Varisti kesayangan kita semua, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenaraikan pada ranking 250 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds). Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 304
Universiti Malaya (UM) telah mendahului kedudukan sebagai Universiti No. 1 di Malaysia. UM telah meningkat kedudukannya daripada tempat ke-230 pada tahun 2008 ini berbanding kedudukan ke-246 pada tahun 2007.
Secara faktanya, tiada universiti tempatan yang berada dalam kedudukan 20 teratas. UPM telah menduduki tangga ke-320 (dari 360 pada 2007), dan UTM di tangga ke-356 (dari 415 pada 2007). Berlaku peningkatan oleh semua kampus kecuali USM yang turun 6 anak tangga daripada dan seperti biasa, UiTM masih tiada dalam ranking 400 terbaik, mungkin terselit dalam 500 terbaik atau 600 terbaik.
Walaubagaimanapun, kita harus berasa bangga sedikit kerana varisiti kita dapat melonjak sebanyak 44 anak tangga. Syabas dan Tahniah atas usaha Naib Canselor, para pensyarah dan mahasiswa/i Cina , India dan kaum-kaum lain itu sendiri. Usaha andalah yang menyebabkan Universiti kita meningkat
GMUKM yakin sekiranya fahaman politik sempit dan perkauman disingkirkan oleh pihak tertentu, sudah pasti Universiti kita akan terus gemilang lagi. Sekiranya PMUKM-Aspirasi terus menjadi pemimpin, maka selagi itulah awam mendung akan menerangi Bangi kampus Bangi dan KL.
Kita patut merasa cemburu dengan negara jiran kita, Singapura. Dua buah universiti di
Berdasarkan rangking tersebut juga, Universiti Amerika Syarikat (US) pula mendominasi kedudukan 10 teratas dan bersaing dengan pencabar terdekatnya iaitu universiti dari United Kingdom (UK). Universiti Harvard (US) masih mengekalkan kedudukan pertamanya diikuti dengan Universiti Yale (US) ke-2, Universiti Cambridge (UK) ke-3, Universiti Oxford (UK) ke-4 dan Institut Teknologi Carlifornia (US) ke-5. Universiti terbaik
Meskipun begitu, GMUKM menyeru semua mahasiswa/I termasuk pnsyarah untuk menjadikan kedudukan rangking ini sebagai semangat untuk mencapai yang lebih tinggi. Salah satu cadangan yang wajib diikuti oleh mahasiswa/I UKM ialah mengubah kepimpinan pelajar yang sedia ada dan menggantikan dengan kepimpinan ’kuli’ pelajar iaitu GMUKM. Kehadiran GM bukan sekadar berpolitik semata-mata tetapi dari sudut pandangan jauh, GM datang untuk selamatkan UKM daripada kezaliman dan ketidak-mampuan meminpin yang dicetuskan oleh Pihak Aspirasi.Yang wajib kita tolak alam Pilihanraya Kampus. Supaya harapan baru mahasiswi dapat dipulihkan semula
0 comments:
Post a Comment