Kelab-kelab dan Persatuan Mahasiswa Universiti Darul Iman (UDM) telah menyerahkan satu memorandum kepada pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) berikutan rasa tidak puasa hati terhadap Pilihanraya Kampus (PRK) di Universiti berkenaan.
Memorandum tersebut dibuat berikutan kegagalan HEPA mengadakan satu pilihanraya yang telus dan adil, dan pemilihan pemimpin mahasiswa sebuah 'menara gading' itu, disifatkan ‘umpama memilih pengawas di sekolah rendah’.
Menurut sumber Buletinonline, PRK UDM sepatutnya diadakan pada 16 Oktober lalu, namun tiada PRK pada tarikh tersebut apabila pihak HEPA mengisytiharkan kemenangan ‘percuma’ kepada 22 calon pro-aspirasi.
”Malangnya tiada PRK diadakan pada 16 Oktober untuk kesemua 22 kerusi kerana pihak HEPA isytiharkan ia sudah dimenangi tanpa bertanding,
”kesemua 22 orang yang diisytiharkan menang dan kini menjadi MPP adalah pelajar yang menyokong pro-aspirasi”ujar beliau.
Justeru ramai mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, beberapa kelab dan persatuan telah meminta pihak HEPA mengadakan dialog bersama persatuan dan kelab-kelab.
Dalam sesi dialog yang diadakan pada 15 Oktober lalu, wakil-wakil pemimpin mahasiswa telah mempersoalkan beberapa tindakan yang seolah-olah sengaja dilakukan HEPA, supaya tidak ada pertandingan yang berlaku.
Dekan HEPA Nordin bin Jusoh mendakwa hanya 22 orang calon yang mengambil borang dan pada hari penamaan calon dan hanya 22 orang calon yang menghantar borang pencalonan mereka.
Oleh yang demikian menurutnya, dengan hanya 22 calon yang menghantar borang, tiada pertandingan diadakan dan mereka diisytiharkan sebagai pemenang.
Namun demikian, dakwaan tersebut telah dibantah oleh Mantan YDP MPP UDM 07/08, Sabir Abdul Ghani yang mendakwa pihak HEPA tidak menyebarkan notis PRK secara menyuluruh.
Beliau juga mendakwa pihak HEPA sengaja menyembunyikan maklumat pertukaran tempat penamaan calon dimana notis pertukaran tersebut hanya diselit di cermin papan kenyataan tanpa disebar luaskan.
Pemimpin mahasiswa UDM yang hadir dalam dialog tersebut turut mempersoalkan kredibiliti MPP yang dianggap mereka sebagai ‘anak didik’ HEPA.
Mantan Exco MPP UDM 06/07 Abdul Rasyid berkata mahasiswa tidak dapat mengukur kelayakan MPP yang dipilih kerana tidak ada pertandingan yang berlaku.
Menurutnya, sekiranya pemilihan MPP dibuat melalui kempen pilihanraya, mahasiswa dapat menilai sejauh mana layaknya seseorang itu untuk menjadi pemimpin pelajar.
Dalam persoalan yang sama, wakil Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) Sakinatul Raudhah berkata beberapa MPP yang dipilih HEPA tidak mempunyai kredibiliti langsung sebagai seorang pemimpin pelajar.
Menurutnya, beliau amat mengenali secara dekat beberapa orang dari mereka.
“Mereka memilih kroni-kroni dan orang yang rapat dengan mereka untuk menjadi MPP” tambahnya
4 comments:
weh, kelakar siut..nih blog ISIUKM ke GMUKM..blog GMUKM nih untuk org2 ISLAM je ke??kalu multiracial, wat cara multiracial..dalam politik nih, kita memperjuangkan politik nilai sejagat..kita pun faham, islam comfirm2 punye nilai2 yang berbentuk fitrah..tuh pasal la, org non-muslim takut nak buka web nih, kalu buka pun org2 hardcore GMUKM..yang atas pagar kate, nih blog ISIUKM ni..fikirla teguran aku nih
eh cm knal je ayat2 dlm entri ni
he sumber nye cm dr blog sy kan..
tp best la ayat yg telah diubahsuai
kna blaja lagi ni
hwahwahwa...lawak la HEPA UDM ni.. diorang ingat student u ni budak hingusan ke.. Just bagi alasan then boleh tutup mulut n let go la.. Student u ni dah berAQAL.. Boleh fikir dan nilai kewajaran sesuatu tindakan tu.. hm, mungkin tindakan ni terbit dari rasa TERSANGAT PANDAI yang bertuan dalam diri orang2 HEPA..
THANKXZ...
Post a Comment