Pilihanraya Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan diadakan pada tahun hadapan. Itulah hakikat yang perlu kita semua, mahasiswa UKM untuk menerima penyataan tersebut. Sama ada suka atau sedih, itulah realiti corak demokrasi di kampus yang kita cintai ini.
Sehingga ke hari ini, tiada lagi tarikh pembubaran PMUKM diumumkan oleh Hal Ehwal Pelajar. Walaupun kita tahu edah (jangka hayat) PMUKM Aspirasi sekarang telah habis pada 2 Oktober lalu. Namun pihak Universiti gagal membuat pengumuman tersebut dan dilihat cuba menyorokkan tarikh pembubaran agar pihak Aspirasi boleh menperkudakan PMUKM dalam kempen PRK tahun ini. Satu taktik yang telah lama dihidu oleh GMUKM yang bertekad untuk melawan penyalahgunaan undang-undang ini.
Menurut seorang pensyarah yang ditemui, perjalanan PRK di UKM ditangguhkan atas faktor kebimbangan tsunami kedua yang akan berlaku di kampus UKM ini. Dengan mengambil contoh sikap GMUKM yang aktif dan konsisten dalam perjuangan, beliau menyatakan bahawa peranan GMUKM pada tahun ini telah berjaya memberikan kegusaran kepada pihak Aspirasi hingga menyebabkan penundaan tarikh dilakukan. Bagi seorang mahasiswa yang mempunyai bacaan politik, penundaan tarikh PRK ini dilihat sebagai satu langkah Aspirasi bagi menjana kekuatan mereka yang tidur selama ini. Juga dilihat sebagai inginkan keputusan selasa di kampus-kampus kecil yang ’confirm’ menang walaupun tergugat di UPSI dan UUM. Juga penundaan ini dilihat sebagai satu usaha untuk melenyapkan ingatan mahasiswa terhadap kegagalan Aspirasi-PMUKM melaksanakan amanah sepanjang setahun memegang tampuk kepimpinan PMUKM.
Wartawan GMUKM telah menemubual beberapa pimpinan GMUKM berkaitan penundaan tarikh ini. Terdapat respon yang bernada kecewa, marah dan hairan manakala terdapat juga nada positif dan yakin bahwa penundaan ini memberikan satu kelebihan tersembunyi kepada GMUKM. Antara respon yang dikeluarkan oleh pemimpin kita ialah :
" Penundaan tarikh PRK memberi muhasabah kepada kita bahawa sebenarnya perancangan politik kotor sentiasa mewarnai suasana PRK di UKM ini. Jelas bahawa amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dan sekiranya di dunia sudah berdolak-dalik untuk menjawabnya, maka di akhirat sudah tentu keadaan tidak berlaku sedemikian. Walaupun PRK dijalankan pada tahun ini, esok atau tahun hadapan, semua mahasiswa wajib memilih GMUKM sebagai pemimpin mereka dalam sistem demokrasi ini – Pengerusi MPP UKM, Saudara Firdaus Mukhtar
" Saya amat bersetuju dengan penundaan tarikh PRK di UKM kepada semseter 2 kerana dua sebab utama iaitu kestabilan pentadbiran PMUKM kerana tidak akan timbul exco PMUKM yang bergraduan sebelum tamat tempoh kepimpinan dan yang kedua, memberi ruang kepada mahasiswa/I first year berfikir dengan matang sebelum membuat pilihan terbaik. Ini memberi HARAPAN BARU MAHASISWA” – Pengerusi GMUKM, Ahmad Farhan Yusoff.
" Langkah pondan PRK UKM secara jelasnya menunjukkan demokrasi tidak diamalkan untuk pelajar-pelajar Universiti. Pelajar sering dipermainkan dan diperkotak-katikan. Kita sebagai pelajar haruslah sentiasa ingatkan kepada pihak-pihak tertentu bahawa kita juga adalah golongan yang harus dilayan sama rata dan diberi hak. Sekarang isu PRK dimainkan, sudah pasti pada masa hadapan, isu yang lebih serius akan dipermainkan. Jadi marilah semua pelajar berjuang bersama-sama untuk masa depan yang lebih cerah, selamat dan demokrasi.- Saudari Danaletchumi, wakil Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa-Mahasiswi. (JKMI)
" Satu tindakan yang memalukan, tak mementingkan demokrasi langsung. Sekiranya nak ditunda, bagilah satu alasan yang munasabah, yang boleh diterima. Mahasiswa masa depan negara. Kalau kerajaan memperbodohkan mahasiswa, masa depan negara akan musnah.- Chris Wei, Aktivis mahasiswa berbangsa Cina.
" Satu penipuan nyata dan terang. Para mahasiswa perlu menyatakan penyelewengan ini secara lantang pada PRK akan datang. Mahasiswa wajar diberi ruang dan peluang untuk berpolitik dan berdemokrasi dan tindakan menghalang sifat semulajadi ini, wajar ditentang dan diperangi habis-habisan – Kazman Noorden, Jurucakap Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN)
" Dari sudut moral, jelas bahawa penundaan ini satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak berautoriti. Satu perancangan rapi untuk membiarkan gelombang PRU 12 berlalu pergi daripada ingatan mahasiswa. Walaubagaimanapun, penundaan ini memberi juga kesan positif dari segi tuntutan memorandum yang dihantar, pihak UKM boleh menganalisa dan membetulkan penyelewengan yang berlaku. Manakala bagi mahasiswa tahun satu, mereka akan dapat merasai suasana sebenar di kampus dan dapat membuat pilihan yang berani dengan memangkah GMUKM dalam PRK akan datang. Bagi mahasiswa tahun akhir, inilah peluang untuk mereka bergerak lebih agresif dan tanpa berkompromi, akan jelas menyokong GMUKM dalam PRK nanti dan membolehkan GMUKM memegang tampuk kepimpinan mahasiswa di UKM ini”, - Saudara Hishamuddin Abdullah, Setiausaha Kerja Pengerusi GMUKM.
0 comments:
Post a Comment