Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 13, 2008

Hak Asasi Mahasiswa (Student Rights)




HAK ASASI MANUSIA

Mansuhkan AUKU

AUKU harus dimansuhkan kerana AUKU telah melanggar hak warganegara Malaysia terutamanya hak berpolitik, hak berpesatuan dan hak bercakap.

Hak Berpolitik

Dalam seksyen 15(1), (2), (3) dan (4) bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah mencatatkan beberapa perkara yang sememangnya mencabuli hak politik bagi golongan mahasiswa/I yang juga merupakan warganegara. Sebagai contoh, dalam seksyen 15(3) ada menyatakan bahawa golongan mahasiswa/I adalah tidak dibenarkan menyatakan perasaan menyokong, bersimpati ataupun membangkang mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja. Sedangkan dalam perlembagaan Persekutuan nyata memaktubkan bahawa bagi seseorang warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun, seseorang itu adalah berhak untuk mengundi dan bebas menyertai mana-mana parti politik.

Jelaslah bahawa perkara yang telah digazet dalam AUKU adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hak berpolitik bagi mahasiswa/i (mereka yang telah berumur 21 tahun) tersekat dan tercabul sedangkan dalam Perlembagaan telah menjamin hak berpolitik sebenarnya terbuka bagi warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun. Adakah hal ini bermakna AUKU berkedudukan lebih tinggi daripada Perlembagaan Persekutuan? Ataupun AUKU adalah benar-benar digubal untuk melindungi golongan mahasiswa/i yang dikatakan tidak matang dan terlalu mudah dipengaruhi oleh kuasa-kuasa politik tertentu?

Jawapanya adalah TIDAK! Kita seharusnya merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang mana berkedudukan tinggi. Kita sebagai individu yang telah dewasa dan mampu berfikir sememangnya adalah berhak melakukan apa sahaja asalkan tidak melangkaui batas undang-undang.

Kita tuntut hak berpolitik sebagaimana yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kita bantah sama sekali AUKU yang menyekat dan mencabuli hak-hak warganegara yang sepatutnya dinikmati oleh golongan mahasiswa/i. Kita bukannya merayu pihak yang berkenaan agar mengembalikan hak tersebut tetapi sebenarnya hak berpolitik golongan mahasiswa/i memang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kami hanya menuntut semula hak berpolitik yang sememangnya terjamin bagi kami sebagai seorang warganegara. Jangan jadikan golongan mahasiswa/i bagaikan WARGANEGARA KELAS KEDUA!

Hak Berpersatuan

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 perkara 20(1) setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia perkara 10 kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan jelas menunjukkan bahawa setiap individu (rakyat) mempunyai kebebasan untuk berpersatuan termasuk mahasiswa/i. di bawah AUKU seksyen 15, hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman, hak berpersatuan dan hak beersuara langsung dinafikan. Dengan itu, peruntukan AUKU berkenaan dengan hak berpersatuan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Di Malaysia kita mengamalkan prinsip ketinggian perlembagaan. Mana-mana bahagian undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah.

Pandangan kedua atau alternatif perlu dihormati. Seringkali pihak yang cuba memberi pandangan kedua tidak dilayan secara adil dan saksama contohnya seperti Gabungan Mahasiswa yang sering dilebelkan dan dilayan sebagai pertubuhan haram. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku di Menara gading.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !