Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, October 19, 2008

Tuntutan Mahasiswa Perlu Dipenuhi, Bukannya Mempolitikkan isu

Peristiwa 17 Oktober, pasti memberikan signifikan besar kepada gerakan mahasiswa seluruh Malaysia. Inilah pertama kalinya mahasiswa dapat menyerahkan memorandum secara tangan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaleed Nordin.

Satu kejayaan besar kepada mahasiswa yang dapat menembusi kawalan keselamatan pengawal keselamatan dan juga pihak Polis. Kejayaan kerana atas semanagat mahasiswa, berjaya membuktikan kepada mahasiswa bahawa sekali mereka ditipu, mereka akan terus mencari jalan untuk melawan penipuan tersebut.

Tinggalkan soal perhimpunan itu memalukan Khaleed Nordin, yang dijangka tewas dalam perebutan kerusi Naib Presiden UMNO. Isu yang perlu diutamakan ialah isu tuntutan PRK yang adil dan berdemokrasi kepada mahasiswa. Kenyataan bahawa hanya segelintir mahasiswa yang menuntut PRK yang adil itu adalah satu kenyataan yang tidak berlandaskan fakta. Kerana majoriti mahasiswa menolak penindasan dan penipuan pihak bukan mahasiswa kepada mahasiswa selama ini. Hampir 5 tahun mereka diperbodohkan dan dibakul sampahkan memorandum mereka.

Pengajaran kepada menteri, jangan bermain wayang dengan mahasiswa kerana mahasiswa lahir daripda masyarakat, bukannya parti politik. Mahasiswa akan bangkit melawan penindasan sekiranya segala cara diplomasi gagal menggerakkan hati KPT untuk mendengar suara mahasiswa.

Sememangnya jelas dan tegas bahawa kami datang untuk belajar. Datang untuk belajar segala-galanya termasuk demokrasi. Demokrasi melalui pilihanraya kampus. Penulis masih teringat ketika dulu, adanya pilihanraya di dalam kem latihan Khidmat Negara. Sewaktu itu dalam modul pembinaan karakter. Kawan penulis telah melakukan penipuan dengan mengundi dua kali. Secara spontan, kami yang mewakili Parti Kunci (Parti Bebas) telah membantah tindakan kawan penulis tadi. Kami tidak pun diajar tentang peraturan pilihanraya. Tetapi ia lahir dari naluri hati (common sense) kami yang baru ketika itu baru habis SPM.

Persoalan di sini, mahasiswa, golongan yang bersusah payah untuk mendaki tangga menara gading ini , akan terus ditipu hidup-hidup oleh pihak pentadbiran. Mereka perlu sedar bahawa penipuan akan memakan diri mereka sendri. Mahasiswa akan muak dan jelik dengan perbuatan golongan bukan mahasiswa ini dan juga golongan mahasiswa pengampu, Aspirasi.

Maka peristiwa 17 Oktober sebagai natijah kepada perbuatan mereka selama 5 tahun ini. Tunggulah akan ada tindakan yang lebih besar daripada mahasiswa sekiranya mahasiswa terus ditipu dengan pelbagai alasan keanak-anakan, pelbagai penyelewengan dan pelbagai lagi sikap berat sebelah pentadbiran.

Kemenengan di kampus kubu Aspirasi tidak menggentarkan kami untuk berpilihanraya pada bulan Januari ini. Penulis yakin, gelombang 17 Oktober ibarat gelombang perhimpunan Bersih p-ada 10 November tahun lalu yang akan memberikan kemengana besar kepada GMUKM amnya dan seluruh Pro M di kampus lembah Klang khususnya UIAM, UPM dan UM.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !