Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, October 7, 2008

GMUKM anti establishment??


GMUKM merupakan pertubuhan yang mengutuk pentadbiran UKM dan pemerintahan kerajaan Malaysia. Itulah kenyataan rasmi yang dibuat oleh Timbalan Naib Canselor kesayangan kita, Datuk Dr Wahid Shamsuddin yang akan bersara wajib pada bulan Disember ini. Kenyataan itu dibuat pada 26 September yang lalu.


Tuduhan ini selalu kita dengar daripada pihak Aspirasi. Tetapi sekiranya kenyataan rasmi ini dikeluarkan oleh seorang pentadbir, ia adalah suatu yang janggal dan bersalahan dengan hakikat bahawa setiap pentabdir perlu bersikap berkecuali pada proffesionnya dan bebas daripada politik, sama ada politik kepartian mahupun politik kampus.


Tuduhan ini adalah amat berat yang keluar daripada pena TNC kita, yang bersifat fitnah dan tuduhan palsu. Yang jelas bersalahan dengan Undang-undang fitnah kita, yang memungkinkan beliau dihukum penjara atau didenda (Seksyen 12 Akta Fitnah 1957 boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun atau denda tiak melebihi RM 20,000). GMUKM tidak mahu memanjangkan cerita isu ini kerana bagi kami, segala tohmahan yang didasari dengan perasaan politik sempit merupakan satu perkara yang enteng bagi kami. Tuduhan, fitnah, tohmahan jahat merupakan perkara yang biasa menimpa GMUKM.


GMUKM hanya ingin menjawab tuduhan tidak berasas itu. GMUKM merupakan ideologi yang 100 peratus menyokong UKM melalui dasar utamanya, iaitu berpegang pada falsafah UKM. GMUKM tidak pernah memalukan Universiti dengan tindakan ahlinya yang melakukan maksiat, memanjat bangunan siswi, menumbuk oang lain, bersikap gangsterisme, menganjurkan program ilmu yang hanya dihadiri 20 orang sahaja dan pelbagai kebejatan lain. GMUKM lah yang mendokong nilai keintelektualan mahasiswa yang secara automatik akan meningkatkan lagi imej Universiti yang sudah lama tercalar dek tangan-tangan kotor Aspirasi yang memegang PMUKM.


GMUKM menegaskan bahawa kamilah yang mendokong Aspirasi UKM, bukannya angan-angan mat jenin Aspirasi yang berkokok di seantero Bangi bahawa mereka pertahankan UKM. Aspirasi bukan pertahan, tetapi memusnahkan UKM ini sendiri. Dengn kepimpinan Mahasiswa yang lemah, program hedonisme lebih diutamakan, kehilangan wang mahasiswa akibat korupsi, beban ekonomi mahasiswa yang meningkat jelas mencerminkan bahawa Aspirasi merupakan virus yang merbahaya kepada UKM. Virus yang boleh merencatkan pertumbuhan UKM untuk menjadi 50 Universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020.


Tuduhan yang paling kelakar bagi GMUKM ialah kami difitnah mengutuk pentadbiran kerajaan Malaysia. Seolah-olah kami inilah pengganas, yang boleh mengancam keselamatan negara. Perggh...apa yang kami kutuk wahai si TNC. Janganlah pemikiran kotor politik luar menyebabkan anda mengeluarkan hujah keanak-anakan itu.


Kami ingin menegaskan bahawa kami merupakan orang lebih sayangkan Malaysia daripada anda, wahai Aspirasi. Kami sayangkan generasi akan datang untuk mengelakkan pemimpin Malaysia, lahir daripada Aspirasi yang secara sifirnya, gagal memimpin dan penuh penyelewengan. Kami tidak mahu anak cicit kami dipimpin oleh golongan Aspirasi sepertimana yang ada sekarang ini, hanya menjadi tukang kipas dan tukang angguk sahaja. Tanpa ada pendirian dan idealisme tersendiri.


GMUKM lebih sayangkan Malaysia daripada kamu, wahai Aspirasi. Kami amat bersungguh-sungguh perjuangkan nilai keintelektualan mahasiswa sebagai bekalan untuk memimpin keluarga, bangsa, agama dan negara pada masa hadapan. Perjuangan kami bukannya bersifat anti establishment (pembangkang no. 1 kerajaan). Kami nak tanya wahai Aspirasi, adakah boleh kami menggelarkan kamu sebagai anti-establishment juga, kerana kamu telah banyak melawan dasar murni kerajaan. Melawan undang-undang, peraturan dan dasar yang digariskan oleh kerajaan sekarang ini. Pertanyaan boleh kita fikirkan bersama.. Siapakah yang melawan dasar kerajaan membasmi rasuah? Siapakah yang melarang peraturan kerajaan agar tidak boleh duduk berdua-duan di tempat mencurigakan bagi islam? Siapakah yang melawan dasar kerajaan agar mengamalkan nilai murni dalam kehidupan? Siapakah yang melawan Undang-undang kerajaan berkaitan jenayah, gangsterisme, risalah fitnah, pergaulan bebas, mencuri, merompk..Siapa?Siapa? Kalau tidak jawapannya Aspirasi UKM. Yang tidak boleh dinafikan lagi hakikat ini.


Justeru, kepada para pendukung Aspirasi sama ada mahasiswa dan bukan mahasiswa, janganlah tindakan anda dicampuri dengan semangat politik sempit kepartian. Tindakan anda mendedahkan kelemahan anda sebenarnya. Setiap tindakan kita akan sentiasa diperhatikan oleh orang ramai, oleh undang-undang negara kita. Jika sekiranya kita salah, kita akan dicemuh oleh orang ramai. Disumbat ke dalam penjara atau diseret ke mahkamah. GMUKM menasihatkan kepada tukang gendang fitnah terutamanya di pihak Aspirasi, hentikan wirid anda ini. GMUKM bukanlah sepertimana yang anda fitnah dan laungkan sebelum ini.


GMUKM bertegas bahawa kamilah pendukung sebenar kepada UKM dan negara tercinta ini. Sekiranya sesiapa masih meragui wajah kami, perjuangan kami, kami alu-alukan untuk kita ke meja bulat, kita berdebat. Pelawaan ini ditujukan kepada golongan bukan mahasiswa terutamanya dan juga ahli Aspirasi termasuk juga ahli GMUKM sendiri. Kami bersedia untuk berdebat bila-bila masa sahaja. Kami bukannya riak atau sombong tapi yakin akan kebenaran. Marilah kita sama-sama memerdekan diri daripada pemikiran jumud dan kolot kita terhadap GMUKM. Marilah kita sama-sama membina harapan baru,bersatu padu, membina UKM ke arah yang lebih baik untuk kesenangan generasi mahasiswa/i UKM selepas ini dan juga untuk kepentingan negara kita pada masa hadapan. Hanya melalui pengundian terhadap GMUKM pada PRK kali inilah yang boleh merealisasikan impian murni kita bersama ini. Hujah yang tidak boleh dinafikan, GMUKM bukannya anti establishment atau anti kerajaan Malaysia, tetapi anti Aspirasi UKM dan anti kepada mahasiswa dan bukan mahasiswa yang tidak mendokong Falsafah UKM itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !