Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, October 14, 2008

Kenapa Pilihanraya Kampus 'Kubu' UMNO disegerakan


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang didakwanya masih merahsiakan tarikh sebenar pilihanraya kampus bagi kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.




"Melihat kepada perkembangan yang diperolehi melalui pertemuan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan Timbalan Menteri KPT, kelihatan beberapa IPTA yang menjadi 'kubu Umno' melalui pelajar pro-Aspirasi, telahpun diumumkan tarikh pilihanraya kampus seawal minggu ini.




"Manakala kebanyakan IPTA yang condong kepada pro-mahasiswa, masih lagi tiada keputusan akhir dan bersifat 'rahsia'," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.




Menurutnya, AMK memandang serius perkembangan tersebut yang didakwanya sebagai satu usaha terancang bagi "memandulkan" demokrasi kampus di IPTA.




"Dalam keadaan kedudukan IPTA-IPTA di Malaysia terus corot di kedudukan IPT seluruh dunia, hal ini adalah sangat menyedihkan.




"Ini pastinya menyumbang ke arah pembekuan minda mahasiswi Malaysia yang sekian lama dipasung oleh doktrinasi Umno-BN agar tidak 'melawan arus'," katanya dalam satu kenyataan.




Shamsul berkata, sewajarnya menteri dan timbalan menteri pengajian tinggi, memainkan tanggungjawab yang besar untuk memperbetulkan halatuju IPTA, termasuk usaha komprehensif untuk menyuburkan demokrasi kampus.




Menurutnya, generasi muda termasuk kalangan mahasiswa menyumbang 60 peratus peralihan undi dalam pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.



Kebebasan berfikir




"Ini membuktikan mahasiswi telah muak dengan doktrinasi ciptaan Umno-BN yang mengongkong kebebasan akademik dan juga kebebasan berfikir di kalangan mahasiswi dan juga para akademia.




"Tetapi sayang kerana trend pengundi muda ini tidak langsung menginsafkan Umno-BN untuk memandu sebarang usaha pembaharuan," kata Shamsul.




Sebaliknya, dakwa beliau, mereka secara terus-menerus menggarap pelbagai usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa sekaligus memandulkan demokrasi kampus.





"Di sebalik peruntukan mencecah RM8 billion untuk IPTA seluruh Malaysia melalui Belanjawan 2009, apakah mungkin kualiti IPTA negara boleh ditingkatkan sekiranya mahasiswi masih lagi dipasung pemikiran mereka dan para akademia dibantutkan kebebasan akademik mereka.





"Negara-negara maju dan membangun seperti England, Jepun dan Amerika Syarikat, menyaksikan demokrasi kampus sangat segar tanpa kawalan eksekutif serta pemerintah, dan terbukti ia menyumbang kepada prestasi cemerlang IPT di negara-negara ini apabila menduduki kedudukan 50 universiti terbaik di dunia," katanya.




Sehubungan itu, katanya, AMK menggesa agar KPT mengambil langkah segera untuk menitikkan noktah kepada penantian mahasiswi dengan mengisytiharkan tarikh PRK pada kadar segera untuk memilih kemudi baru kepimpinan mahasiswa di IPTA-IPTA.




AMK, katanya, menyokong penuh usaha SMM untuk terus memobilisasi mahasiswa seluruh Malaysia bagi mendesak KPT mengisytiharkan tarikh pilihanraya kampus.





Ia juga, tambah Shamsul, untuk menjamin agar pilihanraya kampus kali ini bebas dari sebarang elemen salahguna kuasa eksekutif, demi menjamin populariti pihak-pihak tertentu.- Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !