Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, October 8, 2008

TARIKH PRK UKM MASIH MENJADI TEKA-TEKI





Pilihanraya Kampus esok? Lusa? 10 Oktober? Bulan hadapan..tahun hadapan??? Itulah persoalan yang meniti di bibir setiap ahli gerakan mahasiswa pada masa kini. Bagi penggerak pilihanraya kampus, tarikh ini sentiasa menjadi teka-teki mereka dan ada yang cuba menjadi ahli nujum, namun sehingga sekarang, masih tiada tarikh yang boleh dijangkakan secara tepat oleh ramai pihak. Di Universiti Malaya, pembubaran kabinet PMUM telah dilakukan pada 2 Oktober yang lalu. Tetapi sehingga kini, tarikh pilihanraya di kampus tersebut masih lagi menjadi misteri.


Di UKM sendiri, tiadanya notis pembubaran yang dikeluarkan oleh Hal Ehwal Pelajar dalam dua tiga hari selepas cuti raya ini. Notis itu kebiasaannya akan ditampal di papan kenyataan di setiap fakulti dan kolej kerana ia merupakan perkara yang mesti dilakukan oleh HEP. PMUKM akan secara automatiknya akan terbubar apabila notis pemilihan MPP dikeluarkan dan Ia telah termaktub dalam Peraturan 11.1 Peraturan-Peraturan (Panduan Calon) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007-2008 menyatakan bahawa :

Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan berkuatkuasa dengan bermulanya daripada tarikh Notis Pemilihan MPP dikeluarkan

Semasa pembubaran PMUKM ini, maka kerajaan sementara (caretaker government) akan mengambil alih kepimpinan PMUKM. Selepas notis pemilihan ini dikeluarkan, maka hari penamaan calon hendaklah dilangsungkan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.


Peruntukkan ini boleh dilihat dalam Peraturan 10.2 Peraturan-Peraturan (Panduan Calon) Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2007-2008 yang memperuntukkan bahawa :


Notis pemilihan MPP ini hendaklah menyatakan tarikh bila calon-calon untuk pemilihan hndak dinamakan yang dalam peraturan ini disebut ” Hari Penamaan”. Hari penamaan ini hendaklah tidak lebih daripada 60 hari selepas tarikh Notis Pemilihan MPP disiarkan


Justeru itu, bagi GMUKM, kami mempunyai dua tarikh yang dijangka akan berlangsungnya PRK pada tahun ini. Yang pertama adalah antara esok (8 Oktober) sehingga 12 Oktober. Ini adalah kerana tarikh tersebut amat sesuai untuk dilangsungkan PRK kerana ia tidak terlalu dekat dengan musim peperiksaan yang bermula pada 3 November 2008. Hari pengundian dijangka pada tarikh 20 Oktober dan hari penamaan pula dijangka pada 13 Oktober 2008. Waktu kempen adalah dijangka selama 7 hari. Pihak HEP perlu membuat satu PRK juga kerana PMUKM sekarang telah habis tempoh perkhidmatannya di PMUKM selama setahun. PRK dilihat akan berlangsungnya minggu ini bagi meredakan kembali tsunami politik yang melanda negara dan mengelakkan keadaan lebih parah apabila perhimpunan UMNO Bahagian bersidang bermula pada 9 Oktober ini. Hal ini bagi memastikan pemilihan UMNO tidak memberi kesan kepada gerakan Aspirasi, yang dikenali sebagai Pro UMNO. Kementrian Pendidikan Tinggi bimbang sekiranya PRK dilewatkan sehingga tahun hadapan, dibimbangi perpecahan dalaman UMNO akan menjadi shoot gun kepada kejatuhan Aspirasi dalam PRK kali ini.


Bagi analisis yang kedua, GMUKM turut melihat bahawa PRK akan dilangsungkan pada tahun hadapan, dijangka dalam pertengahan Bulan Julai. Ini adalah berdasarkan faktor bahawa pihak Aspirasi belum bersedia untuk menghadapi gelombang PRU luar yang menerjah masuk ke dalam kampus. Badai Tsunami politik 8 Mac masih menimbulkan ombak kecil di dalam pemikiran TNC-TNC seluruh IPT dalam memilih tarikh sesuai berlangsungnya PRK.

Walaubagaimanapun, kami GMUKM melihat bahawa sekiranya PRK dilangsungkan pada tahun hadapan, ia memberikan kesan negatif kepada IPT dan Aspirasi. Aspirasi akan dituduh sebagai pengecut dan tidak berani berlawanan secara gentle dengan Pro-Mahasiswa. Ini akan melemahkan lagi imej mereka yang selama ini sudah sedia lemah. Selain itu, kelewatan mengadakan PRK akan memberi ruang kepada jentera Pro-Mahasiswa untuk lebih menyusun strategi untuk menawan hati pengundi kampus.


Dari sudut undang-undang PRK, jelas satu kesalahan sekiranya PRK diadakan pada tahun hadapan. Hal ini kerana PMUKM hanya boleh dipegang oleh seseorang MPP hanya dalam setahun sahaj. Tempoh itu akan tamat pada bulan Oktober ini. Oleh itu, satu kesalahan sekiranya PRK diadakan pada tahun hadapan.

GMUKM turut melihat bahawa PRK tidak akan diadakan pada tahun hadapan disebabkan oleh keadaan global dan semasa yang tidak memihak kepada Aspirasi. Kejatuhan ekonomi dunia dan peningkatan inflasi yang dijangka pada tahun hadapan pasti memberikan satu penelitian teliti oleh pihak HEP. Kerana ia akan memberikan kelebihan kepada Pro Mahasiswa untuk menarik pengundi di atas pagar.


Bagi GMUKM sendiri, kami lebih berkeyakinan bahawa PRK akan dibuat dalam masa terekat ini. Analisis GMUKM adalah berdasarkan sumber risikan dan keyakinan kami. Walaubagaimanapun, bagi GMUKM, tarikh PRK adalah tidak penting. Yang penting ialah semangat mahasisa UKM untuk melakukan perubahan pada PRK kali ini.

GMUKM menyeru kepada semua penyokong dan pendokong GMUKM untuk terus bersemangat dalam melakukan gerak kerja PRK ini. Biarlah tarikh PRK masih menjadi teka-teki dan silap mata kita semua. Yang pentin, kita semua kena berusaha bersungguh untuk memberi harapan baru kepada mahasiswa. Kita sebagai penggerak GMUKM sepatutnya sedang berteka-teki siapakan Presiden PMUKM akan datang kerana kita berkeyakinan bahawa rejim Aspirasi boleh dijatuhkan di UKM ini. Kepada TNC HEPA yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Pemilihan MPP, Dr Wahid Shamsuddin...agar percepatkanlah PRK kali ini . Mahasiswa UKM sudah tidak sabar untuk turun mngundi bagi mencetuskan suasana dan harapan baru di perbukitan Bangi ini.

1 comments:

Ibnu Alhamfari said...

Biarlah ianya menjadi teka teki. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa bersedialah untuk kita menghadapi PRK kali ini dengan sepenuh persediaan. InsyaAllah GMUKM akan berjaya memegang tampuk pemerintahan PMUKM pada kali ini.

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !