Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, October 21, 2008

8-13. Student Power bergema di Kampus Perguruan UPSI


Tanjung Malim, 21 Oktober – Pro Mahasiswa 8, Aspirasi 13. Itulah keputusan rasmi yang diperolehi daripada sumber mahasiswa UPSI berkaitan pengiraan undi pada malam ini. Antara kawasan yang dimenangi oleh calon Pro Mahasiswa ialah kerusi Umum sebanyak 3 kerusi, Fakulti Sains dan Teknologi, FSSK, FSKPM, dan FSM. GMUKM mengucapkan tahniah kepada Pro M UPSI kerana berjaya mengurangkan majority 2/3 Aspirasi daripada menawan kampus perguruan itu.Iaitu satu pencapaian bersejarah walaupun ditekan habis-habisan oleh HEP.

Menurut sumber blog informasi UPSIOnline, menyatakan bahawa sehingga jam 5.00 petang tadi hanya 52% sahaja yang keluar mengundi daripada jumlah 13000 pelajar.

Trend pengurangan jumlah keluar mengundi dikaitkan dengan sifat mahasiswa UPSI yang rata-rata lebih suka dengan keadaan selesa yang mereka nikmati tanpa mempedulikan apakah masalah yang berlaku di kampus. Pusat pengundian yang ditutup jam 7.00 malam tadi juga menyaksikan sistem pengundian e-voting yang mengalami masalah teknikal yang menyebabkan masa pengundian dipanjangkan sehingga sejam.

Masalah tersebut menurut UPSIkini, adalah disebabkan aduan beberapa orang pengundi yang menyatakan bahawa ada beberapa nama calon Umum yang tidak dipaparkan di skrin untuk proses pengundian. Pusat pengundian dibuka semula pada jam 9.50 pagi. Kesemua 138 mahasiswa yang telah mengundi dipanggil semula menggunakan telefon untuk memaklumkan bahawa mereka perlu mengundi semula –

Pada jam 8.00 malam, pengumuman dibuat oleh Seketriat PRK dan inilah keputusan yang rasmi yang membolehkan tiga jawatan penting dalam MPP dipegang oleh Pro Mahasiswa UPSI yang mendapat undi tertinggi bagi kawasan UMUM. Tahniah dan Syabas. Semoga semangat student power dapat menuju ke kampus Bangi selepas ini. InsyaALLAH

Calon Kawasan UMUM

1. Akmal Madzir (Pro M) 4124 Undi
2. Nor Ain (Pro M) 4011 Undi
3. Arif Mohamad ( M) Pro3757 Undi
4. Nazaratul 3729 Undi
5. Aqilah Hanis 3532 Und
i


Calon FAKULTI

(FST)

1. Mohd Hanif (Pro M) 1389 Undi
2. Hafizawati 1055 Undi

(FSSK)

1. Mohd Asree (Pro M) 1276 Undi
2. Adriyani 906 Undi

(FTMK)

1. Maizatul 164 (Pro M) Undi
2. Mohd Razik 159 Undi

(FSKPM)

1. Mohd Zulhilmi Md Nor (Pro M) 483 Undi
2. Afiti 440 Undi

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !