Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 22, 2008

Kes Buang Kolej 2 Mahasiswa Cemerlang UPM Selesai...UPM akur kuasa media


Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej atas alasan "tinggal secara tidak sah" minggu lalu kini boleh kembali ke kolej itu "pada bila-bila masa" setelah isu itu dihebohkan ke luar kampus.

"Keputusan itu dibuat atas dasar prihatin (terhadap keadaan mereka) pada minggu peperiksaan," kata satu sumber di pejabat pentadbiran universiti itu.

Difahamkan keputusan terbaru itu, selepas seminggu pelajar-pelajar wanita itu menumpang di rumah rakan mereka di luar kampus, dicapai oleh UPM pagi ini.

Bagaimanapun, pada semester depan, Nor Farhana Farzieana Azmi dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali dikehendaki membuat permohonan semula untuk menginap di asrama.

"Boleh mohon, kolej kediaman banyak," kata sumber itu lagi.

Nor Farhana Farzieana dan Nur Shafiqa (foto kanan), yang dibuang dari Kolej Tun Perak pada 15 Oktober, mendedahkan nasib yang mereka alami di bangunan Parlimen hari ini.

Di sidang media tengah hari tadi, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

Dua pelajar itu mencapai keputusan CGPA lebih 3.5 mata turut bergiat aktif dalam kegiatan berpersatuan tetapi tetap didakwa "tidak cukup merit" untuk layak mendapat kemudahan asrama.

Mereka yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang universiti itu, kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

Dalam
surat arahannya 14 Oktober lepas, UPM menyatakan kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Namun, Jumaat dua minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

Sebelum itu, mereka mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

"Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," kata Nor Farhana Farzieana Azmi.

"Sebagai mahasiswa, kami hadir di sini bukan untuk meraih simpati tetapi kami hadir supaya suara mahasiswa boleh didengar oleh seluruh masyarakat di seluruh negara."

Nor Farhana Farzieana, exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas, dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco Persatuan Mahasiswa Islam, muncul di lobi Parlimen hari ini, seminggu selepas dikenakan tindakan tersebut.

Nur Shafiqa mendakwa terdapat berbelas-belas lagi pelajar yang disenaraikan perlu membuat rayuan untuk tinggal di asrama tetapi mereka ini tidak diminta keluar seperti kedua-duanya.

GMUKM menumpang simpati terhadap nasib dua pelajar cemerlang ini.
Jelas bahawa peranan media boleh mengembalikan semula hak asasi mahasiswa.

GMUKM harap perkara sama akan dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi UKM yang dibuang kolej, dipindahkan ke Kolej Za’ba dan Keris Mas, dipindahkan ke KIAM, agar melaporkan kepada pihak media.

Jangan laporkan kepada PMUKM, kerana perbuatan anda itu sia-sia sahaja. Sedangkan golongan OKU pun boleh dibuat seperti bola sepak, inikan pula kita sebagai manusia normal.

Justeru, sekiranya GMUKM dilantik sebagai ’kuli’ anda dalam PRK tahun hadapan, kami akan melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab untuk mengelakkan berlakunya pembuangan secara tak sah oleh pihak kolej ini. Mahasiswa UKM perlu ambil iktibar bahawa hidup mereka mudah dizalimi oleh orang lain, sekiranya tiada pihak yang tampil untuk menolong anda semua.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !