National Career Carnival (NCC) telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin di Universiti Kebangsaan
· Pengumuman tarikh PRK
· PRK yang lebih adil dan telus
· Mansuhkan sistem e-voting
· Pemantauan oleh badan-badan bebas ketika PRK berlangsung seperti SUHAKAM
Pelajar-pelajar ini mengambil kesempatan ini untuk memberikan memorandum kepada Khaled Nordin. Tetapi apa yang berlaku di sana adalah berbeza. Kumpulan pelajar ini dilayan seperti golongan bersalah. Kira-kira 30 pegawai keselamatan telah mengkasari pelajar-pelajar. Akibat perbuatan mereka yang teruk itu, pelajar-pelajar mengalami kecederaan teruk sehinggakan ada yang berdarah dan juga lebam. Ini menunjukkan pelajar-pelajar masih dilayan seperti dulu juga. Mereka tidak diberikan hak berhimpun dan hak bersuara. Dan yang teruk lagi mereka tidak ada hak untuk berjumpa dengam menteri yang ditanggungjawabkan untuk mereka. Pelajar-pelajar ditolak dan dijatuhkan oleh pegawai keselamatan. Khaled Nordin hanya tengok sahaja kejadian itu dan tidak berbuat apa-apa. Beginikah sikap seorang menteri yang sepatutnya menjaga kebajikan pelajarnya? Perkara ini harus dipandang serius kerana kuasa pegawai keselamatan disalahgunakan oleh pihak universiti. Mereka harus bertanggungjawab ke atas kejadian yang telah berlaku pada hari ini. Kejadian hari ini membuktikan bahawa pelajar masih ditindas. Walaupun terdapat banyak halangan dan rintangan, perjuangan mahasiswa akan berterusan untuk memperjuangkan hak-hak pelajar.
HIDUP PERJUANGAN PELAJAR
Disediakan oleh,
DANALETCHUMI
0 comments:
Post a Comment