Pilihanraya Kampus di Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 29 Oktober lalu. MPP baru bagi sessi 2008/09 telah berjaya membentuk sebuah kerajaan pada pukul 1.30 pagi tadi (30 Oktober 2008).
Pada pilihanraya kali ini
Pada tahun lalu (2007/08), kerusi MPP telah dimenangi tanpa pertandingan kerana kekurangan orang untuk menyertai PRK. Ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah perubahan pada syarat pilihanraya itu sendiri dan kesedaran politik yang kurang dalam kalangan mahasiswa UTP.
Memandang serius pada perkara ini, sesi pimpinan MPP pada sesi 2007/08 telah mengambil inisiatif dengan bersemuka dengan pihak HEP untuk mengubah beberapa syarat yang dirasakan tidak perlu di dalam pemilihan calon MPP. Selain itu, Kempen Mengundi yang diadakan pada awal Februari dan disusuli dengan Kempen Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pelajar pada bulan Julai yang lepas menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran berpolitik dikalangan pelajar.
Pilhanraya kali ini telah menampakkan hasilnya dengan penyertaan 11 orang calon untuk memenangi 5 kerusi umum (Majlis Tertinggi MPPUTP) dan 16 orang calon (7 menang tanpa bertanding) untuk kerusi program (Majlis Eksekutif MPPUTP).
Walaupun tempoh berkempen agak panjang iaitu selama 14 hari, para calon menunjukkan prestasi dan komitmen yang mantap dari hari ke hari. Kereta jentera, blog, menara, bunting, banner, perang poster, roadshow bilik dan kuliah talah menjadi penyeri sepanjang tempoh berkempen tersebut.
Namun, kemeriahan ini telah dicemari dengan beberapa insiden sabotaj yang berlaku kepada beberapa orang calon seperti poster dikoyak dan dispray, dikutuk ketika memasang poster dsb.
Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak menghalang pelajar untuk terjun ke kancah demokrasi ini. Berlakunya peningkatan mendadak terhadap jumlah pembuangan undi, yang sekali ganda daripada pilihanraya 2006/07 yang lalu iaitu 40 % (kira-kira 2000 pelajar dari 5000 populasi pelajar dalam UTP) pelajar telah keluar untuk mengundi pada kali ini.
Berikut adalah keputusan pilihanraya kampus MPPUTP bagi kerusi Umum UTP mengikut ranking:
KERUSI UMUM (MAJLIS TERTINGGI MPPUTP 2008/09)
HASMADI BIN HASBI =1683 UNDI
AHMAD FAROUQI BIN HASSAN =1600 UNDI
NORZILA BTE NOH= 1535 UNDI
NIK AKMAL AFIF = 1468 UNDI
NOOR SYUHADA BINTI HALIM= 1450 UNDI
MOHD FARRIZ IJAZ= 710 UNDI
SOFIA SHAHAROM=643 UNDI
ADONIS SINGH= 499 UNDI
MOHD ASYRAF FADZLEE= 473 UNDI
KHALIB ISMAIL= 449 UNDI
RAHIMAH MOHAMAD NAWAI= 423 UNDI
(5 YANG TERATAS DIPILIH MENJADI MAJLIS TERTINGGI MPPUTP 2008/09)
KERUSI PROGRAM (2 Nama Teratas Dipilih Menjadi Majlis Eksekutif MPPUTP)
Information Communication Technology
1. Nurul Farhan Normi
2. Amir Hamzah
3. Khael Abdul Malik
Chemical Engineering
1. Nur Farhani Mohd Zulhairi
2. Wan Ahmad Faiz Wan Razali
3. Muhammad Aimen bin Isa
Petroleum Engineering
1. Awangku Alizul Azahari Bin Awangku Mathali
2. Muhammad Hafiz Bin Khairul Azmi
3. Ron Fernandez
Business Information Systems (win unopposed)
1. Aizi Syazwan Azman
2. Nazurah Husna
Electrical & Electronic Engineering (win unopposed)
1. Mohd Zulhilmi Zaini @ Pungik @ Martin
Mechanical Engineering (win unopposed)
1. Shalini a/p Subramaniam
2. Mohd Safwan Izzudin
Dengan berakhirnya Hari Mengundi pada 29 Oktober 2008, Pilihanraya MPPUTP 2008/09 telah melabuhkan tirainya. Semoga suasana yang sama akan menerjah kembali ke dalam kampus. Dikatakan bahawa mahasiswa yang pro mahasiswa telah menang besar dalam PRK MPPUTP ini. Yang secara kebetulan, terletak di negeri Perak, negeri Pro-Rakyat. GMUKM menasihati kepada calon yang menang, jalankan tanggungjawab dan manifesto anda dengan sebaik mungkin. Kepada yang tidak berjaya dan kalah pada sesi kali ini, jadilah seorang agen check and balance kepada MPP yang ada pada harini. Semoga situasi sama akan berlaku di UKM pula nanti..
0 comments:
Post a Comment