Tanjung Malim, 14 Oktober – Proses Penamaan calon pilihanraya kampus (PRK) bagi Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah berjalan dengan lancar. Menurut blog informasi UPSIkini, proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kampus Universiti pertama di
Bilik seminar, tempat pusat penamaan calon dibuka seawal jam 8.30 pagi tadi. Dekan-dekan fakulti juga hadir untuk membuat pengesahan bagi calon-calon yang bertanding. Calon-calon dan penyokong mereka yang bertanding pula bergerak ke Bangunan Bitarasiswa yang menjadi pusat penamaan tersebut.
Naib Canselor UPSI, Y. Bhg. Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob turut hadir di pusat penamaan calon untuk melihat proses demokrasi berlangsung. Kehadiran beliau secara mengejut tanpa diiringi mana-mana pegawai mengejutkan ramai pihak di Pusat penamaan itu. Beberapa mahasiswa dan calon kelihatan sempat beramah mesra dengan beliau sepanjang kehadiran beliau di pusat penamaan tersebut.
Proses penamaan calon tamat pada jam 12 tengah hari dan nama-nama calon yang layak bertanding telah diumumkan pada jam 2.30 petang ini diikuti dengan sesi bantahan yang akan dibuka jam 3.30 petang dan berakhir selama 1 jam.
Bermula dari jam 4.30 petang hingga 12 tengah malam pada hari 20 Oktober ini, maka akan bermulalah episod kempen antara Aspirasi dan Pro Mahasiswa. Proses pengundian akan dijalankan pada 21 Oktober untuk menentukan sama ada pro mahasiswa berjaya melakar sejarah menawan kampus yang dipenuhi bakal cikgu itu.
0 comments:
Post a Comment