Walaupun PMUKM belum dibubarkan lagi, kelihatan ramai mahasiswa memberanikan diri untuk memakai pakaian berwarna Ungu, sebagai tanda simbolik kepada bantahan secara senyap ke atas rejim Aspirasi.
Dari Fakulti Undang-Undang hingga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, dari Kolej Pendeta Za’ba hingga Kolej Keris Mas, pakaian Ungu menjadi pilihan utama mahasiswa UKM. Sehinggakan background Ucapan Raya Naib Canselor turut berwarna UNGU.
Jelas mahasiswa, inilah masa untuk kita berubah. Gelombang Tsunami UNGU akan terus mengejar bayang-bayang Aspirasi. Gelombang UNGU akan memberi perubahan besar dalam PRK kali ini. Gelombang UNGU akan mencetus harapan baru buat mahasiswa.
Teruskan wahai mahasiswa UKM..Teruskan menonjolkan warna UNGU di seluruh UKM, terutamanya hari Khamis. Jadikan tema UNGU sebagai pilihan utama kita berpakaian, berfesyen. Usah gentar kerana itu hak privasi kita.
Tonjolkan UNGU sebagai pilihan utama kita. Marilah kita sama-sama menonjolkan protes senyap terhadap kelemahan Aspirasi UKM. Marilah kita sama-sama membina ’Mahasiswa UKM Baru’, yang cemerlang dan gemilang di arena tempatan dan global. UKM hak milik kita bersama, marilah kita sama-sama membangunkan mahasiswa UKM selaras dengan falsafah UKM itu sendiri dalam mencapai hasrat bersama, menjadikan UKM sebagai antara 50 Universiti terbaik di dunia pada 2020 kelak.
0 comments:
Post a Comment