Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, October 21, 2008

Tempat Forum Ditukar ke Bilik Senat..Apa muslihatnya

Sekali lagi, nampaknya badai gelombang mahasiswa menjadi iguan kepada pihak pentadbiran varsiti kita apabila tempat forum malam ini, Dewan Anuar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi yang pada asalnya telah ditukarkan ke Bilik Senat, Bangunan Canselori.

Tindakan penukaran di saat-saat akhir ini dilihat sebagai tindakan terdesak pihak penganjur dan juga pihak pentadbiran HEP apabila ingin menjaga air muka mereka di hadapan bakal penasihat no. 1 negara ini.

Jelas di peringkat GMUKM, kami telah memboikot forum anjuran rakan HEP ini disebabkan oleh terselitnya nama Tun Dr Mahathir, yang sejak akhir-akhir ini cuba mencorakkan kembali ciri-ciri ’mahathirisme’ di dalam pemerintahan Malaysia selepas pengumuman rasmi Pak Lah untuk melakukan peralihan kuasa kepada Najib pada Mac 2009 ini.

GMUKM tidak pasti atas dasar apakah, pihak penganjur dan pihak HEP sanggup menutup peluang mahasiswa untuk mendengar dan berdialog dengan bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah Malaysia itu. Adakah peristiwa 17 Oktober (dikenali sebagai Ten Seventeen) menyebabkan mereka takut, suara mahasiswa akan mencemarkan imej golongan yang inginkan tongkat baru selepas kejatuhan Pak Lah itu? Atau adakah mereka tidak mahu seorang pemimpin kerajaan ditegur dan diboo sepertimana yang berlaku ke atas Datuk Idris Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 28 Ogos yang lalu?

Penukaran tempat disaat-saat akhir ini dikatakan atas alasan bahawa Dewan Anuar Mahmud tidak nampak ekslusif bagi seorang bekas Perdana Menteri, yang perlu dipuja lagi selepas peletakkan jawatan Pak Lah? Tetapi dewan yang sama jugalah digunakan untuk forum Pindaan AUKU yang melibatkan timbalan Menteri. Satu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama.


Sebenarnya, alasan itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menyekat suara mahasiswa untuk mempersoalkan konsep perpaduan yang akan disampaikan oleh bekas Perdana Menteri. Sudah pasti persoalan Peristiwa Kg. Medan dan juga peristiwa Memali akan dibangkitkan oleh mahasiswa apabila Dr Mahathir bercakap soal integrasi rakyat Malaysia.

Dr Mahathir juga akan bercakap soal wawasan 2020 yang dilihat oleh GMUKM melihat sebagai satu legasi tinggalan mahathir untuk beliau terus berkuasa dan memainkan peranan di belakang tabir pemerintahan Malaysia. Kami turut kurang senang dengan tindakan Dr Mahathir yang cuba menikam dari belakang Perdana Menteri kita sekarang ini, Pak Lah yang dipersalahkan seratus peratus atas situasi parti pemerintah pada hari ini dalam pilihanraya Umum lalu.

Tindakan Mahathir mencampuri urusan badan eksekutif dilihat sebagai satu campur tangan yang salah dan beliau sepatutnya meletak kepercayaan penuh kepada Pak Lah untuk memimpin. Bukannya mengkritik daripada belakang berdasarkan emosi dan membiarkan Pak Lah terkial-kial memerintah negara ini.

Itulah persoalan yang bermain di minda mahasiswa pada malam ini untuk bertanyakan kepada Dr Mahathir. Walaubagaimanapun, dengan pemindahan tempat yang lebih kecil dan pemeriksaan keselamatan ketat daripada pegawai keselamatan yang kontroversi itu, memungkinkan mahasiswa untuk dilarang masuk ke dalam forum tersebut. Ini jelas satu pencabulan serius ke atas hak mahasiswa untuk mendengar dan mengeluarkan pendapat. Kedengaran juga para ahli Aspirasi akan hadir ke program tersebut bagi membina balik moral mereka yang kelihatan agak rapuh akhir-akhir ini.

GMUKM turut menyatakan kekesalan mengapa pemimpin pro kerajaan yang hanya dijemput sedangkan pemimpin pro pakatan rakyat, dianak-tirikan. Adalah yang terlepas pandang tetapi selepas program, pasti pihak penganjur akan dipanggil dan disoal siasat. Justeru, selagi Rang Undang-Undang AUKU 2008 masih disimpan di rak Parlimen, selagi itulah hak mahasiswa untuk mendengar pandangan daripada pihak pembangkang akan terus dinafikan.

Jelas bahawa pemindahan tempat mrupakan satu kemenangan moral kepada mahasiswa. Kelihatan bahawa pihak tertentu takut dengan bayang-bayang sendiri. Persoalan di sini, mengapa perlunya takut pada suara mahasiswa sekiranya kita mempunyai hujah untuk menjawab pertanyaan yang dilontarkan oleh mahasiswa? Mungkin pihak penganjur, HEP dan juga Dr Mahathir sendiri mempunyai alasan mengapa tempat forum dikecilkan dan hanya mahasiswa pro kerajaan (baca Aspirasi) yang dibenarkan masuk.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !