Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, October 7, 2008

KUASA MAHASISWA KUASA PERUBAHAN


Kata-kata Prof. Dr. Hamka:

Orang yang bersahabat dengan “orang di atas’ janganlah takut menyatakan cacat dan kekurangan yang harus diperbaiki. Kerana tiga orang yang beroleh celaka di atas dunia dan diancam oleh bahaya besar iaitu sahabat raja yang tidak mahu menerangkan kepada raja, apa cacat kerajaan. Orang sakit yang tidak mahu menerangkan kepada doctor apa macam penyakitnya. Dan seorang teman yang tidak mahu menyatakan rasa hatinya kepada sahabatnya. Ketiga-tiga orang itulah ialah orang yang khianat kepada dirinya sendiri.


Sememangnya, hanya mahasiswa yang mempunyai jati diri mampu untuk merealisasikan perjuangan. Untuk mempunyai jati diri, mahasiswa perlu mempunyai ilmu dan kefahaman yang tinggi untuk memahami matlamat perjuangan.


Perjuangan tanpa ilmu dan kefahaman akan mengaburkan jalan perjuangan mahasiswa. Adalah sukar untuk mahasiswa merealisasikan perjuangan kosong daripada nilai ilmu dan kefahaman.


Sudah pasti apa yang mahu kita pertahankan adalah perkara yang benar. Sebab itu perjuangan mahasiswa untuk mencapai dan mempertahankan sesuatu adalah wajib berpaksikan kebenaran.


Kebenaran hanya akan dapat ditentukan secara jitu dengan ilmu dan diterjemahkan dengan tindakan. Tindakan adalah perlaksanaan kepada kata-kata. Mahasiswa perlu bertindak secara progresif dan efektif dalam menangani apa jua permasalahan yang timbul dalam masyarakat.


Kita perlu melahirkan kelompok Mahasiswa Pemikir/Mahasiswa Ensiklopedia untuk memastikan perjuangan mahasiswa sentiasa relevan dengan zamannya. Masyarakat begitu menyanjung tinggi golongan yang mempunyai ilmu yang tinggi. Sudah tiba masanya mahasiswa memikirkan tentang perjuangan untuk meningkatkan martabat ilmu Mahasiswa supaya kita dapat membina Tamadun Bangsa & Negara yang unggul.


Tetapi tidak ada gunanya punyai ruang untuk belajar di institusi pengajian tinggi, tetapi jiwa kita rendah dan direndahkan. Apabila Jiwa kita rendah, akhirnya ilmu kita akan direndahkan.


Perjuangan Mahasiswa yang tulen bukan bersandarkan jawatan ataupun sogokan material,tetapi perjuangan Mahasiswa yang mempunyai potensi untuk diterjemahkan adalah perjuangan yang mempunyai nilai Jati Diri yang tinggi. Nilai jati Diri yang tinggi hanya akan boleh dipunyai oleh Mahasiswa yang mempunyai jiwa yang ikhlas dalam perjuangan. Hanya dengan jiwa-jiwa yang ikhlas dalam perjuangan mampu untuk merealisasikan perjuangan.


Bagi merealisasikan perjuangan, mahasiswa yang berdaya tahan dalam cabaran globalisasi perlu disiapkan. Mahasiswa yang berdaya tahan sangat perlu dalam cabaran masa kini untuk mengembalikan Tamadun Bangsa yang pernah gemilang dahulu. Perjuangan mahasiswa tidak akan tamat jika individu gagal, tetapi perjuangan akan tamat apabila gerakan mahasiswa kita berkubur dan dikuburkan.


Mahasiswa jangan menjadikan agenda peribadi/agenda orang lain sebagai kiblat perjuangan tetapi mahasiswa perlu menjadikan Agenda Gerakan Mahasiswa yang penuh idealisme sebagai kiblat perjuangan. Idealisme kita adalah membawa demokrasi yang seimbang dan adil dalam semua aspek kehidupan.


Pada ketika detik keseluruhan Mahasiswa bersatu hati, maka kita bersedia untuk berjuang dan berkorban demi bangsa, agama & negara, maka pada ketika itulah kita akan berjaya merealisasikan perjuangan Gerakan Mahasiswa yang kita cintai ini. Ayuh wahai mahasiswa! Kita satukan hati kita dengan niat yang ikhlas untuk melihat Gabungan Mahasiswa berjaya atas perinsipnya bukan atas kepentingan mana-mana individu/kumpulan. Kita perlu berjaya membawa dan memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan Negara kita.


Mahasiswa perlu disemai dengan nilai-nilai ilmu dan nilai-nilai moral (akhlak) yang membina. Apabila mahasiswa suha terbina, maka mudahlah kita untuk membina Gerakan ini. Runtu mahasiswa maka runtuhlah Negara. Sangat besar peranan mahasiswa yang perlu kita cermati ini. Mahasiswa perlu menjadi tonggak utama dalam merealisasikan perjuangan bagi memajukan bangsa dan Negara.


Mahasiswa mempunyai keupayaan dan kekuatan yangn lebih untuk menyumbangkan idea dan tenaga berbanding orang lain. Justeru, gunakanlah kekuatan jiwa muda yang ada pada mahasiswa untuk memastikan kita terus gagah mempertahankan GM dalam keadaan masyarakat terus melihat dan menerima kita selaku Generasi Mahasiswa yang ada upaya untuk diberikan pengharapan mengemudi bangsa dan Negara.Apabila mahasiswa sudah dapat mengemudi bangsa dan Negara, maka lebih banyaklah perjuangan yang boleh kita realisasikan. Namun, satu perkara yang perlu kita ingat selaku mahasiswa, kita jangan menjadiMahasiswa yang mudah lupa diri sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang sebenar sebagai Mahasiswa yang menjual prinsip kita.


Berkaitan denjgan persoalan kepimpinan, kami di peringkat mahasiswa melihat bahawa kepimpinan hendaklah dilantik berdasarkan upaya mereka selaku kepimpinan bukannya sekadar warisan mana-mana jua parti. Masyarakat perlu diajar tentang K-Politik. Masyarakat perlu dididik untuk memilih kepimpinan yang kaya minda dan akhlak untuk memimpin.



Kita bukanlah di zaman feudal untuk memimpin berdasarkan keturunan ataupun siapa yang kaya dan kuat dia yang memimpin, tetapi kita khidup dalam zaman global yang menuntut siapa yang ikhlas, bijak dan mempunyai karisma wajar diberi ruang untuk memimpin. Kita tidak mahu kepimpianan yang lemah fdaya pemikiran untuk merancang masa depan Negara yang memimpin kita.


Seorang ilmuan, Haji Agus Salim pernah berkata: “ Orang yang berakal menderita di tengah-tengah nikmat tetapi orang jahil merasa nikmat di tengah-tengah kecelakaan ” Sudah tiba masanya kita membina gelombang kesatuan mahasiswa ke arah kebangkitan mahasiswa.


Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) memperjuangkan hak Mahasiswa dan hak pendidikan pendidikan Mahasiswa; serta memberi sokongan kepada gerakan mahasiswa dalam isu-isu yang melibatkan kebajikan mahasiswa.


GMUKM juga menentang sebarang penindasan dan ketidakadilan yang berlaku sama ada dalam mahupun luar kampus tanpa mengira kaum, agama, jantina dan kenegaraan untuk menegakkan dasar utamanya iaitu falsafah universiti, kebajikan dan keintelektualan.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !