Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 13, 2008

Tarikh pilihanraya kampus masih kelam, kabur dan misteri


Pilihanraya kampus masih menjadi rahsia walaupun tempoh perkhidmatan semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sudah berakhir 2 Oktober lalu (PRK pada tahun lalu adalah 2 Oktober).


Bagaimanapun universiti-universiti di sebelah pantai timur Semenanjung dan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan membuat pengundian pada minggu ini.


Notis pemberitahuan tentang pilihanraya sesi 2008-2009 yang dijadual Khamis ini dikeluarkan di kampus-kampus berkenaan dua minggu lalu.


Pemilihan awal ini melibatkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).


Di UUM, pilihanraya kampus dijadualkan Rabu, lapor Bernama hari ini.


Universiti-universiti lain masih belum jelas kedudukannya buat masa ini.


Di UKM, selepas pemerhatian dan pantauan dibuat, sehingga artikel ini ditulis, masih tiada notis pembubaran MPP yang ditampal di papan kenyataan HEP.

Khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa PRK di lembah Klang akan diadakan pada bulan Januari ini.

Persoalan besar perlu kita tanya kepada HEP, mengapa berlaku pendiskriminasian tarikh PRK? Adakah kerana mahasiswa lembah Klang sibuk dengan persiapan exam sedangkan mahasiswa UPSI, UDM, UUM tidak sibuk dengan exam?(untuk rekod, mereka akan menduduki exam akhir semester pada 4 November ini).

Justeru, GMUKM beranggapan bahawa penundaan tarik PRK ke tahun hadapan adalah disengajakan dan dicatur oleh pihak bukan mahasiswa yang berkepentingan berdasarkan alasan di bawah :

1. Untuk menjana kekuatan Kelab Aspirasi (baca Aspirasi) dalam menggerakkan jentera mereka menghadapi PRK.

2. Bagi merendamkan tsunami politik yang berlaku di seluruh negara pada 8 Mac yang lalu agar tidak berulang di peringkat Kampus.

3. Kerana desakan GMUKM mahukan PRK yang adil dan berdemokrasi menyebabkan pihak tertentu cuba mencari angle lain untuk memanipulasikan undi.

4. Kesibukan individu-individu menghadapi pemilihan Bahagian Parti UMNO

5. Ingin membangunkan sistem e-voting (undian secara maya) yang nyata amat bercanggah dengan undang-undang dan prinsip demokrasi

6. Terlalu banyak kelemahan pihak Aspirasi yang ingin ditutupi melalui suasana senyap dan tidak kecoh (jangka masa panjang boleh membuatkan seseorang lupa akan kebejatan yang dilakukan Aspirasi)

7. Kelumpuhan pemimpin dan ahli Aspirasi yang kelihatan tidak bermaya dan lebih suka berhibur dengan perkara melalaikan, bukannya perkara politik dan kepimpinan

8. Arahan KPT untuk menyelamatkan menterinya yang akan bertanding kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan Bahagian yang berlangsung sekarang.

9. Krisis nasional seperti inflasi dan juga harga barang naik menyebabkan PRK tidak dapat dijalankan secara serentak di lembah Klang, yang sekiranya dilaksanakan juga akan memberi backfire kepada Aspirasi

10. Memulihkan kembali keintegritian dan ketelusan PMUKM yang dikuasai oleh Aspirasi bagi menutup kelemahan mereka yang mengalami krisis dan ketidakbolehan melaksanakan amanah sepanjang satu tahun berkhidmat.

Jelas bahawa alasan ini digunakan pihak tertentu untuk menunda tarikh PRK pada tahun hadapan. Walaupun kita sedia maklum bahawa Presiden (sudah konvo) dan Timbalan Presiden (letak jawatan) sudah tiada memegang tampuk pemerintahan PMUKM, namun atas faktor politik sempit, mereka sanggup pergulakan mahasiswa dengan penundaan tarikh PRK ini.

Penundaan Tarikh PRK ini membuktikan bahawa politik sempit kepartian telah menular ke dalam kampus suci ini. Bagi mahasiswa yang sedar dan prihatin, kita perlu lihat bahawa penundaan tarikh ini membuktikan sikap pengecut pihak Aspirasi dan pihak tertentu dalam mengahapi gelombang Tsunami kedua daripada mahasiswa.

GMUKM beri amaran kepada pihak Aspirasi (mahasiswa dan bukan mahasiswa), laksanakanlah PRK secepat mungkin. Anda mungkin dikenang dalam sejarah sebagai pengecut dan bacul. Takkanlah dalam satu tahun, tiada PRK dilangsungkan. Secara logiknya, Parlimen wajib bubar apabila cukup dalam masa 5 tahun , kenapa Kabinet MPP tidak mahu dibubarkan walaupun cukup tempoh setahun (Sehingga kini, 1 tahun 11 hari telah berlalu).

GMUKM yakin dan optimis, gelombang ungu mahasiswa akan terus mengekori bayang-bayang Aspirasi walaupun PRK dijalankan pada tahun hadapan. Tindakan penundaan ini semakin perdekatkan GMUKM untuk menduduki kerusi PMUKM pada sesi 2008/2009 kali ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !