seramai 140 orang..insaflah..anda gunakan kesempatan program persatuan lain untuk kepentingan anda,untung mendapat publisiti...tidak manis macam tu....
kalau aku anak malaysia tak nak jawab soalan dari mieyna..biar saya jawab...
1.Kenapa perubahan berlaku di saat akhir pada asalnya ianya berlangsung di DAM dan berubah tempat ke dewan senat?
cuba anda fikir, siapakah yang di jemput? tukang kebun? pelajar sekolah rendah?penagih dadah?atau anda sendiri? MAAF bukan tujuan saya untuk memperkecil-kecilkan orang lain, siapalah diri saya ini...tapi fikirlah seorang negarawan, mantan PM Malaysia org yang sangat disegani oleh pemimpin2 lain di santero dunia, dua orang lagi juga orang yang sangat terkenal...takkan hendak beri layanan yang ala kadar sahaja..fikirlah..
2-kenapa mahasiswa tidak di benarkan turut serta dalam forum tersebut?
siapa yang mengatakan pelajar tidak dibenarkan masuk? siapa? boleh nyatakan? saya cabar anda. banayak juga pelajar yang ada di dalam dewan itu, perlu fahamlah, dewan tersebut hanya boleh memuatkan seramai 200 orang shj dalam satu-satu masa, perlulah saudara semua faham,tempat adalah terhad, siapa cepat,dia dapat..
atas sebab apa HEPA hendak takut?
atas sebab apa?boleh nyatakan? anda hendak bertnyakan tentang apa? anda perlulah faham tujuk forum, tentang perpaduan "social contracr" keharmonian negara,apa kena mengena dengan isa dan sebagainya, anda sudah menjadi pelajar UNIVERSITI, jangan lah berperangai seperti kanak-kanak yang tidak memahami apa-apa..
fikir-fikirkanlah....
saya suka hendak membantah fakta yang diberikan oleh GM tentang kehadiran...
tidak kurang 80 orang, satu angka yang kecil jika dibandingkan dengan penganjuran siapa yang berikan statistik itu? saya cabar pihak GM...
kehadiran pada malam itu telah mencecah seramai lebih daripada 500 orang...
adakah si penulis tidak menghadiri majlis tersebut dan hanya mereka-reka cerita sahaja untuk mendapat perhatian...? untuk mendapat nama...? jangan butakan mata dan pekakkan telingga secara sengaja... bukalah,dengarlah..terima kenyataan... saya kira forum itu cukup berjaya..tidak kira dari segi kehadiran, perjalanan program dan sebagainya...segagai sebuah persatuan yang baru menapak, program tersebut sangat berjaya syabas saya ucapkan pada UIPK... sekali lagi...jangan gunakan nama orang lain untuk kepentingan sendiri dan lebih teruk lagi..menukar-nukar fakta..
Post a Comment